CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Apa itu Doping Test ?

Assalamualaikum.
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Terdapat beberapa alasan kenapa penggunaan bahan ini diharamkan : 

- Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul. 


- Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.

- Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.


Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang telah berjaya memenangi pingat emas pada acara bola sepak Sukan Sea 2011. Tetapi provokasi Indonesia tidak berakhir disitu apabila 3 pemain bola sepak Malaysia disuruh untuk melakukan "Doping test". Akhirnya provokasi Indonesia tidak berjaya kerana ketiga-tiga pemain itu bebas daripada bahan yang dilarang.

7 pendapat bernas:

adehh.. tak habis2.. terima la hakikat yang nasib tak menyebelahi mereka.. hmm

 

wei....tengok la!! xpuas ati ek...dh la tu..huhu...sekarang dh korbankan 2 org masa kat stadium...huhu.manusia2 hahahaha...
za rasa baik kot :'D

 

kesian benor indonesia..mcm terdesak je nak jugak menang..siap doping control dah nak terjah utk buat ujian kat pemain Malaysia. tp result tetap same. mane bleh ubah dah. We are the champion. ngehh..

 

nape x suruh pemain Indonesia jalani ujian yg sama :apa

 

alasan je tu untuk menutup kelemahan sendiri,memang x patut!

 

indonesia nie xpuas hati lagi..adab permainanla kalah menang..takkan kita selalu mng, mestia da kdg2 kita kalah..ish2..malaysia dh mng kan..time diornag mng xde pun kita buat mcm tuh..haishh.. :fuh

 

masuk sispa tak payah ade doping test. ahahaha

malaysia menang bermaruah. naseb baik xde yang guna benda2 alah tu kan

=D