CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Liverpool Kehilangan Torres


 assalamualaikum...
Akhirnya setelah berhari-hari menunggu berita mengenai pemindahan Torres ke Chelsea semua persoalan itu telah tejawab pagi tadi apabila ianya telah menjadikan pemindahan temahal dalam kalangan pemain-pemain di dalam liga perdana inggeris itu. Selepas ini tidak mungkin kita dapat melihat pemain tersebut menyarung jersi berwarna merah dan berkerjasama dengan Gerrard untuk menjaringkan gol. Pemindahan ini mungkin penting buat Chelsea untuk terus menjadi yang terbaik. Bagi Torres pula ini mungkin dapat memberikan peluang untuk meningkatkan prestasinya sebagai seorang penyerang yang mungkin akan menjadi landa suatu hari nanti. 


LONDON: Chelsea akhirnya berjaya mendapatkan khidmat pemain Liverpool, Fernando Torres dan pemain Benfica, David Luiz akhirnya dengan rekod perpindahan pemain sebanyak £75 juta (RM 368 Juta) untuk pasangan tersebut sebelum tamat tempoh perpindahan pemain pada 11 malam, semalam. Dengan nilai perpindahan sebanyak £50 juta (RM245 juta), Torres memecahkan rekod perpindahan pemain dalam kalangan kelab-kelab Inggeris setakat ini. Manakala Benfica membenarkan Luiz berpindah dengan rekod bayaran lebih £25 juta (RM123 juta). Selepas menandatangani kontrak yang mengikatnya bersama Chelsea selama lima dan setengah tahun, Torres yang juga penyerang Sepanyol memberitahu pada laman web kelab barunya:"Saya sangat gembira dapat berpindah ke Chelsea. Saya teruja untuk membantu rakan-rakan sepasukan pada musim ini dan tahun-tahun mendatang. "Saya berharap saya dapat menjaringkan beberapa gol penting untuk para penyokong menghayatinya pada musim ini," tulisnya. Sementara itu, Pengerusi Chelsea, Bruce Buck berkata, kejayaan mendapatkan khidmat Torres sebagai salah seorang pemain terbaik dunia amat penting untuk kelab tersebut. Dalam pada itu, Benfica memperolehi bayaran sebanyak lebih £25 juta (RM123 juta) dan khidmat pemain tengah Chelsea, Nemanja Matic dari Serbia.

bharian.com.my.


p/s: semoga semua pelajar Malaysia di Mesir selamat dan keamanan akan datang ke Mesir 

 

8 pendapat bernas:

aku tak reti la bola2 nihhh. tp aku sokong mana mng! haha.

yep hopefully dorng selamat. aminnn

 

memang semua sokong yang menang sja...hehe...



insyaAllah...

 

bro, ak ingat ko sokong Arsenal.. blah aaw weeiiiii... haha~

p/s nasib baik ak x study kt Mesir..

 

aku masih excited membaca berita2 mengenai perpindahan ni,, macam tak caya lak,, hahaha

Blog Berunsur Lucah Kegemaran Ramai?

 

tu la...liverpool ni memang suka jual penyerang kot...haha..

 

wahh, bagus review tentang kejadian beratus abad on 1 Feb:) dpt ilmu..

 

terima kasih...sekadar ingin berkongsi..