CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Ads

d

Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum. 





-  Dalam perancangan bandar, jalan mati dibina bagi mengehadkan lalu lintas di kawasan kediaman.

-  Perang Mamluk-Uthmaniyyah menukar Empayar Uthmaniyyah kepada sebuah empayar besar

- Di negara maju, peraturan pembinaan mewajibkan jurutera mengambil kira pencecairan tanah ketika mereka bentuk bangunan baharu?

- Terdapat beribu-ribu penyakit yang telah dikategorikan sebagai penyakit jarang jumpa, kebanyakannya diakibatkan oleh genetik

-  Hutan hujan Amazon meliputi kawasan milik sembilan negara

Fansub adalah versi filem atau rancangan televisyen asing yang diterjemahkan oleh peminat

-  Kereta rasmi kerajaan turut berfungsi sebagai simbol automotif bagi ketua negara dan negara masing-masing

-  Bahasa Isyarat Malaysia diadaptasi daripada Bahasa Isyarat Amerika, dan menjadi asas Bahasa Isyarat Indonesia.






-  Fotografi udara pertama kali dilakukan oleh jurugambar dan jurubelon Perancis Gaspard-FĂ©lix Tournachon pada tahun 1858

- Dalam kerajaan klasik Melayu, Bendahara merupakan jawatan yang diwarisi

-  Gas pemedih mata sebenarnya bukan gas, tetapi sejenis serbuk asid yang amat halus.

- Dua pertiga daripada pengguna telefon bimbit adalah pengguna telefon bimbit prabayar.

- Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.


sumber : wikipedia.org

Antara Keperluan Dan Kehendak

Assalamualaikum.
Keperluan dan kehendak merupakan perkara yang berbeza. Keperluan adalah sesuatu benda atau keadaan yang memang perlu untuk hidup kita.. Sebagai contoh, rumah sebagai tempat berteduh, pakaian untuk menutup aurat, makanan sebagai tenaga untuk hidup, dan sebagainya. Senang kata, keperluan ini adalah benda penting untuk kita teruskan kehidupan di bumi ini.



 Manakala kehendak pula adalah sesuatu benda itu akan jadi kehendak bila kita masih boleh teruskan kehidupan seperti biasanya walaupun ketiadaannya.. Contohnya, walaupun kita tak ada iPad tu kita masih boleh hidup dengan biasa. 






Kalau nak online sekalipun mesti ada komputer ataupun laptop kan.. Jadi, perkara sebegitu akan jadi kehendak semata-mata. Kehendak merupakan sesuatu yang tidak akan habis dilayan dan dipenuhi kerana ianya sesuatu yang tidak terbatas.




Kedua perkara ini pasti akan berkait dengan kemampuan. Jika kita mampu untuk memenuhi kehendak kita dan tanpa menyusahkan orang lain itu yang dikatakan berkemampuan. Kita perlu bijak untuk membezakan antara keperluan dan kehendak supaya kita tidak rugi.


- H A T I -


Assalamualaikum.
Hati merupakan salah satu anggota badan yang paling penting dalam diri setiap manusia. Ianya merupakan tempat yang diturunkan ilmu pengetahuan dan rahmat dari Allah s.w.t. Kata Saidina Ali RA : " Bekas-bekas (tempat diturunkan ilmu dan rahmat) Allah di dunia ini adalah hati". Para ulama membahagikan hati kepada 4 bahagian iaitu :


Hati  Hidup
  ialah hati yang tenang diselaputi dengan iman dan dipenuhi dengan cahaya.Yakin dan Ikhlas serta dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT. Mencintai apa sahaja yang Allah Cintai serta Redha kepada Allah SWT.





Hati Mati 
ialah hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan bersifat ganas, seperti rumah yang ditinggalkan dan didiami oleh syaitan, Dipenuhi dengan  sifat munafiq, kafir dan maksiat. hatinya adalah seperti hati orang kafir.






Hati Sakit
ialah hati yang Imannya sentiasa berubah, kadang-kadang menjadi munafiq dan kadang-kadang berminat kepada Islam, Hatinya sentiasa dibelai dengan nafsu, bergelombang dengan fitnah dan tergoda dengan syaitan, ia adalah hati yang terlalu lemah iman.




Hati Yang Kosong
ialah hati yang apa jua diisi ia tidak membawa apa-apa faedah,tidak mengenal kebaikan dan tidak mengenal kejahatan, apa yang menjadi matlamatnya adalah nafsu semata-mata, inilah hati orang munafiq.





Hati yang bersih dapat menolong kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kita tidak dapat melihat apa yang ada dalam hati seseorang itu, jadi tidak perlu kita menuding siapa yang baik dan siapa yang jahat. Tetapi peribadi yang baik itu sendiri kadang-kadang dapat menggambarkan hati yang baik. Sama - sama kita semak hati dan cuba perbaiki hati kita supaya menjadi lebih baik.

Aurat : Peka Atau Tidak ?


Assalamualaikum.
Aurat merupakan salah satu topik sangat kerap dibicarakan. Jadi tidak perlu lagi menerangkan apa yang dimaksudkan dengan aurat. Kaum hawa sentiasa menjadi mangsa kepada topik ini, sedar atau tidak sebenarnya kaum adam juga tidak boleh lari daripada topik ini. Disini merupakan antara bahagian yang tidak begitu diberi perhatian oleh kaum adam dan hawa.

 







Seperti gambar diatas ini, kaum adam sering sekali memandang ringan mengenai aurat semasa bersukan. Kita juga boleh melihat ramai kaum adam sekarang yang tidak menutup bahagian lutut semasa berada diluar dan menjadi trend sekarang untuk memakai seluar pendek. Kalau ya pun ingin mengikut trend, ianya juga perlu berlandaskan garis panduan dalam Islam.








Manakala kaum hawa pula sering memandang ringan aurat bahagian lengan mereka, iaitu dengan sering memakai t-shirt yang berlengan pendek. Tidak dinafikan banyak syarikat yang mencipta pakaian seragam kerja yang berlengan pendek tetapi kita sebagai seorang muslim hendaklah mencari alternatif lain. Contohnya dengan memakai inner yang berlengan panjang. 

Islam itu mudah jika kita memahaminya. 



Apesal.com

Gua Blog