CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Harga makanan d'kedai MaMaK naik

assalamualaikum dan salam sejahtera...
berdasarkan apa yang aku baru baca kat laman web kosmo tadi harga makanan di kedai mamak akan dinaikkan mulai tahun hadapan...kenaikan ini disebabkan para pengusaha tidak dapat menanaggung kos harga barangan yang semakin meningkat akibat dari kenaikan harga minyak...


KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan. Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.
rasanya pulau pinang yang akan paling terasa kesannya sebab kebanyakkan kedai makanan mamak berada di pulau pinang...walaupun mungkin hanya dinaikkan pada kadar 5-10 % ianya tetap memberikan kesan kepada harga makanan tersebut...lepas ini kalau nak makan pun kena berjimat dan kena demand...

ulangtahun pertama blog ceritasekupang

assalamualaikum dan salam sejahtera....
ini merupakan post khas sempena ulang tahun pertama ceritaskupang.blogspot.com  pada 22/12/2010  yang lalu....masa berlalu dengan begitu pantas...setahun berlalu meninggalkan banyak kenangan dalam aku berblog ini...sebenarnya aku pun tak sangka yang aku dapat berblog selama setahun...mulanya rasa mungkin akan hanya bertahan selama beberapa bulan saja...blog ini bermula operasinya pada akhir tahun lepas....







awal-awal dulu memang rajin, dalam satu hari saja kadang-kadang 2-3 entri aku post tapi skrang bukan jadi malas tapi aku jarang sikit update sebab sibuk sikit dan jarang dapat online....dalam setahun aku berblog ni macam-macam dah aku post...ada yang baik dan mungkin ada yang buruk...kalau ada sesiapa yang terasa dengan post-post sebelum ni aku ingin memohon kemaafan...doakan aku dapat terus berblog....

pentingkah budaya jaga tepi kain orang??

assalamualaikum dan salam sejahtera....
hari ni baru ada masa, mood dan kemudahan internet untuk aku mengupdate blog ini...rasanya memang dah agak lama aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang entri...aku pun tak tahu kenapa aku dah mula malas nak update blog ini...kadang-kadang masa dah ada masa dan mood tak da idea yang datang hingap pula...rasanya dah cukup kot aku merepek untuk membuka entri ini....

budaya jaga tepi kain orang adakah ia sesuatu yang penting??? 
pendapat masing-masing memang berbeza tapi ini pendapat aku...sebenarnya budaya ini sebenarnya penting walaupun kadang-kadang ianya mungkin akan merimaskan dan menganggu sebelah pihak...budaya ini adalah sama dengan erti kata mengambil berat...setiap sesuatu pasti ada keburukan dan kebaikan....apa yang patut kita lakukan hanyalah terimanya dengan hati yang terbuka dan cuba fikir semula apa yang cuba disampaikan....ambil sesuatu yang baik dan buang yang tidak baik...

p/s: blog ini tidak akan aktif seperti biasa...harap maklum...terima kasih kerana sudi berkunjung...

Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah



assalamualaikum dan salam sejahtera....
akhirnya setelah lebih kurang seminggu tak update hari ni dapat juga nak update...minggu lepas tak dapat nak update blog sebab sibuk membantu menguruskan minggu sual kenal @ orientasi....sebenarnya hari jumaat hari tu dah abis dah tapi kepenatan yang melanda masih kekal sehingga semalam jadi hari ni baru dapat nak menaip kat sini...diam tak diam follower blog ni dah masuk ke angka 4 ratus orang semasa entri ini ditaip...terima kasih kepada semua yang telah follow blog ini...lama tak update memang memberi kesan kepada trafik blog tetapi bersyukur juga sebab ada juga yang sudi ziarah blog ini walaupun tiada update....tak lama lagi kita akan menyambut maal-hijrah atau tahun baru Islam iaitu 1432 hijrah...setiap tahun pasti kita akan tetapkan azam baru tapi cuba ingat balik azam yang lepas-lepas adakah ianya sudah tertunai...


Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


p/s : soklan kat formspring terdelete sebab on9 masa terlalu penat....minta maaf kepada semua yg tanya soklan tu...

award dari Muhammad

assalamualaikum dan salam sejahtera...
sekarang dah pukul 2:22 jam kat sini...dan aku baru nak mula update blog ni...malam ni aku dengan tidak sengaja tiba-tiba sja jadi burung hantu...tak boleh tidor lak malam ni...eh2...dah masuk pagi...jadi aku pun buat keputusan untuk update blog yang yang berupdate ni...post ini hanya untuk berkongsi award yang aku baru dapat dari encik  muhammad iaitu pemilik kepada blog luahan hati si pencinta ...terima kasih kepada muhammad kerana sudi memberi award...award ini khas diberikan kepada follower blognya yang bertuah...jadi aku adalah salah seorang daripada 90 orang yang bertuah menerima award ini...award yang dimaksudkan adalah 



dah dapat award mesti ada soalan yang perlu dijawab...pemberi award ini bagus sebab tak bagi soalan yang banyak...dia bagi satu soalan sja..

"Apa pandangan korang tentang blog Luahan hati ni??? 
 
sebenarnya soalan ini memang soalan yang susah sebab aku tak selalu dan masih baru lagi dalam mengenal blog mamat dan aku pun pelik mengapa award sedemikian rupa diberikan kepada aku ...pada pendapat aku blog ini amat menarik kerana mempunyai header yang unik iaitu header yang mempunyai banyak hati yang berterbangan....pada awalnya pasti ramai yang akan anggap blog ini adalah blog mat jiwang...tapi aku rasa benda tu sebenarnya unik untuk seorang lelaki buat header yang macam tu....oleh sebab widget dalam blog ini tak banyak jadi loading untuk blog pun tak mengambil masa yang lama....layout blog yang simple....minta maaf tak dapat nak komen banyak2 sebab aku bukan seorang yang suka mengkritik...rasa cukup setakat itu...terima kasih sekali lagi....all the best...


Ngangkung filem pecah perut


assalamualaikum dan salam sejahtera...
ketika entri ini ditulis aku baru sja  balik dari menonton cerita Ngangkung...ni merupakan  kali pertama aku pi tayangan pada hari pertama...biasanya lepaih 1-2 hari baru pi tengok...aku tak tau langsung maksud Ngangkung pada mulanya dan tak pernah nak cari pun....untuk pengetahuan maksud Ngangkung mengikut kamus dewan ialah duduk antara dua pelipat kaki sambil memuja dan dalam bahasa pasar@mudah disebut memuja untuk mendapatkan sesuatu....sekarang dah paham?? cerita ni bergenre komedi seram....
durasi cerita ni lebih kurang 1 jam 40 minit...


cerita ni mengisahkan zim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? 

 walaupun genre komedi seram tapi filem ni boleh dikatakan lebih kepada filem komedi sebab dari aku duduk atas kerusi sampai nak abis memang tak kering gusi ketawa saja memanjang...masa nak dekat abis baru ada babak yang agak sedih....kepada yang belum tengok tu jom sokong filem karya tempatan...klik sini untuk lebih banyak gambar...

Untuk Semua Calon Spm

assalamualaikum dan salam sejahtera...
esok semua pelajar semester tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan bakal menentukan kemana hala tuju mereka selepas tamat persekolahan...kepada yang akan amik spm aku nak share satu laman web bank soalan...walaupun rasanya dah agak lewat post ni tapi kalau yang rajin tu boleh masuk klik sini...




Lagi Mengenai Harry Potter and the Deathly Hallows

assalamualaikum dan salam sejahtera...
entri kali ini nak crita pasal crita mat potter....rasanya dah ramai orang crita pasal crita ni tapi aku nakjuga crita  x kira...mulanya tak da langsung rancangan nak tengok crita ni sebab aku dah lama tak mengikuti perkembangan crita ni....tapi lepas tengok trailer dia rasa berminat pulak..rasanya kali terakhir aku tengok waktu siri dia yang kedua kalau tak salah...cerita ni aku tengok kat qbay...tapi kualiti gambar dia macam pelik sja...aku pun tak tau sebab apa..mungkin projektor dia dah lama tak servis...ahaha..nasib bek aku leh dapat tangkap jalan crita ni...walaupun ada beberapa babak yang kurang sesuai untuk ditengok...tak rasa duk dalam wayang selama 2 jam 1/2....babak aksi dan babak sembang2 seimbang...overall memang puas hati tengok...





untuk sipnosis boleh klik sini dan kepada yang belum tengok crita ni leh ke pawagam terdekat atau tunggu sehingga ada download link untuk crita ni... ^_^

p/s: crita ni banyak menonjolkan unsur2 illuminati...


anime anime dan anime

assalamualaikum dan salam sejahtera...
erm...apa nak tulis ni...bila time tengah baring3 masa tidur banyak lak idea yang duk mai...bila mula nak update blog tiba-tiba sja blank...sebab tu kadang-kadang blog ni ditinggalkan tanpa diupdate...ari ni ada juga idea yang mai dan entri kali ini nak share mengenai movie anime yang popular atau dalam bahasa yang mudah box office anime movie...list kat bawah ni merupakan antara movie anime yang popular untuk separuh pertama tahun 2010...

TitleDistributorRelease MonthBox Office in YenBox Office in US$
One Piece Film Strong WorldToeiDecember4.8 billion55 million
Detective Conan: The Lost Ship in The SkyTOHOApril3.19 billion36.7 million
Doraemon: Nobita no Ningyo DaikaisenTOHOMarch3.16 billion36.3 million
Crayon Shin-chan: Chō Jikū! Arashi o Yobu Ora no HanayomeTOHOApril1.25 billion14.4 million
Precure All Stars DX2: Kibō no Hikari— Rainbow Jewel o Mamore!ToeiMarch1.14 billion13.1 million
Gintama: Shinyaku Benizakura-HenWarnerApril1.066 billion12.26 million
The Disappearance of Haruhi SuzumiyaKlockworxFebruary0.83 billion9.5 million
Macross Frontier ~Itsuwari no Utahime~KlockworxNovember0.645 billion7.42 million
Professor Layton and the Eternal DivaTOHODecember0.589 billion6.77 million
Space Battleship Yamato ResurrectionTOHONovember0.43 billion4.9 million
Magical Girl Lyrical Nanoha The MOVIE 1stAniplexJanuary0.38 billion4.4 million
Fate/stay night Unlimited Blade WorksKlockworx/GeneonUniversalJanuary0.28 billion3.2 million
Chō Gekijō-ban Keroro Gunsō Tanjō! Kyūkyoku Keroro Kiseki no Jikūjima de Arimasu!!KadokawaFebruary0.223 billion2.56 million
Eden of The East the Movie I: The King of EdenASMIK-AceNovember0.15 billion1.7 million
Eden of The East the Movie II: Paradise LostASMIK-AceMarch0.12 billion1.4 million
Yona Yona PenguinShochikuDecember0.078 billion0.90 million
Trigun: Badlands RumbleKlockworxApril0.072 billion0.83 million
Bungaku ShōjoMay0.059 billion0.68 million
King of ThornKadokawaOctober0.059 billion0.68 million
Mai Mai MiracleShochikuAugust0.048 billion0.55 million
Welcome to THE SPACE SHOWAniplexFebruary0.04055 billion0.4664 million
Time of EveMarch0.02 billion0.2 million


pada yang dah tak tau nak download cita apa dah...leh download anime ni...biasanya aku akan download kat sini.....selain daripada anime movie ada juga jenis series kat laman  web tu...



Entri Khas Sempena Aidiladha

assalamualaikum dan salam sejahtera...
pasti ramai yang dah dapat agak apa isi entri kali ini...ya betul...mengenai raya aidiladha atau lebih dikenali dengan nama hari raya haji @ korban...ini adalah salah satu hadis mengenai aidiladha...

 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)





jadi dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut aidiladha buat 
semua blogger2 dan yang mengenali diri ini...
~~~~jangan lupa pi sembahyang raya esok~~~


yeh dapat award

assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam dapat tag dari cik miasaraa...memang menepati masa betui award ni sbb aku ni pun jarang sikit nak update blog sejak akhir-akhir ni sbb idea susah nak sampai dan tahap kemalasan aku tiba-tiba memuncak...

awardnya ialah....



(1) thanks the person who gave u dis award and the link of the person :
terima kasih kepada pemberi award iaitu cik miasaraa dan cik tice LIN kerana sudi memberi award kepada sekupang...

(2) spread the award to 10 bloggers who you like n you think their blogs are awesome :



dan kepada blogger2 yang blogwalk ke sini...



3.tell 7 things about youself:


- blogwalker


- peminat bola sepak


- peminat manga 


- peminat anime


-suka merapu


- suka makan nasi goreng 4 tayar @ nasi goreng balut telur


- suka minum teh ais




yeh settle...







it's over

 assalamualaikum dan salam sejahtera...
dah agak lama juga aku tak update blog ini...sawang pun dah banyak...kalu tunggu lagi 2-3 minggu mesti lipas dah leh wat port...aku tak dapat update blog ini sebab final exam yang bermula minggu lepas....tapi minggu lepas 1 paper sja...minggu ni yang banyak jadi tak masa nak update dan berblogwalking...ada juga curi-curi masa sikit dapat juga blogwalk 2-3 blog...berakhirnya final exam bermakna bermula cuti semester dan ianya juga bermakna aku terpaksa mengangkut segala barang2 aku keluar dari asrama....sekali pandang nampak barang sikit sja...tapi lepas dah kemas semuanya memang banyak...pelik juga awal2 sem dulu rasanya sikit sja barang yang aku bawa...



masa awal2 sem...tapi lama kelamaan ianya makin bertambah





 masa akhir sem....


banyak tak?? nasib dekat suma ringan2...
selamat bercuti...


Jamuan perpisahan~~~

assalamualaikum dan salam sejahtera....
jumaat lepas aku menghadiri satu jamuan perpisahan yang telah dianjurkan oleh dak2 sem 1 ahli mpp...jamuan ini merupakan program penutup untuk semester ni...walaupun diadakan didalam dewan yang kecil tapi suasananya memang meriah....walaupun bajet x banyak untuk program ni tapi  makanan memang superb...majlis bermula pukul 9 dan berakhir lebih kurang pukul 1 pagi...sebab tu tak sempat nak update blog awal2...tahniah wat semua yang menjayakan majlis ni..







walaupun dapat merasa hanya sepotong...tapi puasa hati sebab sedap...











cenderahati...













p/s: aku bersusah payah cari masquerade ari tu untuk majlis ini...dan ianya berbaloi...



Masquerade oh Masquerade



assalamualaikum dan salam sejahtera...
ari ni aku telah menjelajah 3 buah pusat membeli belah sekitar pulau pinang...bukan untuk membeli belah tetapi mencari benda yang amat jarang aku gunakan iaitu 



'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


''''''''''''''''''''''''''''''




''''''''''''''''''''''


''''''''''''








'''''''''''''''











'''''''''











masquerade mask atau dalam bahasa mudah topeng.....









susah betul nak jumpa benda ni...kepada sesiapa yang nak cari benda ni leh pi cari "toys r us" kat bahagian party (detail aku bagi) memang kompem ada....xyah nak cari jauh2...xyah nak jalan jauh2...kat situ kompem ada...kalu x da maknanya stok dah abis...design pun leh tahan gak...memberikan kepuasan kepada pembeli...



p/s: penat berjalan pun x abih lagi...adeh...maleh nak taip banyak2...