CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Lidah - Antara Aib Dan Kebaikan

Assalamualaikum.
Lidah ialah salah satu organ manusia yang kadang kala sukar dikawal. Ianya juga menjadi salah satu dari jalan aib dan kebaikan kita terbuka. Lidah dan percakapan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan pada dalam perhubungan sesama manusia. 


Lidah juga kadang-kadang boleh menjadi pemula dan pengakhir kepada satu pertelingkahan. Ini adalah satu hadis yang mengajar kita untuk menjaga lidah supaya tidak menyesal pada akhir perbualan.

Sabda Rasulullah  s.a.w yang bermaksud,

 “Dan janganlah kamu berbicara dengan satu perbicaraan yang akan menyebabkan kamu terpaksa meminta maaf esoknya." ’(Hadis riwayat Ibnu Majah).


Perbualan merupakan salah satu tempat paling mudah pertelingkahan berlaku akibat salah paham. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Banyak perkara baik boleh datang dari lidah dan ianya bergantung kepada penggunanya. 


Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

BcR 1st Year Gath Anniversary : Breaking The Ice

Assalamualaikum..
Buat kali ketiga bcr mengadakan gathering  dan ianya merupakan salah satu gathering yang besar buat geng bcr. Gathering ini diadakan sempena ulangtahun pertama penubuhan BCRoom. Kali ini ianya diadakan di Sunway Piramid. Terdapat 2 aktiviti yang telah dirancang dan berjaya dilakukan pada gathering kali ini iaitu bowling dan ice skating. Dianggarkan seramai 12 orang yang hadir pada gathering kali ini. 


klik untuk kepuasan maksima
Perjalanan cs dimulakan dihentian lrt wangsa maju menuju ke KL Sentral untuk menunggu 2 lagi blogger lain iaitu cikmatakuyu dan wan. Walaupun begitu perjalanan cs tidak berjalan lancar disebabkan tersilap naik platform dan tersilap naik platform lalu dibawa kelaluan bertentangan. Nasib cs agak baik sebab hanya terdapat 2 stesen sahaja sebelum lrt berpatah balik. 




Sampai ke KL Sentral terus menuju ke food court yang terletak di tingkat atas sekali. Selepas sarapan dan menunggu yang lain sampai, cs bertolak ke ke stesen kelana jaya sebelum menaiki bas rapid ke sunway piramid. Sebaik sampai di Sunway Piramid, terus menuju ke tempat yang telah disetujui iaitu bowling. Sampai sahaja di tempat bowling ternampak jt iaitu penganjur kepada gathering telah menunggu. 



Selepas bermain bowling yang telah dijuari oleh cs sendiri. (bangga jap) itu pun disebabkan juara gathering lepas tidak dapat hadir kalau tidak memang kalah. Selepas bermain bowling, semua bersolat dan menikmati makan tengah hari yang telah disponsor oleh diri sendiri dan terus ke tempat ice skating untuk melakukan aktiviti kedua yang telah dirancang. 




Bermain ice skating ternyata sesuatu yang sangat menyeronokkan sebab bagi yang tinggal jauh pasti tidak dapat selalu berice skating. Itu sahaja aktiviti yang diadakan pada gathering kali ini. Ternyata semua yang hadir sangat sporting dan tidak sombong. Harap bcr akan mengadakan gathering lagi selepas ini. Sekalung tahniah kepada semua yang hadir kerana menjayakan gathering kali ini. Semua yang hadir bagaikan satu keluarga. 


Semua yang hadir. 
Mereka yang hadir ialah  Jejaka Terhangat Red CintaTulip Jeszyuu Beauty Lover Fafa, Wan, Feeza MachoGadis TerbilangNanamanes Mieefieena zazaSHY PedangtajamSuffer8zineRainys, dan The Crow (tak dapat jumpa sebab datang kejap pastu hilang). Minta maaf kalau ada yang tertinggal nama diatas ini. BcR menghubungkan sesama blogger. 

p/s : gambar lain boleh dilihat di sini dan sini .. terima kasih kepada yang sudi tangkap gambar.. 

A Love Story - aimanazlan

Assalamualaikum. 
Kali ini cs akan berceritakan mengenai satu vlog yang dihasilkan oleh aimanazlan yang bertajuk "A Love Story". Vlog ini boleh memberi inspirasi kepada sesiapa yang mengalami masalah cinta. Satu masalah yang sering dialami oleh remaja. Vlog ini mungkin tidak dapat menjawab soalan-soalan anda mengenai cinta tetapi ianya sedikit sebanyak mungkin memberi pengajaran kepada sesiapa yang mengejar cinta sebelum nikah. 



Pada yang tidak dapat menonton video ini atas sebab internet yang perlahan, cs akan cuba ceritakan sedikit mengenai vlog ini. Vlog ini menceritakan satu kisah cinta yang benar-benar berlaku terhadap seorang gadis yang bertanyakan mengenai perhubungan (hubungan lelaki, perempuan, boyfriend dan girlfriend)  kepada aimanazlan melalui email 4 bulan lepas. Walaupun saudara aimanazlan ini bukan seorang yang pakar dalam percintaan ini tetapi beliau membuat keputusan untuk membantu gadis tadi.

Soalan pertama iaitu dari email pertama bertanyakan tentang bolehkah kita menjalinkan hubungan sebelum perkhawinan dan bagaimana kita tahu adakah dia adalah seseorang yang telah diciptakan untuk kita. Aimanazlan menjawab " Hubungan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim hanya boleh selepas perkhawinan dan dia memberikan panduan untuk gadis tadi bagaimana untuk mengejar perkhawinan. Gadis tadi berterima kasih dengan jawapan yang diberi aimanazlan dan gadis tadi menyatakan bahawa ianya susah untuk bercakap dengan orang mengenai topik seperti ini. 

Melalui email kedua yang dihantar kepada aimanazlan dia menyatakan yang dia mempunyai boyfriend dan telah berpisah dengannya selepas beberapa ketika. Dengan alasan dia tidak mahu perhubungan seperti ini sebelum perkhawinan. Tetapi budaya masyarakat sekarang menampakkan kita perlu mempunyai hubungan sebelum perkhawinan dan dia tidak mahu perkara seperti ini lagi. Dipendekkan cerita, selepas putus hubungan dengan teman lelaki gadis berkenaan semakin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan memohon untuk diberikan kekuatan. Selepas sebulan berpisah gadis terbabit mendapat tawaran untuk menjadi guru sementara di kampung halamanya. 

Kurang seminggu bekerja, beliau dilamar di facebook oleh cikgu yang mengajar disekolah yang sama. Pada awalnya, dia merasakan perkara tersebut merupakan gurauan tetapi tidak lama selepas melamar lelaki tadi terus berjumpa dengan ibubapa gadis tadi dan keluarganya bersetuju. Doa gadis tadi terjawab untuk merasa cinta yang halal. InsyaAllah pada 21 November 2011 mereka akan berkahwin dan tarikh berkenaan merupakan 2 bulan selepas perkenalan. Gadis tadi berbangga untuk dapat cinta sebegini  dan meminta untuk tolong doakan mereka agar kekal di dunia dan akhirat.

Cerita ini sudah menunjukkan jika kita berdoa dengan Allah s.w.t dan redha kepadaNya kita akan mendapat sesuatu yang lebih bermakna walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu yang berharga. Apa yang cs cuba ceritakan mungkin tidak 100% seperti video diatas tetapi cs dah cuba yang terbaik untuk menceritakan apa yang ada dalam vlog diatas. Sebenarnya ini bukan vlog pertama yang dihasilkan oleh aimanazlan tetapi merupakan vlog ke 21 beliau. Disini cs sertakan link facebook dan Youtube aimanazlan. 


Bahasa Melayu - Susah Sangat Kah Untuk Digunakan?

Assalamualaikum. 

Itu reaksi pertama cs apabila melihat kebanyakan golongan muda sekarang menggunakan ejaan bahasa yang tidak ada langsung dalam kamus. 

Bahasa ini rasanya baru muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Serius cs penat nak membaca perkataan macam tu. 

Klik untuk besarkan.

Perkara macam ini boleh  merosakkan bahasa itu sendiri, walaupun dalam keadaan kita tidak sedar ianya sudah pun dirosakkan oleh budak-budak yang merasakan bahasa itu sangat comel. 

Sebenarnya bagi sesetengah golongan ianya merupakan satu bahasa yang sangat letih untuk dibaca. Sedarlah kita ada bahasa yang sangat mudah dan cantik yang boleh digunakan. Tidak perlu cipta sesuatu yang tidak berguna dan sia-sia. 

Sayangi Bahasa Kita

Duit Ditelan Mesin Atm

Assalamualaikum.
Mungkin agak lucu dan pelik apabila dikatakan mesin atm menelan duit yang sudah dikeluarkan, tetapi perkara ini telah berlaku pada cs 2 hari lepas. Selepas melakukan rutin mengeluarkan wang seperti biasa pada mesin atm cs pun simpan kad atm dulu dalam dompet, mungkin cs mengambil masa yang terlalu lama untuk menyimpan kad atm yang membuatkan duit itu ditelan semula oleh mesin atm.




Atas nasihat dari beberapa orang di bcr cs pun pergi untuk membuat laporan kepada pihak bank pagi tadi, Selepas menunggu hampir setengah jam, akhirnya sampai juga giliran cs. Pelik juga walaupun, cs tidak pergi pada waktu makan tengah hari, tetap ada ramai orang yang datang pada hari ini. Selepas membuat laporan, cs diminta untuk menunggu satu minggu untuk laporan tersebut diproses.


Pengajaran yang cs dapat, lain kali kena cepat-cepat ambil duit kat mesin atm. Rasanya duit itu ditelan merupakan salah satu daripada langkah keselamatan yang dicipta untuk mengelakkan daripada berlaku kecurian akibat kelalaian pengguna itu sendiri. Jadi tidak boleh nak salahkan mesin atm sepenuhnya sebab ianya hanyalah sebuah mesin yang telah diprogram oleh manusia.




Perasaan - Salah Satu Permainan Paling Menyeronokkan

Assalamualaikum.
Bila diceritakan mengenai susahnya menghargai sesuatu ini memang sangat subjektif. Dari satu sudut yang berbeza ia boleh berkait dengan perasaan orang. Bak kata Feeza Macho pada salah satu status di facebooknya yang telah diterjemah berbunyi "Dalam semua mainan di dunia. Orang memilih perasaan untuk bermain." 




 Kenapa kita suka bermain dengan perasaan ? Apakah ianya sesuatu yang menyeronokkan ?






Ya, ianya menyeronokkan jika kita berjaya bermain dengan perasaan orang lain tetapi apabila ianya terkena pada diri sendiri bermain dengan perasaan ini akan menjadi sesuatu yang sangat dibenci. Sudah pasti ramai yang akan membenci perkara yang tidak disukai berlaku pada diri sendiri, tetapi adakah perkara yang sama kita fikir apabila kita melakukannya pada orang lain. 





 

Menghargai perasaan orang yang ketika kita sayang atau suka akan menjadi lebih mudah berbanding dengan orang yang kita benci atau muak. Sama juga apabila kita hendak meminta pertolongan seseorang, pasti ianya sangat mudah apabila kita ditolong dengan mudah tanpa perlu memujuk dengan lama. 
 


Sekurang-kurangnya cuba ucapkan "terima kasih" kepada orang yang telah menolong kita kerana ianya adalah satu kata-kata yang boleh membuat seseorang itu merasa dihargai. Kadang-kadang memang orang yang menolong itu tidak akan berharap dengan ganjaran tetapi "terima kasih" merupakan salah satu ganjaran yang sangat mudah dilafaz dan sangat bernilai kepada yang mendengarnya.






Perasaan orang memang sesuatu yang sangat rumit kadang-kadang. Memang sangat susah untuk difahami, tetapi kita perlu berusaha memahainya walaupun sedikit. Salah satu sikap yang paling penting dalam perlu ada untuk saling menjaga perasaan masing-masing adalah sikap saling bertolak ansur. Sekiranya kita boleh bertolak ansur sudah pasti perasaan kedua belah pihak akan saling terjaga. Hidup kena adil jangan selalu pentingkan diri. 

Puss In Boots : Filem Animasi Wajib Tengok Bagi Pencinta Kucing !!


Assalamualaikum.
Filem Puss in Boots ini merupakan filem animasi pertama yang aku tonton di pawagam. Sebelum ini biasa tonton filem bukan animasi sebab aku tidak begitu tertarik untuk menonton filem animasi dipawagam. Filem ini mengisahkan bagaimana Puss in Boots mendapat gelarannya. Bagi yang tidak tahu kucing ini merupakan watak yang sama dari filem animasi Shrek. 


Puss telah berjumpa semula dengan Humpy (dibantu oleh Kitty). Pada mulanya Puss enggan membantu Kitty dan Humpty Dumpty tetapi setelah dipujuk, akhirnya Puss bersetuju. Mereka bertiga berjaya mendapatkan kacang ajaib tersebeut dari Jack dan Jill dan telah menggunakannya untuk mengambil telur emas yang dijaga oleh seekor monster yang ganas.  Di luar pengetahuan Puss, kitty Softpaws dan humpty Dumpty sebenarnya mempunyai rancangan buruk terhadap Puss.


Pertama sekali apa yang boleh dikatakan adalah filem ini mempunyai kekuatan pada grafik yang sangat baik berbanding filem animasi yang lain. Filem ini juga mempunyai kekuatan pada segi komedi kerana ada beberapa babak yang boleh membuatkan satu panggung ketawa. Walaupun durasi filem ini memakan masa selama 90 minit, jalan ceritanya membuatkan anda merasa filem ini hanya sekejap ditonton. 

salah satu babak yang kelakar

Selain itu, terdapat beberapa imbas kembali yang disusun dengan baik membuatkan jalan fiem ini mudah difahami oleh semua yang menonton. Akhir sekali, seperti yang dikatakan pada tajuk entri ini semua pencinta kucing wajib tengok filem animasi ini kerana semua kucing-kucing yang dipertontonkan amat comel dan anda tidak akan berasa rugi menontonnya dipawagam.

p/s: pawagam hari ini penuh dengan budak tadika yang buat rombongan menonton filem ini. riuh juga keadaannya...

Apa itu Doping Test ?

Assalamualaikum.
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Terdapat beberapa alasan kenapa penggunaan bahan ini diharamkan : 

- Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul. 


- Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.

- Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.


Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang telah berjaya memenangi pingat emas pada acara bola sepak Sukan Sea 2011. Tetapi provokasi Indonesia tidak berakhir disitu apabila 3 pemain bola sepak Malaysia disuruh untuk melakukan "Doping test". Akhirnya provokasi Indonesia tidak berjaya kerana ketiga-tiga pemain itu bebas daripada bahan yang dilarang.

Kenalpasti Warna Urin Anda

Assalamualaikum.
Urin merupakan bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dikenali sebagai air buangan. Terdapat banyak warna urin dan setiap satu ada maksudnya yang tersendiri. Warna urin memang akan berubah-ubah, perubahan urin ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, faktor yang terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita.  Perubahan warna urin itu boleh dijadikan sebagai pengukur cecair dalam badan kita.


Warna urin jernih memang warna normal urin jika warna berubah menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu bermakna tubuh kita sudah mulai kurang cecair, mungkin pengambilan air yang kurang atau aktiviti yang banyak kerana cairan tubuh kita paling banyak dikeluarkan melalui buang air kecil, dan berpeluh. Jernih menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat.
 

Kuning/Kuning bata cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar urine menjadi kuning bata. Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing. Memakan ubi bit mampu menyebabkan urine mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara. Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.


Urin gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert. Urin berwarna hitam atau gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma. Urin kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Porphyria bukannya satu penyakit yang berjangkit tetapi merupakan penyakit genetik yang boleh diwarisi. Bagi mencegah supaya warna urin tidak kuning adalah dengan meminum air putih minimum 8 gelas sehari,ukuran itu disesuaikan dengan aktiviti seharian kita.

p/s: untuk pengetahuan idea untuk menulis entri ini tidak datang semasa membuang air kecil...harap maklum.

11/11 Dalam Sejarah

Assalamualaikum.
Semakin hari masa dirasakan berlalu semakin pantas, hari ini sudah hampir masuk ke pertengahan bulan November. Tarikh hari ini ialah 11/11/11 yang sangat ditunggu-tunggu oleh ramai orang didunia. Perasan atau tidak sebenar banyak perkara lain yang telah berlaku pada tarikh 11/11 sepanjang abad. Berikut merupakan beberapa peristiwa sepanjang abad ini yang telah dicatatkan dalam sejarah. 

- 1675 - Gottfried Leibniz mendemonstrasikan kamiran kalkulus buat pertama kalinya untuk mencari luas di bawah graf bagi fungsi y = f(x). 

- 1880 - Perompak bank dan penyamun Australia Ned Kelly digantung di Melbourne. 

- 1918 - Perang Dunia Pertama berakhir. 

-1930 - Albert Einstein dan Leó Szilárd mendapat paten bagi ciptaan mereka, peti sejuk Einstein.

- 1965 - Perdana Menteri Tanggungan Mahkota British Rhodesia Selatan Ian Smith mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak Rhodesia.

- 1975 - Krisis Perlembagaan Australia 1975 berlaku apabila Gabenor Jeneral Australia, Sir John Kerr menyingkirkan Perdana Menteri Gough Whitlam.

- 1978 - Maumoon Abdul Gayoom memulakan penggal pertamanya sebagai Presiden Maldives.

- 2004 - Pengerusi pertama Pertubuhan Pembebasan Palestin Yasser Arafat meninggal dunia di Paris, dan digantikan oleh Mahmoud Abbas.

- 2008 - Ketua kepurbaan Mesir Zahi Hawass mengumumkan penemuan sebuah piramid berumur 4,300 tahun milik Ratu Sesheshet, bonda Raja Teti.

Sepanjang kita hidup ini banyak perkara yang telah dan akan berlaku. Peristiwa yang lampau dikatakan sebagai sejarah dan peristiwa akan datang pula dikatakan sebagai rancangan tetapi semuanya ditentukan Allah s.w.t. 


Entri Khas Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pada hari ini iaitu 6/11/2011 bersamaan dengan 10 zulhijjah tahun 1432 hijrah kita menyambut salah satu daripada perayaan yang sangat besar ertinya dalam sejarah Islam iaitu hari raya aidiladha atau lebih dikenali dengan nama hari raya haji dan hari raya korban.
 

Dikesempatan ini cs ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua pembaca blog ini. Mari sama-sama kita menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk menunjukkan rasa taat kepada Allah s.w.t. Disini cs ingin berkongsi satu hadis yang berkaitan dengan hari raya Aidiladha.


 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Sekali lagi Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua yang menyambutnya.. 



Trafik vs Komen

Assalamualaikum.
Idea ini datang masa tengah baring-baring sebelum ke alam lain. Bila idea dah ketuk minda, mata pun boleh tahan segar tapi perut agak lapar, terus bangun hidupkan balik senjata untuk berblog untuk hasilkan entri baru ini. Trafik dan komen memang tidak dapat dipisahkan oleh blogger sudah menjadi tradisi bagi setiap blogger yang inginkan trafik dan komen.

Apa itu trafik? Rasanya ramai blogger tahu apa itu trafik. Pada mereka yang tidak tahu, trafik adalah jumlah pelawat yang datang ke blog kita. 

Apa itu Komen? Erti kata komen sudah pasti ramai yang dah tahu juga. Pada mereka yang tidak tahu, komen adalah pendapat, luahan atau cemuhan terhadap sesuatu perkara. (pada pandangan cs).

Blogger ini ada macam-macam jenis. Ada diantara blogger ini sangat mengejar trafik sehingga mengabaikan dan tidak mementingkan komen, dan ada sesetengah dari mereka sangat mementingkan komen berbanding trafik diblog, tidak dilupakan mereka yang mengejarkan kedua-duanya. Sepanjang cs berblog ini banyak jenis blog yang dah pernah cs jumpa dan singgah. Kadang-kadang tu pelik juga trafik tinggi tapi komen tu langsung tiada. 

Berdasarkan pemerhatian cs juga, blog-blog yang mengeluarkan kata-kata dan pendapat sendiri lebih mendapat komen dan tempat diantara pembaca-pembaca blog berbanding blog yang tidak mengeluarkan pendapat sendiri sebaliknya hanya menjadi tukang masak yang hanya pandai membuat kopi dan memasak pasta diblog masing. Cs sendiri tidak terlepas dari menjadi tukang masak sebab tu blog ini kekal picisan. Jadi anda blogger yang jenis bagaimana? Adakah yang mengejar Trafik dan Komen atau hanya mengejar Trafik??

Windows 7 berwajah baru

Assalamualaikum.
Selepas bosan melihat tema  windows 7 yang aku guna sebelum ini, aku buat keputusan untuk melakukan sedikit perubahan kepada rupa bentuknya. Selepas beberapa tema ditukar dan akhirnya ini adalah rupa terbaru windows 7 yang aku gunakan.


Klik sini untuk lihat kaedah ubah rupa windows anda.

Sejarah Pembangunan Permainan "Angry Bird".

Assalamualaikum.
Sebut sahaja permainan burung marah atau lebih dikenali sebagai "Angry Birds" sudah tentu ramai yang pernah bermain dan mendengar mengenai permainan tersebut. Berapa ramai yang bermain permainan video ini tahu asal usul pembangunan permainan ini? Permainan ini mula popular di Malaysia pada awal tahun 2011 iaitu selepas lebih kurang 2 tahun pelancarannya. Permainan ini dimajukan oleh salah satu syarikat Finland yang bernama Rovio Mobile. Pada awal tahun 2009, para kakitangan Rovio mulai mengkaji usul-usul untuk permainan yang berpotensi. 

  
Salah satu usul itu datang dari pereka permainan kanan, Jaakko Iisalo, dalam bentuk tangkapan skrin bersimulasi yang menampilkan beberapa ekor burung berwajah marah yang tidak kelihatan kaki atau kepaknya. Ketika itu, wabak "selesema babi" menjadi berita hangat, maka mereka menjadikan khinzir sebagai musuh burung. Permainan ini juga diilhamkan dari permainan Crush the Castle. Untuk versi Apple iOS, Rovio berkongsi dengan pengedar Chillingo untuk menerbitkan permainan ini di Apple App Store. Bagaimanapun, semenjak itu, Rovio telah menerbitkan sendiri hampir kesemua port-port lanjutan bagi permainan ini, kecuali untuk versi PlayStation Portable yang dihasilkan di bawah lesen oleh Abstraction Games dan kemudiannya diedarkan oleh Chillingo.


Ketika Rovio mulai mengarang versi baru permainan ini untuk peranti lain, timbulnya pula isu baru. Ketika pasukan pembangun mulai mengusahakan versi untuk sistem Android, mereka mendapati satu perbezaan yang besar dengan jenis peranti dan versi keluaran perisian Android. Bilangan kombinasi versi perisian, kelajuan pemproses dan juga antara muka pengguna adalah jauh lebih besar daripada versi Apple iOS yang dahulu. Akhirnya, mereka menetapkan beberapa keperluan minimum, walaupun ini menyebabkan hampir 30 jenis telefon Android tidak dapat menjalankan permainan ini. Sebulan selepas keluaran awal untuk Android, Rovio Mobile mula mereka versi permainan yang lebih ringkas untuk peranti-peranti lain tersebut.

 

Pada awal tahun 2010, Rovio mulai membangunkan versi Angry Birds untuk Facebook. Projek ini merupakan salah satu projek terbesar buat Rovio, dengan usaha pembangunan yang memakan masa setahun. Syarikat tersebut memahami cabaran memindahkan konsep permainann antara platform sosial dan sistem peranti mudah alih/permainan. Dalam temu ramah pada Mac 2011, Peter Vesterbacka dari Rovio berkata, "Pengalaman yang berhasil di satu persekitaran dan satu ekosistem tidak boleh disuap paksa ke dalam persekitaran yang lain. Begitu juga dengan Zynga, mereka tidak boleh menaruhkan FarmVille ke dalam peranti mudah alih dan mengujinya begitu sahaja. Judul-judul yang membawa kejayaan kepada mereka di peranti mudah alih adalah dibangunkan semula dari pangkal demi platform berkenaan.”

klik sini untuk download.

Peta Hidup


Assalamualaikum.



 Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. (ad-Dzariyat: 56)


Apa itu Titian Sirat ?

Assalamualaikum. 
Pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.  As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim
Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim.
 

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

|Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

sumber : facebook.com

10 Pusat Perjudian Terbesar Mengikut Bilangan Pekerja

Assalamualaikum
Kasino merupakan satu tempat yang membenarkan aktiviti perjudian dijalankan. Kasino yang popular menguntungkan dari segi ekonomi sesebuah negara. Biasanya pusat kasino dibina di tempat yang strategik bersama dengan hotel, restoran, taman tema, kompleks beli-belah, kapal persiaran dan tarikan percutian lain. Beberapa pusat kasino juga menganjurkan acara sukan dan acara kebudayaan penting. Di seluruh dunia terdapat 4750 buah kasino..


Manakala oleh kerana apa-apa jua permainan boleh dimainkan untuk wang, dan apa jua jenis permainan yang dimainkan untuk wang boleh juga digunakan untuk suka-suka, beberapa permainan biasanya ditawarkan di dalam sesebuah kasino. Berikut merupakan pusat  perjudian terbesar didunia mengikut bilangan pekerja :


1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000

2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220


3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000


4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700


5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000


T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000


T-6.) Sands Macao (China) – 8,000


8.) Caesar's Palace (Las Vegas) – 7,500


9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000


10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

"Mereka bertanya kepadamu tentang minum khamar(segala macam minuman yang memabukkan) dan berjudi. Katakanlah: "Kedua macam (perbuatan itu) adalah dosa besar (dan ada manfaat) bagi manusia, tetapi dosanya jauh lebih besar dari manfaatnya itu". (Al-Baqarah: 219)



20 Perkara Mengenai Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum.
Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah SAW bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Berikut merupakan beberapa fakta mengenai Rasulullah SAW.


1 - Rasulullah SAW diutuskan sebagai Rasul semasa berusia 40 tahun.

2 - Rasulullah SAW wafat semasa berusia 63 tahun.
 
3 - Bani Najjar dan Bani Zahrah adalah keturunan Rasulullah SAW.
 
4 - Haris bin Uzai adalah bapa susuan Rasulullah SAW.

5 - Usamahb bin Zaid adalah pencinta Rasulullah SAW.
 
6 - Huzaifah bin Yaman adalah penyimpan rahsia Rasulullah SAW.
 
7 - Zubir bin awwam adalah golongan penyokong Rasulullah SAW.
 
8 - Rasulullah SAW lebih rapat dengan Kabilah Quraisy Al-Adnaniah.
 
9 - Isteri Baginda berjumlah 13 orang.
 
10 - Cucu Baginda adalah Hassan dan Husain.
 

11 - Rasulullah SAW telah berperang sebanyak 27 kali.  

12 - Abu Qasim adalah diantara gelaran yang diberikan kepada Rasulullah SAW.
 
13 - Nama Assakab, Al-Murtajiz, Lazzaz, At-Tarbi dan Al-Lahif adalah nama-nama unta Rasulullah SAW.
 
14 - Zainab binti Al-Haris adalah orang yahudi yang telah meracuni Rasulullah SAW.
 
15 - Maria Al-Qibti dan Raihanah binti Zaid adalah Dua orang hamba yang telah dikahwini Rasulullah SAW
 
16 - Nama-nama Zul Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim adalah nama-nama bagi pedang Rasulullah SAW
 
17 - Kabilah Bani Nadhir Yahudi yang ingin melempar batu keatas Rasulullah SAW ?. 
 
18 - Ali bin Abi Tolib, Othman bin Affah, Al-As bin Ar-Rabi’ dan Utbah adalah kerabat ipar lelaki Rasulullah SAW
 
19 - Zubir bin Awwam adalah anak saudara Rasulullah SAW

 20 - Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan Kaab bin Malik adalah penyair-penyair Rasulullah SAW 

 
sumber :  sini

Tangisan Air Mata


Assalamualaikum .


"Tidak ada tangisan air mata yang lebih menenangkan daripada tangisan air mata keinsafan"

Akhirnya dapat balik blog !!!

Assalamualaikum.
Pada 26/9/2011 blog ini telah didelete oleh pihak blogger kerana menyangkan bahawa blog ini adalah blog spam. Setelah beberapa hari akhirnya blog ini kembali pulih selepas berkomunikasi dengan pihak google help. Berikut merupakan langkah yang diperlukan untuk recover blog yang kena delete dengan pihak blogger.

1) First, you pegi you punya Dashboard (www.blogger.com). Kat bawah blog yg dah kena delete tu, ada satu button - 'Request Unlock Review'. Anda kena tekan button tu.

2) Step yang first tu kira mcm semua pon buat la kan. Kalau nak lagi serius you kena request second review lah kan? . Second review dia mcm ni. Anda dtg report kat forum ini, then kami (TC kat forum ni) akan lecture anda sikit pasal blog apa yg slalu kena delete etc etc. Pastu anda kena pastikan you punya blog tu tak termasuk dalam kategori blog-blog haram yg slalu kena delete. Contoh blog2 yang haram adalah:

- Affiliate marketing - Pemasaran bersekutu. Contoh mcm you buat blog untuk sign people untuk mempromosikan sesuatu barang demi comission.
- Content created with scripts and programs, rather than by hand - ni kalau anda ada blog content auto-generated by scripts.
-
Content or links referencing referral-based activities such as GPT, MMH
("Make Money from Home"), MMF ("Make Money Fast"), MLM ("Multi-Level
Marketing"), PTC, or PTS. - Ni kalau blog ada isi skim cepat kaya.
 
- Content scraped from other blogs / websites. --> Ni kalau blog anda takda content original. Kalau kebanyakan post anda copy-paste content yg boleh didapati sekitar internet, kira masuk dalam kategori ni.
- Copyright Infringement. ---> kalau menlanggar copyright la kan.. Contoh cam blog yg provide download link utk movie ke, lagu ke.. software ke..
 
- Large blogs with multiple, unfocused / unrelated subjects. --> ni kalau blog anda tak masuk akal - kalau takda theme. Kalau main post mcm2 benda tanpa hala-tuju. Biasa kalau blog, kena ada theme la kan. Mcm photo blog ke, cooking blog ke, tutorial ke.. Kalau kadang2 u post out-of-the-topic tak pe. Kalau dari beginning tu mmg takda hala tuju, kira masuk dlm kategori ni.
- Links to Illegal Downloads / Streaming / Torrents. Dah explain earlier.

So, sekarang, sebelum kami pass review anda kepada org yg access deleted-blog ni, kami nak anda make sure blog anda tak masuk dalam kategori2 kat atas ni. Masalah dia cam nie. Banyak sgt org buat blog2 spam yg masuk dalam kategori2 kat atas ni. Pastu ada pula bot yg automatic scan semua blog2 ni, and kalau bot tu rasa blog tu spam, dia akan lock-kan. Kalau blog yang kena block tu betul2 spam, takde la tuan-punya-blog nak dtg sini minta second review segala.

Masalahnya bila false alarm. Blog yg genuine pon kadang2 kena block juga. So kalau dah ada org dtg kat forum nie betul2 request bantuan, so mmg kita dah 50% sure blog tu genuine la kan. Pastu just to make sure, kita akan list down bende2 haram yg boleh membuatkan blog tu kena delete. Pastu kalau blog-owner tu mmg 100% sure blog dia genuine, kita akan pass kan kepada assessors. And assessors ni akan masuk blog yg dah kena lock ni, and akan pastikan blog tu takde bende2 haram. And then dia akan unlock kan blog tu.

Long story short, you just kena bagitau kita kalau blog you tu mmg tak termasuk dalam kategori2 blog yg akan di-delete seperti di atas. Pastu saya akan pass-kan review nie kepada org yg review blog tu.
Macam agak rumit tapi tak rumit sangat pun. Akhirnya selepas 7 hari blog ini telah diunlock . Tapi dalam tempoh tu cs dah buat blog baru dan akan berpindah ke blog tersebut. Blog ini tidak akan dikemaskini dengan begitu kerap.

Review Johnny English Reborn

Assalamualaikum.
Filem ini merupakan sequel kepada filem pertama yang telah ditayangkan pada tahun 2003 iaitu Johnny English. Walaupun ini merupakan sequel kepada filem pertama jalan ceritanya memang mudah difahami. Untuk pengetahuan aku pun tak tengok lagi Johnny English dan terus tengok sequelnya. 


Cerita ini dimulakan dengan Johnny English ditugaskan untuk mencari individu/organisasi yang dikhabarkan akan membunuh Perdana Menteri China. Beliau diberikan kesemua peralatan yang canggih manggih seperti yang kita selalu tengok dalam mission impossible dan james bond. Tetapi oleh kerana ‘kebodohan’ Johnny English ini, barangan tersebut selalu sahaja disalahgunakan dan menjadikannya suatu jalan cerita yang lawak.


Filem ini memang memuaskan hati penonton yang meminati genre komedi. Dari mula sampai habis cerita ini pasti akan ada lucu yang membuatkan anda tidak kering gusi. Rasanya kepada yang tengah stress dengan kerja boleh terus menonton filem dipawagam yang berdekatan sebab ianya pasti akan membuatkan anda lupakan tekanan yang dihadapi.

p/s: download Johnny English 1 disini

Aku penternak virus berjaya

Assalamualaikum.
Selepas merasakan prestasi laptop kurang memberangsangkan dan jadi sangat lembab aku membuat keputusan untuk scan laptop selepas mengemaskini antivirus. Mulanya ingat laptop lembab mungkin sebab facebook berat selepas mengalami perubahan tetapi memang tidak dinafikan laptop aku yang menjadi punca kepada kelembapan.

 

Gambar kat atas ini merupakan hasil tangkapan virus selepas melakukan pengemasan terhadap laptop. Mujur dalam laptop tidak ada fail-fail penting yang tersimpan yang hilang selepas melakukan pengimbasan ini. Antivirus ini pun aku baru install selepas beberapa minggu membiarkan windows tanpa mempunyai sebarang perisian antivirus. Kepada yang mencari jalan mudah untuk lari daripada mendapat virus hanya ada satu cara iaitu dengan menggunakan perisian terbuka (open source).

p/s: anda mungkin berminat >>> Apa itu virus komputer?

Malaysia VS Jepun (Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Zon Asia)

Assalamualaikum.
Seperti mana yang kita tahu pasukan Olimpik Malaysia bakal menentang pasukan Jepun hari ini bagi memulakan cabaran di peringkat kumpulan (pusingan ketiga) Kelayakan Sukan Olimpik 2012 London. Perlawanan ini bakal disiarkan secara langsung di TV2 dan Astro Arena. Berikut merupakan pemain yang bakal membarisi pasukan Malaysia dan Jepun. 

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat(Kapten) dan Mohd Izham Tarmizi.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Fadli Shas, Mohd Muslim Ahmad, Mohamad Amer Saidin, Mohd Fandi Othman, Mohd Zubir Azmi, Izzaq Faris Ramlan dan Muhammad Syazwan Tajuddin.
Tengah: Wan Zack Haikal, Mohd Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Abdul Shukor Jusoh, Mohamad Faizal Abu Bakar dan Muhammad Nazmi Faiz.

Penyerang: Syahrul Azwari Ibrahim, A.Thamil Arasu, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Izuan Solahuddin

Lima pemain yang terpaksa digugurkan ialah Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, Mohd. Ferris Daniel Mat Nasir,Gary Steven Robbat dan Mohd Azrif Nasrulhaq.


Manakala pemain-pemain dari pasukan Jepun yang dikendalikan oleh jurulatih Takashi Sekizuka :

Penjaga gol
: Shuichi Gonda, Shunsuke Ando dan Tatsuya Morita.

Pertahanan
: Hiroki Sakai, Yasuke Higa, Yutaka Yoshida, Mizuki Hamada, Daisuke Suzuki, Gotoku Sakai dan Shohei Takahashi.

Tengah: Takahiro Ogihara, Hiroshi Kiyotake, Kosuke Yamamoto, Kazuya Yamamura, Keigo Higashi, Naoki Yamada, dan Hotaru Yamaguchi.

Penyerang: Yuya Osako, Kensuke Nagai, Ryohei Yamazaki dan Genki Haraguchi.

Rekod perlawanan lepas iaitu  ketika berentap di pusingan pertama Sukan Asia Guangzhoumenyaksikan Jepun menang keatas pasukan Malaysia 2-0 ketika itu Malaysia dibawah kendalian Dato K Rajagopal. Keputusan kali juga tidak memihak kepada Malaysia apabila sekali lagi kalah dengan pasukan Jepun. 2-0.