Kali ini cs akan berceritakan mengenai satu vlog yang dihasilkan oleh aimanazlan yang bertajuk "A Love Story". Vlog ini boleh memberi inspirasi kepada sesiapa yang mengalami masalah cinta. Satu masalah yang sering dialami oleh remaja. Vlog ini mungkin tidak dapat menjawab soalan-soalan anda mengenai cinta tetapi ianya sedikit sebanyak mungkin memberi pengajaran kepada sesiapa yang mengejar cinta sebelum nikah.
Pada yang tidak dapat menonton video ini atas sebab internet yang perlahan, cs akan cuba ceritakan sedikit mengenai vlog ini. Vlog ini menceritakan satu kisah cinta yang benar-benar berlaku terhadap seorang gadis yang bertanyakan mengenai perhubungan (hubungan lelaki, perempuan, boyfriend dan girlfriend) kepada aimanazlan melalui email 4 bulan lepas. Walaupun saudara aimanazlan ini bukan seorang yang pakar dalam percintaan ini tetapi beliau membuat keputusan untuk membantu gadis tadi.
Soalan pertama iaitu dari email pertama bertanyakan tentang bolehkah kita menjalinkan hubungan sebelum perkhawinan dan bagaimana kita tahu adakah dia adalah seseorang yang telah diciptakan untuk kita. Aimanazlan menjawab " Hubungan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim hanya boleh selepas perkhawinan dan dia memberikan panduan untuk gadis tadi bagaimana untuk mengejar perkhawinan. Gadis tadi berterima kasih dengan jawapan yang diberi aimanazlan dan gadis tadi menyatakan bahawa ianya susah untuk bercakap dengan orang mengenai topik seperti ini.
Melalui email kedua yang dihantar kepada aimanazlan dia menyatakan yang dia mempunyai boyfriend dan telah berpisah dengannya selepas beberapa ketika. Dengan alasan dia tidak mahu perhubungan seperti ini sebelum perkhawinan. Tetapi budaya masyarakat sekarang menampakkan kita perlu mempunyai hubungan sebelum perkhawinan dan dia tidak mahu perkara seperti ini lagi. Dipendekkan cerita, selepas putus hubungan dengan teman lelaki gadis berkenaan semakin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan memohon untuk diberikan kekuatan. Selepas sebulan berpisah gadis terbabit mendapat tawaran untuk menjadi guru sementara di kampung halamanya.
Kurang seminggu bekerja, beliau dilamar di facebook oleh cikgu yang mengajar disekolah yang sama. Pada awalnya, dia merasakan perkara tersebut merupakan gurauan tetapi tidak lama selepas melamar lelaki tadi terus berjumpa dengan ibubapa gadis tadi dan keluarganya bersetuju. Doa gadis tadi terjawab untuk merasa cinta yang halal. InsyaAllah pada 21 November 2011 mereka akan berkahwin dan tarikh berkenaan merupakan 2 bulan selepas perkenalan. Gadis tadi berbangga untuk dapat cinta sebegini dan meminta untuk tolong doakan mereka agar kekal di dunia dan akhirat.
Cerita ini sudah menunjukkan jika kita berdoa dengan Allah s.w.t dan redha kepadaNya kita akan mendapat sesuatu yang lebih bermakna walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu yang berharga. Apa yang cs cuba ceritakan mungkin tidak 100% seperti video diatas tetapi cs dah cuba yang terbaik untuk menceritakan apa yang ada dalam vlog diatas. Sebenarnya ini bukan vlog pertama yang dihasilkan oleh aimanazlan tetapi merupakan vlog ke 21 beliau. Disini cs sertakan link facebook dan Youtube aimanazlan.
4 pendapat bernas:
love story :)
:ohno terharu nye.. :tq cs sebab pc tgok video tu x brape paham.. hihi
laju sgt bi dia.pape pun lov stry bst!
(angguk2)
Jom lah bercinta lepas nikah.. bercinta b4 nikah x best.. x dapat pape.. hahaha!
Couple?? Rilek luu --> http://droppucino.blogspot.com/2011/12/couple-rilek-luu.html
Post a Comment