CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Karaoke = Orkestra Kosong!!!


assalamualaikum dan salam sejahtera...

nyanyian merupakan salah satu daripada bentuk hiburan yang sangat popular dan diminati oleh semua orang tidak kira dari golongan tua mahupun yang muda...Bagi kebanyakan orang, menyanyi adalah salah satu cara melepaskan tekanan kerja dan menyampaikan perasaan, samada rasa bosan, marah, mahupun cinta. Selain daripada itu, nyanyian juga mewujudkan peluang untuk perjumpaan sosial yang sihat di kalangan kawan karib. untuk entri kali ini aku nak kongsi mengenai karaoke...


karaoke merupakan gabungan dua perkataan bahasa jepun iaitu  kara yang membawa maksud "kosong", dan Ĺkesutora yang membawa maksud "orkestra".Karaoke bermula di Jepun sejak tahun 80an, nyanyian muzik dengan peralatan audio dan TV dikenali sebagai “Karaoke”. Demam fenomena nyanyian ini bertahan sehingga hari ini tanpa sebarang tanda pudar popularitinya.





Selama ini, Karaoke telah digunakan dengan bejayanya di kelab-kelab, majlis-majlis sosial, acara korporat, dan mahupun di rumah.  Karaoke telah melanda dengan pantas berikutan dengan kos yang mahal untuk kugiran berkumpulan (“live band”), terutamanya di negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Kos yang lebih murah, sistem yang tersedia dan lagu boleh dipilih secara sukahati telah menyebabkan Karaoke makin mengantikan “live band”. Bagaimanapun, konsep penyanyi band kugiran masih tidak terikut sehingga tahun 90an, dan dengan bahagian pemasaran yang terhad kepada golongan tertentu sahaja.

sejak beberapa tahun lalu karaoke semakin popular dan ini membuatkan  beberapa syarikat mula menyediakan perkhidmatan hiburan berbentuk studio karaoke dan rakaman lagu di dalam bilik kecil yang khasnya untuk latihan atau hiburan yang berdasarkan konsep keluarga dan kos rendah di Malaysia

p/s: Dalam Islam,kebolehan berlagu merupakan suatu perkara yang sering menjadi khilaf dikalangan para alim ulama dan Imam-imam sehinggalah sekarang. Adapun masih banyak pendapat ulama berkaitan kebenaran untuk bernyanyi,bermain alat muzik perlulah sentiasa berhati-hati, tidak melanggari batas pergaulan, tidak mendedahkan aurat dan sebagai. Walauagaimanapun lagu atau nyanyian masih boleh dilakukan sekiranya prinsip penyampaian mesej nyanyian tidak lari dari landasannya serta perlulah bercorak kebenaran serta mentauhidkan(mengesakan)Tuhan.

4 pendapat bernas:

suka jugak berorkestra kosong sorang diri... :)

 

untuk hiburkan diri sendiri...hehe......

 

pasang kat pejabat elok gak nie...he3.release tension...