CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Puss In Boots : Filem Animasi Wajib Tengok Bagi Pencinta Kucing !!


Assalamualaikum.
Filem Puss in Boots ini merupakan filem animasi pertama yang aku tonton di pawagam. Sebelum ini biasa tonton filem bukan animasi sebab aku tidak begitu tertarik untuk menonton filem animasi dipawagam. Filem ini mengisahkan bagaimana Puss in Boots mendapat gelarannya. Bagi yang tidak tahu kucing ini merupakan watak yang sama dari filem animasi Shrek. 


Puss telah berjumpa semula dengan Humpy (dibantu oleh Kitty). Pada mulanya Puss enggan membantu Kitty dan Humpty Dumpty tetapi setelah dipujuk, akhirnya Puss bersetuju. Mereka bertiga berjaya mendapatkan kacang ajaib tersebeut dari Jack dan Jill dan telah menggunakannya untuk mengambil telur emas yang dijaga oleh seekor monster yang ganas.  Di luar pengetahuan Puss, kitty Softpaws dan humpty Dumpty sebenarnya mempunyai rancangan buruk terhadap Puss.


Pertama sekali apa yang boleh dikatakan adalah filem ini mempunyai kekuatan pada grafik yang sangat baik berbanding filem animasi yang lain. Filem ini juga mempunyai kekuatan pada segi komedi kerana ada beberapa babak yang boleh membuatkan satu panggung ketawa. Walaupun durasi filem ini memakan masa selama 90 minit, jalan ceritanya membuatkan anda merasa filem ini hanya sekejap ditonton. 

salah satu babak yang kelakar

Selain itu, terdapat beberapa imbas kembali yang disusun dengan baik membuatkan jalan fiem ini mudah difahami oleh semua yang menonton. Akhir sekali, seperti yang dikatakan pada tajuk entri ini semua pencinta kucing wajib tengok filem animasi ini kerana semua kucing-kucing yang dipertontonkan amat comel dan anda tidak akan berasa rugi menontonnya dipawagam.

p/s: pawagam hari ini penuh dengan budak tadika yang buat rombongan menonton filem ini. riuh juga keadaannya...

18 pendapat bernas:

Comelnya kucing tu. Nak tgk lah nnt :D

 

alaaaa!aku kt kolej xleyh tgok lah..kt perlis lak xda wayang..nehi nehi tomahra.. :hampa

 

:nono cerita ni pasal kenapa sampai cerita shrek dia jadi pelarian.. bukan cmana dia dapat nama dia. its true dia cerita kan.. tapi main theme dia adalah kenapa dia jadi pelarian :P :sepak :lari :bye

 

x tgk lg...uhuhu...msti tonton ni...

 

waahahha....nk tgok nak nak.... :terharu

 

takley blah an kucing yg last uhh XD wakakakaaa gelak sopan

 

comelll !
mcm cekolat tak? wakaka.. =P

 

kucing bawah tu cute !!!

 

harus nunggu badget masuk kantong untuk nonton film ini :D

 

wah bole g tengok ni huhu ;)

 

menarik tapi syg jarng p pangung tambah2 bila dok kt rumah ..

 

weh,kiut gila... cs belanja reyn tgk :hihi