CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Rabiulawal dan Sejarahnya

assalamualaikum..
Sebelum ini aku ada post entri mengenai peristiwa yang berlaku pada 1 Februari. Kebetulan pula hari ini dalam kalendar Islam masuk bulan baru iaitu bulan Rabiulawal dan ianya menandakan kita berada dibulan yang ketiga dalam kalendar Islam.  Rabiulawal  bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. 
  
Pada bulan Rabiulawal  juga telah berlaku satu peristiwa besar bagi kita sebagai seorang Islam iaitu kelahiran junjungan, Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu terdapat banyak lagi peristiwa yang berlaku dalam bulan Rabiulawal antaranya ialah.

Perlantikan Nabi menjadi Rasul. - Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
 
Peristiwa Hijrah - Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
 
Peperangan - Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
 
Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw - Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
 
Abu Bakar ra. menjadi khalifah - Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
 
Pembukaan Iraq - Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
 
Pembukaan Baitul Muqaddis - Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 Hijrah.
 
 Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol - Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

sumber : disini
 
p/s: sejak akhir-akhir ni macam best pula tulis pasal sejarah...

7 pendapat bernas:

bykinfoyangbolehdiperolehi...
hehehe.. sengaja taip rapat2

 

ouh...
naru tahu, thnx semua info yg dberi... :D

 

encik blogger - boleh faham juga kalu taip rapat2 pun...

kyo - thanks..

dyana - sma2...

 

info yg wajib dketahui oleh umat islam skarang. yg dah smakin lupa asal usul agamanya rasenye. -.-

 

betul2...ramai yang ingat benda lain yang tidak berfaedah berbanding perkara yang berfaedah dan penting mcam ni...