CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Trafik vs Komen

Assalamualaikum.
Idea ini datang masa tengah baring-baring sebelum ke alam lain. Bila idea dah ketuk minda, mata pun boleh tahan segar tapi perut agak lapar, terus bangun hidupkan balik senjata untuk berblog untuk hasilkan entri baru ini. Trafik dan komen memang tidak dapat dipisahkan oleh blogger sudah menjadi tradisi bagi setiap blogger yang inginkan trafik dan komen.

Apa itu trafik? Rasanya ramai blogger tahu apa itu trafik. Pada mereka yang tidak tahu, trafik adalah jumlah pelawat yang datang ke blog kita. 

Apa itu Komen? Erti kata komen sudah pasti ramai yang dah tahu juga. Pada mereka yang tidak tahu, komen adalah pendapat, luahan atau cemuhan terhadap sesuatu perkara. (pada pandangan cs).

Blogger ini ada macam-macam jenis. Ada diantara blogger ini sangat mengejar trafik sehingga mengabaikan dan tidak mementingkan komen, dan ada sesetengah dari mereka sangat mementingkan komen berbanding trafik diblog, tidak dilupakan mereka yang mengejarkan kedua-duanya. Sepanjang cs berblog ini banyak jenis blog yang dah pernah cs jumpa dan singgah. Kadang-kadang tu pelik juga trafik tinggi tapi komen tu langsung tiada. 

Berdasarkan pemerhatian cs juga, blog-blog yang mengeluarkan kata-kata dan pendapat sendiri lebih mendapat komen dan tempat diantara pembaca-pembaca blog berbanding blog yang tidak mengeluarkan pendapat sendiri sebaliknya hanya menjadi tukang masak yang hanya pandai membuat kopi dan memasak pasta diblog masing. Cs sendiri tidak terlepas dari menjadi tukang masak sebab tu blog ini kekal picisan. Jadi anda blogger yang jenis bagaimana? Adakah yang mengejar Trafik dan Komen atau hanya mengejar Trafik??

24 pendapat bernas:

naz kejar rasa cinta kepada penulisan dan penangkapan gambar :terharu

 

masak pasta kat blog camna tu erk? buleh ker? nak jugak rasa sedap ke tidak... hehe

 

igt trafik merah, hijau, kuning tu XD

 

trafik penting, komen pun nak jugak....betul CS ckp, kalau blogger tu asyik copy paste dari mana tah, mmg tak bnyk org komen.

kalau kita tulis sendiri, itu lebih menarik rasanya....mcm akak..hehe.

 

kak aina...tak mengejar apa2 kecuali kepuasan diri tetapi bila ada yg membaca dan mengomen itu kelebihan buat kak aina...boleh gitu?

 

Assalamualaikum...
wah..baru tau blog pun ada tukang masak...apa pendpt cs ttg blog ct??termasuk dlm tukang masak juga ke??

 

trafik pon kejar..komen pon kejar..tp mcm susah je nak kejar dua2 skali. hehe..

 

tak tapppppp lagi dua-dua ni T_T

 

eh,tapi onie suka pembaca yang sudi baca coretan onie ..

 

sy kejar makanan.hahah kidding. nak kata kejar tak juga sy kejar untuk hasilkan entry terbek mcm blogger hebat.

 

saya tengah mengomen...hahaha.... singgah2 la sini :)

 

mungkin dua2.tapi kalau dah tahu buat entry yang kurang orang nak baca,rasanya memang tak yah la nak mengharap komen tu masuk-__-

 

bagi pendapat zira la kn.
wat pe nak kejar dua perkara tuh?
yang penting entry menarik perhatian orang pon da kira memadai.

 

Red cakap :
Nak jadi blogger yang baik, jangan pentingkan komen semata-mata. yang penting, entry yang dihasilkan tu.

T-T ayat kena marah ngan red.

 

kejar dua2 cool ape :cool

 

tak kejar pape pun .. hoho ~ sye menulis kerana saye ingin menulis . kdg kala sye berhenti menulis kerana sye tak ingin menulis .. make itu , sye kekal sebagai blogger di bawah blogger picisan . ahakz ! :)

 

bagi nisa..ceh nk bg opinion pulok..hehe..xkejar pape pon..just jalan jerk..hehe tp lebih terharu bile ade org komen dri dok kejar2 trafik ni..so klu ade org drop komen bru rase org support..x gitu cs??

 

terdelete pulak! XD

bukan yuu yang delete! tak tau! tak tau! :hoho

 

Tak kejar apa2pun...

**Aku menulis bukan kerana nama, trafik ataupun komen..

:geleng

 

Lebih pada komen , hehe . Kalau kejar traffic sgt ,tak dapat apa juga . Just chill aje ...berblogging sebab hobi ^^