CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Bergurau sikit Pun Tak BoleH??

Assalamualaikum. 
Itu mungkin salah satu ayat yang biasa kita gunakan apabila kita terlebih bergurau dengan seseorang. Ianya mungkin tidak memberikan sebarang kesan kepada kita tetapi bukan semua perkara biasa itu akan jadi biasa untuk orang lain. Melawak atau didalam bahasa lainnya disebut bergurau. Setiap perkara ada batas-batasnya didalam Islam, dan ianya bertujuan untuk mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku. Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya". Kadang-kadang seseorang yang bergurau itu akan melepaskan kata-kata tanpa memikirkan kesan kepadanya. Oleh itu Islam sendiri telah mengariskan beberapa adab dalam bergurau. 

Berikut merupakan antara adab bergurau@melawak dalam Islam : 

1. Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
 
2. Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
 
 3. Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
 
4. Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
 
5. Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
 
6. Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
 
7. Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Rasulullah saw. sesekali juga pernah bergurau, sebagaimana hal tersebut juga dilakukan oleh Sahabat, Tabien dan Tabik Tabien. Tidak ada sama sekali ucapan yang keluar dari mulut Rasulullah kecuali itu adalah wahyu. Bahkan gurauan baginda juga menepati kehendak dari Allah swt.


“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (QS An Najm 53: 3-4)

Telah diriwayatkan bahwa Al-Imaam Ibnu Hajar Al-‘Asqalaani r.h. berkata:

“seseorang yang bergurau untuk mengajar (agama) akan menerima pahala.”
 

8 pendapat bernas:

kena ada etika gk dlm berlawak. btol x? :)

 

nice entri sekupang.. betul tu kita mesti berhati2 dalam bergurau supaya tak memainkan perasaan orang..

latest -
-cara menangani isteri yang garang

 

hidup nih memang kene beretika.. jgn lawak jer.. kuang3..

 

Dawa - betul2...semua benda pun kena beretika...

fariq - hati dan perasaan orang ni susah gak nak jga kadang2 tpi kalu ikut cara yang betul lagi senang...


kyo - setuju...melwak pun ada masanya..

 

bergurau tak de masalah kalau ia dtang dari kawan2 rapat..

saya akan naik angin kalau tetibe orang yang dah lama tak jumpe, atau orang yang tak dikenali tetibe bergurau yang sangat offensive...

 

tokobakso - bawa2 bersabar mungkin orang tu memang mesra dengan orng yang tidak dikenali@ lama tak jumpa..