CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Lalui Ramadhan dengan ilmu

Assalamualaikum.
Selang beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ada yang sudah melaluinya 10 kali , 20 kali, 30 kali dan lebih daripada itu. Tetapi berapa ramai diantara kita yang melaluinya dengan melakukan persediaan yang cukup dan mantap. Setiap perkara yang kita lakukan itu kita perlukan ilmu untuk melakukan dengan betul dan teratur.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud 
Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan berapa ramai yang bangun malam dia tidak memperolehi apa-apa kecuali berjaga. Riwayat Imam Ahmad.

Salah satu perkara penting dalam menyediakan diri untuk menghadapi Ramadhan ialah dengan menambahkan ilmu berkaitan puasa. Kita seharusnya berpuasa 365 hari dalam setahun bukan hanya dibulan Ramadhan sebab puasa itu sendiri membawa maksud menahan diri melakukan perkara yang dimurkai Allah s.w.t. Puasa didalam bulan Ramadhan pula membawa maksud menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. 



Ramai yang lebih mengfokuskan diri kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja. Puasa merangkumi banyak perkara antaranya kita hendaklah berpuasa dari lidah dengan tidak bercakap perkara yang sia-sia. Begitu juga dengan mata dan telinga, kita hendaklah menjaganya supaya puasa kita tadi tidak menjadi sia-sia. Semoga puasa kita pada tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas dengan mendalami ilmu mengenainya.