CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Tarian Sempena Tahun bAru Cina


assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru Cina buat sesiapa yang menyambutnya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, Tahun Baru Cina melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan. Tahun ini merupakan tahun arnab didalam kalendar cina. Arnab merupakan zodiak keempat dalam kitaran kalendar cina.  Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya.

Tarian singa dan tarian naga pula tidak dapat dipisahkan dengan Tahun Baru Cina. Tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. 


 Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina. Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.


Tarian naga adalah tarian sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada Tahun Baru Cina. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah.

13 pendapat bernas:

bukan sng oo nk menari tarian singa ni....


Kita Bloggers Komuniti

 

tarian cina ada kt Jpon?? ko biar betik bro.. x pernah nampak pon~

 

mungkin dah kurang sekarang ni...melalui sumber yang aku baca memang menjadi adat...minta maaf kalu silap..

 

kongsipakchai!!


dumdum cha.dumdum cha chca!

 

maghrib...terima kasih..


akeep - kongsi2..

 

hebat diorang boleh melayang2...memang kemahiran tinggi ni...

 

perlukan latihan yang banyak untuk dapat kemahiran mcm tu...

 

aku nk try masuk dalam singa tu.
tapi xde can ag.

 

try cari mana2 organisasi yang buat tarian cina...