Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Sudah menjadi kelaziman bagi kita, rakyat Malaysia untuk menyambut hari ulangtahun keputeraan junjungan kita Rasulullah s.a.w. setiap tahun. Untuk entri ini aku bukan nak cerita pasal sejarah kelahiran Rasulullah s.a.w sebab dah ramai orang tahu mengenainya. Aku cuma mahu berkongsi satu lagu yang aku rasakan sesuai untuk dijadikan peringatan buat yang membaca blog ini dan diri sendiri. Walaupun ianya hanya sebuah lagu tetapi kalau dihayati liriknya ianya boleh membuatkan seseorang itu semakin rindu dan terasa sangat ingin berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
Mari sama-sama kita berselawat kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. dan jangan hanya mengingatinya pada hari ulangtahun kelahirannya. Rasulullah s.a.w sentiasa mengingati kita sehingga saat menghembuskan nafas terakhir tetapi cuba kita muhasabah semula diri kita, bila kali terakhir kita selawat kepadanya??
1 pendapat bernas:
Allahumma Solli A'la Muhammad..
Post a Comment