CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Lidah - Antara Aib Dan Kebaikan

Assalamualaikum.
Lidah ialah salah satu organ manusia yang kadang kala sukar dikawal. Ianya juga menjadi salah satu dari jalan aib dan kebaikan kita terbuka. Lidah dan percakapan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan pada dalam perhubungan sesama manusia. 


Lidah juga kadang-kadang boleh menjadi pemula dan pengakhir kepada satu pertelingkahan. Ini adalah satu hadis yang mengajar kita untuk menjaga lidah supaya tidak menyesal pada akhir perbualan.

Sabda Rasulullah  s.a.w yang bermaksud,

 “Dan janganlah kamu berbicara dengan satu perbicaraan yang akan menyebabkan kamu terpaksa meminta maaf esoknya." ’(Hadis riwayat Ibnu Majah).


Perbualan merupakan salah satu tempat paling mudah pertelingkahan berlaku akibat salah paham. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Banyak perkara baik boleh datang dari lidah dan ianya bergantung kepada penggunanya. 


Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

7 pendapat bernas:

berusaha menjadi seorang yg berakhlak tinggi :yes

 

Hai dan salam kenalan from shah ye...ni blog shah www.shahamri.com..entri ni mmg best la! :) Shah datang ni pun sebab nak kongsikan Tutorial Tingkatkan Earning Churp-Churp Dengan Cepat!...Tutorial ye bukan tips :) so kalau berminat sila la baca ye :)

p/s: kalau yg belum join churp-churp boleh join di sini..masyuk! --> ++KLIK SINI UNTUK JOIN++

 

kena kurangkan bercakap lepas ni :angguk

 

betul2...lidah la yg boleh jd sebab segala-galanya...

 

susah nak kawal perkataan dalam percakapan..
moga kita dapat selalu tergolong dalam org2 yang tinggi akhlaknya =.='

 

Assalamualaikum..
entry terbaik...5 star... terima kasih ya sudi kongsikan entry berunsur peringatan begini..jom berubah menjd manusia yang lebih menjaga lidah dan percakapan pada tahun baru ini

 

waalaikumsalam, sungguh artikel yang sangat bermanfaat, benarlah nasihat para orang bijak bahwa "MULUT-MU ADALAH HARIMAU-MU"...salam :)