CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

BcR 1st Year Gath Anniversary : Breaking The Ice

Assalamualaikum..
Buat kali ketiga bcr mengadakan gathering  dan ianya merupakan salah satu gathering yang besar buat geng bcr. Gathering ini diadakan sempena ulangtahun pertama penubuhan BCRoom. Kali ini ianya diadakan di Sunway Piramid. Terdapat 2 aktiviti yang telah dirancang dan berjaya dilakukan pada gathering kali ini iaitu bowling dan ice skating. Dianggarkan seramai 12 orang yang hadir pada gathering kali ini. 


klik untuk kepuasan maksima
Perjalanan cs dimulakan dihentian lrt wangsa maju menuju ke KL Sentral untuk menunggu 2 lagi blogger lain iaitu cikmatakuyu dan wan. Walaupun begitu perjalanan cs tidak berjalan lancar disebabkan tersilap naik platform dan tersilap naik platform lalu dibawa kelaluan bertentangan. Nasib cs agak baik sebab hanya terdapat 2 stesen sahaja sebelum lrt berpatah balik. 




Sampai ke KL Sentral terus menuju ke food court yang terletak di tingkat atas sekali. Selepas sarapan dan menunggu yang lain sampai, cs bertolak ke ke stesen kelana jaya sebelum menaiki bas rapid ke sunway piramid. Sebaik sampai di Sunway Piramid, terus menuju ke tempat yang telah disetujui iaitu bowling. Sampai sahaja di tempat bowling ternampak jt iaitu penganjur kepada gathering telah menunggu. 



Selepas bermain bowling yang telah dijuari oleh cs sendiri. (bangga jap) itu pun disebabkan juara gathering lepas tidak dapat hadir kalau tidak memang kalah. Selepas bermain bowling, semua bersolat dan menikmati makan tengah hari yang telah disponsor oleh diri sendiri dan terus ke tempat ice skating untuk melakukan aktiviti kedua yang telah dirancang. 




Bermain ice skating ternyata sesuatu yang sangat menyeronokkan sebab bagi yang tinggal jauh pasti tidak dapat selalu berice skating. Itu sahaja aktiviti yang diadakan pada gathering kali ini. Ternyata semua yang hadir sangat sporting dan tidak sombong. Harap bcr akan mengadakan gathering lagi selepas ini. Sekalung tahniah kepada semua yang hadir kerana menjayakan gathering kali ini. Semua yang hadir bagaikan satu keluarga. 


Semua yang hadir. 
Mereka yang hadir ialah  Jejaka Terhangat Red CintaTulip Jeszyuu Beauty Lover Fafa, Wan, Feeza MachoGadis TerbilangNanamanes Mieefieena zazaSHY PedangtajamSuffer8zineRainys, dan The Crow (tak dapat jumpa sebab datang kejap pastu hilang). Minta maaf kalau ada yang tertinggal nama diatas ini. BcR menghubungkan sesama blogger. 

p/s : gambar lain boleh dilihat di sini dan sini .. terima kasih kepada yang sudi tangkap gambar.. 

25 pendapat bernas:

menyubungkan blogger? haha
untungla korang dapat pg~
kenapa gamba no 3 x diceritakan secara terperinci?? gambar epik tuuu.. XD

 

wow..best..neway,gathering ni pon salah 1 acara yang baik..selain menambah kenalan kita juga bole saling bertukar-tukar ilmu..solat pon no prob n everyone pon hepi..nice to know all of u guys...

gambar CS ke tu?..tolong sape tu?..nasib baek dua-dua pakai sarung tangan..hehehe

 

gambar yuu jatuh pun ade.. wakaka

 

waaa best....tapi asal nama org yang hadir silap ni wan feeza macho tu xde (koma) hihihi

 

wah,ada blogger group.bestnye.hoho

 

psstt.. korang2 jangan pening komen drop ngan shy kat atas, sebenarnya gambar yg ke 3 asalnya yang ni --> https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/379917_10150471913924633_741134632_8665368_279019149_n.jpg
XD

 

hahahah...cs sesat XD....kehkehh....nape pic yg num 3 tu ilang O_o hahahha

 

wakaka..makanan disponsor oleh diri sendiri..mcm sedih je bunyinya..

papepon, tahniah sbb jadi juara boling..bleh la start claim hadiah drpd suffer8zine..=p

 

wahh bestlah.. dahlah menang boling, dapaty trafik free lak tu :D

 

seronok korang..rugi nya aku x leh p

 

semua update gambar yg same je -__-"

 

wah...bestnye.. kata org jauh bukan penghalang kan? tapi kalau dah jauh nak wat mcm ne..

seronok tgok korg.. best!

 

like komen fm ;hihi

 

suka2 :angguk

 

sangat jeles... #okbai

 

g x ajak sioooottttt :hampa

 

ramai gak eh org g ice skating kat msia. xpenah pegi lg ice skating kat sne. meriahnya! nak kne p ni. =)

 

jlesnye....nk join jugak..tp jauh la..hadoii..