CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

sedarkah anda sebenarnya hidup sebagai seorang duta??

assalamualaikum...
Kenapa aku cakap macam tu?? Aku dapat ilham untuk menulis entri ini semalam semasa mendengar forum. Untuk pemulaan entri ini apa kata kita selidik dulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan duta. Berdasarkan kamus dewan bahasa online duta bermaksud wakil kerajaan di sesebuah negara luar (asing). ~ besar wakil kerajaan yg tertinggi di negara asing. kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawainya bertugas. Seorang duta ini merupakan wakil kepada sesebuah negara. Mereka ini adalah seseorang yang membawa imej sesebuah negara. Jika dikatakan sebagai wakil kerajaan seseorang itu mestilah mengetahui banyak perkara mengenai negara. 

Apa yang aku cuba sampaikan ialah kita sebagai seorang muslim adalah duta kepada agama kita iaitu Islam. Kita sebenarnya wakil Islam kepada golongan yang lain dalam keadaan kita sedar.Mereka diluar sana seringkali menilai kita dari perwatakan dan apa yang kita lakukan. Kita seharusnya sentiasa menjaga imej diri kita dan imej Islam seperti mana kita menjaga pakaian kita. Contohnya jika ada air atau sesuatu tumpah pada pakaian di sebuah majlis yang dihadiri oleh semua VVIP atau VVVIP pastinya kita akan merasa tidak selesa dan ingin segera menghilangkan kesan tersebut. 

Begitu jugalah kita harus menjaga imej Islam. Jika kita sebagai seorang duta kita seharusnya memberi contoh yang baik kepada orang sekeliling kerana dalam keadaan yang kita tidak sedari kita sebenarnya membawa nama Islam bersama kita. Tanggungjawab sebagai seorang duta adalah satu tanggungjawab yang sangat besar terutama dari aspek yang aku kupas ini iaitu dari aspek Islam.


p/s: terima kasih kepada semua yang sudi follow dan berkunjung sepanjang blog ini tidak diupdatekan....

11 pendapat bernas:

selalunya macam tu lah . orang takkan berkenalan dengan kita lepas tu baru nak nilai siapa kita . kebanyakkan akan pandang kita dari luaran sahaja . contohnya , kalau kita nampak perempuan yang berpakaian agak tak cukup kain mesti dalam fikiran kita akan set "oh , sosial dia ni."

jadi , sama-samalah kita ingat mengingati .

p/s : untuk diri sy juga .

 

setuju...minda kita dah disetkan jadi macam tu...

 
This comment has been removed by the author.
 

Zaman sekarang ni mana ada orang nak jadi duta free camtu je... Kalau jadi duta, mesti nak sain kontrak dulu, siap dengan ganjaran riban2...

Padahal jadi duta tanpa bayaran untuk perkara yang baik itu lebih besar bayarannya nanti..

wallahu'alam...

 

betul2...ganjaran yang tidak dapat difikirkan oleh akal fikiran...

 

TQ 4 the info, tak pernah terfikir pun soal2 mcm nii . ^_^

 

kita sebagai muslim kena tunjuk tingkah laku yg baik...kalo kelakuan kita sama dgn kafir mcm mane dieorg nak tertarik dgn kite.....

 

w - sma2....sekadar berkongsi...

faiz - betul2...

 

aku setuju dgn ang CS, kadang2 kita sndri alpa dan lupa dgn amanah dan tugas kita bukan sbab duta, tp da secara terang dlm al-quran ada menybut kita ni adalah khlifah dimuka bumi ini. anyway nice entri bro.

Tips Blogging : Kenapa Blog Perlu Di "PING"

 

aku setuju dgn ang CS, kadang2 kita sndri alpa dan lupa dgn amanah dan tugas kita bukan sbab duta, tp da secara terang dlm al-quran ada menybut kita ni adalah khlifah dimuka bumi ini. anyway nice entri bro.

Tips Blogging : Kenapa Blog Perlu Di "PING"

 

terima kasih...lupa tu memang dah jadi satu sifat manusia...