assalamualaikum dan salam sejahtera....
akhirnya setelah lebih kurang seminggu tak update hari ni dapat juga nak update...minggu lepas tak dapat nak update blog sebab sibuk membantu menguruskan minggu sual kenal @ orientasi....sebenarnya hari jumaat hari tu dah abis dah tapi kepenatan yang melanda masih kekal sehingga semalam jadi hari ni baru dapat nak menaip kat sini...diam tak diam follower blog ni dah masuk ke angka 4 ratus orang semasa entri ini ditaip...terima kasih kepada semua yang telah follow blog ini...lama tak update memang memberi kesan kepada trafik blog tetapi bersyukur juga sebab ada juga yang sudi ziarah blog ini walaupun tiada update....tak lama lagi kita akan menyambut maal-hijrah atau tahun baru Islam iaitu 1432 hijrah...setiap tahun pasti kita akan tetapkan azam baru tapi cuba ingat balik azam yang lepas-lepas adakah ianya sudah tertunai...
Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
p/s : soklan kat formspring terdelete sebab on9 masa terlalu penat....minta maaf kepada semua yg tanya soklan tu...
1 pendapat bernas:
salam maal hijrah
Post a Comment