assalamualaikum.
Sejak kebelakangan ini ada sesuatu yang menyerang laptop aku. Mulanya ada virus yang datang. Aku dah dapat tangani dengan tenteram dengan membuatkan rundingan bersama virus tersebut dan dia setuju untuk diquarantinekan. Tapi ianya hanya sementara, tak tau virus apa pulak yang datang menyerang menyebabkan laptop menjadi lembab seperti menggunakan processor pentium 1. Kejadian ini jarang sekali berlaku sebab aku menggunakan antivirus yang agak berkualiti tapi mungkin sebab percuma dia tidak dapat berkerja dengan sepenuhnya (fully function). Selepas kes demi kes aku selesaikan aku diserang satu lagi kes yang sangat berat untuk aku tangani iaitu kes pemanasan global yang menyerangnya. Sudah banyak perkara telah aku buat untuk menyelamatkan dia tapi tidak satu pun berkesan.
Semalam aku membuat keputusan untuk menghantarnya kepada pihak yang lebih pakar. Aku hantar terus kat service center yang lokasinya tidak begitu jauh dari kawasan rumah aku. Sampai saja kat situ ada seorang keluar dari center tersebut dalam keadaan agak yakin dan ini membuatkan aku berasa keputusan yang aku buat ini adalah betul. Aku terus masuk kedalam tanpa memberi salam. sebab pekerja seorang cina dan seorang lagi hindu. Rasanya masa yang aku sampai memang sesuai sebab tak ada pelanggan lain selain dari aku. Sampai kat kaunter terus dia tanya apa masalah laptop dan pernah tak datang sini sebelum ini. Rasa macam ada kat dalam klinik pulak masa tu. Aku tak pernah pun pergi sebelum ini sebab biasanya kalau ada masalah aku kecik2 aku selesaikan sendiri tapi oleh kerana masalah ini agak besar terpaksa aku antar kat situ.
Lepas tu dia cakap nak periksa laptop dan aku pun bagi. Ingatkan nak periksa apa masalah dalaman rupanya dia cuma nak daftarkan laptop aku kat dalam sistem data. Lepas tu dia cakap kena tinggal situ sebab dia ada masalah hardware. Kalu buat pesanan hardware kena minggu depan dan terpaksa aku tunggu selama seminggu. Dengan rasa berat hati aku pun setuju dan disuruh untuk mengisi beberapa borang untuk dijadikan rujukan service center dan aku. Walaupun hati ini berat untuk meninggalkannya tapi itu kebaikan bersama. Lepas ini aku mungkin akan jarang blogwalking selama seminggu atau lebih. Nanti aku akan balas kunjungan anda semua. ....
10 pendapat bernas:
waaa,keciannye CS...:)
sabo2 ye..:)
semoga cepat sihat ye laptop!
hehe
sabar ye . semoga laptop cepat sihat dan cergas . ehehe :)
aisya - baek2...
adwa - terima kasih....
nadhirah - harapnya macam tu la...
hihi...
xpa2, yg pntg biar dia sihat la kan..
;)
betul2...untuk kebaikan bersama...haha..
Jangan tinggal lama-lama sangat..takut ditipu oleh mereka dan keluarga mereka..pastikan apa yang dibaiki selamat...pernah ditipu apbila hantar lap top ke kedai servis...sebab tinngai kat depa
Cuba donlod software untuk hapuskan virus kat sini... Akak dah cuba dah, pastu dapat detect 204 virus yang terpendam. Selama ni scan guna avasti dgn spyware je.. Skang ni kalau rasa berat je nak loading, terus akak scan dulu..
Cuba masuk kat page ni ya.. Ni kawan akak yg suggest hari tu..
http://download.cnet.com/Malwarebytes-Anti-Malware/3000-8022_4-10804572.html?part=dl-10804572&subj=dl&tag=button
anjung - terima kasih atas nasihat...rasanya boleh dipercayai sebab antar kat main service center bukan kat kedai biasa2...
kak azz - terima kasih kak...software tu dah ada tapi hanya jadikan koleksi sebab tak nak lembabkan laptop...apa2 pun terima kasih..
Post a Comment