CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Apa yang menarik mengenai 1 Februari??


assalamualaikum..
Masa berlalu begitu pantas dan cepat. Pejam celik pejam celik dah masuk awal bulan 2. Bulan 1 pergi hanya meninggalkan kenangan. Sepanjang kita hidup ini banyak perkara yang telah dan akan berlaku. Peristiwa yang lampau dikatakan sebagai sejarah dan peristiwa akan datang pula dikatakan sebagai rancangan tetapi semuanya ditentukan Allah s.w.t. 

Bulan Februari merupakan bulan kedua dalam  kalendar Gregory iaitu takwim yang paling banyak digunakan didunia. Februari dinamakan bersempena dewa Rom Februus, dewa penyucian. Berikut merupakan diantara peristiwa yang bersejarah berlaku didunia pada hari pertama bulan februari.

1327 - Edward III yang berusia remaja dimahkotakan Raja England, tetapi negaranya diperintah oleh bondanya Ratu Isabella dan kekasihnya Roger Mortimer.
 
1662 - Jeneral China Koxinga menawan pulau Taiwan setelah mengepungnya selama sembilan bulan.
 
1793 - Perang Revolusi Perancis: Perancis mengisytihar perang terhadap United Kingdom dan Belanda.
 
1796 - Ibu negeri Kanada Atas dipindahkan dari Newark (kini Niagara-on-the-Lake) ke York (kini Toronto), yang dianggap kurang terdedah kepada serangan Amerika Syarikat.
 
1814 - Gunung Berapi Mayon meletus di Filipina, mengakibatkan 1,200 orang hilang nyawa.
 
1861 - Perang Saudara Amerika: Texas berpecah dari Amerika Syarikat.

1884 - Edisi pertama Kamus Inggeris Oxford diterbitkan, meliputi perkataan daripada A hingga Ant.

1893 - Thomas A. Edison menyiapkan pembinaan studio wayang gambar pertama, iaitu Black Maria di West 
Orange, New Jersey.
 
1897 - Bank Shinhan, bank tertua di Korea Selatan, dibuka di Seoul.
 
1908 - Raja Carlos I dari Portugal dan anakandanya, Putera Luis Filipe dibunuh di Terreiro do Paco, Lisbon.
 
1920 - Polis Berkuda Diraja Kanada bermula operasi.
 
1924 - United Kingdom mengiktiraf Kesatuan Soviet.
 
1942 - Perang Dunia Kedua: Vidkun Quisling dilantik menjadi Perdana Menteri Norway oleh pihak Nazi.
 
1943 - Tentera Ke-6 Jerman menyerah kalah di Stalingrad.
 
1946 - Ahli politik Norway Trygve Lie dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB pertama.
 
1957 - Prototaip pertama enjin putaran Wankel (gambar) ciptaan Felix Wankel berfungsi buat kali pertama.
 
1972 - Kuala Lumpur meraih status bandar raya dari piagam diraja yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan 
Agong Malaysia.
 
1974 - Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.
 
1978 - Sutradara Roman Polanski menolak ikat jamin lalu lari dari Amerika Syarikat ke Perancis setelah mengaku bersalah atas tuduhan menjalin hubungan seks dengan seorang gadis berusia 13 tahun.
 
1979 - Ayatollah Khomeini kembali di Tehran, Iran setelah dibuang selama 15 tahun.
 
1982 - Senegal dan Gambia membentuk gabungan longgar bernama Senegambia.
 
1989 - Bandar-bandar Kalgoorlie dan Boulder di negeri Australia Barat bergabung untuk membentuk Bandar Raya Kalgoorlie-Boulder.
 
2001 - Ibu negara Malaysia dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya, walaupun fungsi perundangan kekal di Wilayah Persekutuan pertama itu.
 
2003 - Bolak-balik angkasa lepas NASA Columbia hancur berkecai di atas Texas ketika masuk semula ke atmosfera semasa misi ke-28nya (gambar logo).
 
2004 - 251 orang terinjak-injak hingga mati sementara 244 lagi cedera dalam kejadian rempuhan ketika menunaikan haji di Arab Saudi.
 
2004 - Payu dara Janet Jackson terdedah ketika persembahan separuh masa acara Super Bowl XXXVIII, menyebabkan para penyiar AS semakin berpegang pada garis panduan penapisan FCC.
 
2005 - Raja Gyanendra dari Nepal melakukan rampasan kuasa untuk menangkap demokrasi, menjadi Ketua Dewan menteri.

2009 - Johanna Sigurðardóttir adalah memilih wanita pertama Perdana Menteri Iceland, menjadi ketua gay pertama kerajaan di dunia moden.

 Kata George Santayana, seorang ahli pemikir Amerika,
"Mereka yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali".
 
p/s: terima kasih kepada yang sudi follow...harap anda ikhlas untuk follow.. 

20 pendapat bernas:

1 Februari ni orang ingat cuti je.. Kalau orang tu bekerja kerajaan kat WP laa...

Sejarah2 ni mana ada orang nak ingat sangat... termasuk la akak.. huhuhu...

Thanx info ni...

 

kak azz - biasa la tu...suma pun suka cuti...

mejuez - terima kasih..

 

happy federal territory day CS
http://www.hannanalqudsey.com/2011/02/di-anak-emaskan-di-hari-cuti.html

 

Senegambia paling xleh blah..

 

mak ai.byk betol eh peristiwa dye.tapi serius x tau pelak pasal senegambia.haha

 

memang banyak dan semua tu berlaku hanya pada 1/2/ belum campuq lain2 lagi...

 

i love that quote.
man keep on asking why this happen again...
but they forget all the history, eh it's not forget, ekceli they dont emphasize it...

grrr, terspeakingg.

aku pon salu make the same mistake byk2 kali. hukk!

 

macam2 gak berlaku bulan 2 ni..thanx 4 da info.

New Samsung Galaxy s

 

yang tu baru 1 hari sja bro...

 

Dorang punya sambutan memang menarik !!
=)

 

waaa...nice info..rindu dgn subjek sejarah...haha..bro,,i follow u..do follow me back..hehe.. http://aliefcmoi.blogspot.com/

 

subjek sejarah dulu agak susah juga...hee..

 

hanya tinggal sejarah..tapi 1 feb ni agak bermakna bagi aku sebab dapat laptop baru..hehe

 

anda telah cipta satu sejarah baru untuk diri sendri...

 

1februari = besday kawan saya.. :)

 

selamat ulangtahun kelahiran untuk kawan SS...