CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Jepun Juara Asia




AFC Asian Cup Trophy.jpg
Assalamualaikum.Oleh kerana aku tak boleh nak melelapkan mata aku membuat keputusan untuk tulis entri mengenai piala asia. Piala asia merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia.Ianya sebuah kejohanan yang dilangsungkan setiap 4 tahun. Kali pertama ianya dilangsungkan adalah pada tahun 1956 yang dijuarai oleh pasukan Korea Selatan yang berlangsung di Hong Kong.  Kejohanan ini berlangsung dari 7 Januari 2011 hingga 29 Januari 2011 iaitu semalam. Sebanyak 16 pasukan bertanding. Gol yang dijaringkan sepanjang kejohanan ini adalah sebanyak 90 jaringan. Pada tahun ini kejohanan diadakan sekali lagi dan tuan rumah pada tahun ini adalah Qatar dan dijuarai oleh pasukan Jepun. Tempat kedua menjadi milik pasukan Australia selepas dikalahkan pasukan Jepun. Diikuti pasukan Korea Selatan ditempat ketiga selepas mengalahkan pasukan Uzbekistan. 


Berikut merupakan keratan dari laman bharian mengenai perlawanan akhir Piala Asia.



Doha - Jepun menjulang Piala Asia untuk kali keempat apabila pemain gantian, Tadanari Lee, menjaringkan gol pada masa tambahan untuk kemenangan 1-0 ke atas Australia sebentar tadi. Lee yang tidak dikawal merembat masuk bola dengan kaki kiri dari jarak 10 meter hasil hantaran silang Yuto Nagatoma pada minit ke-109.Australia yang bermain pada perlawanan akhir pertama sejak berpindah dari zon Oceania ke Asia pada 2006 turut tewas kepada Jepun pada peringkat suku akhir empat tahun lalu. 




dan ini pula highlight  perlawanan tersebut...