CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Cerita Pasal Minyak!!


assalamualaikum...
minyak merupakan salah satu hasil bumi yang sangat bernilai kepada dunia...diantara industri yang menggunakannya ialah minyak masak, minyak bahanapi, pelinciran, petrokimia, pemindahan tenanga, dan lukisan...terdapat beberapa jenis minyak iaitu biologi, mineral dan sintetik...
minyak biologi adalah minyak yang diperolehi dari benda hidup seperti haiwan dan sayuran...contoh minyak biologi adalah minyak sayuran, minyak pati, minyak binatang dan minyak tar...

minyak mineral pula adalah minyak yang diperolehi dari  sebatian semula jadi yang dibentuk menerusi proses geologi...contoh minyak mineral adalah galian minyak  iaitu hasil sampingan dalam proses penyulingan petroleum untuk menghasilkan gasolin...galian minyak ni ada banyak nama lain...antara nama dia minyak hidraulik, minyak hidrokarbon, minyak parafin dan minyak mineral putih...contoh lain untuk minyak mineral ini pula ialah petroleum yang juga dipanggil sebagai minyak hitam...petroleum sering digunakan sebagai bahan bakar untuk kenderaan..selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik dan  bahan letupan...
minyak sintetik atau minyak tiruan ialah minyak yang terdiri daripada sebatian-sebatian kimia yang pada asalnya tidak wujud dalam minyak mentah (petroleum) tetapi dikilang secara tiruan (disintesiskan) daripada sebatian-sebatian yang lain....minyak tiruan ini boleh dijadikan pengganti bagi minyak pelincir seperti minyak hitam biasa (dari petroleum) yang ditapis daripada petroleum....



5 pendapat bernas:

bnyk btul minyak...tp 1 je xde dlm list...minyak dagu~

 

kodet - minyak dagu kategori lain sebab tu x da...

hans - betul2...

 

mengingatkan saya kepada subjek current issue in industrial chemistry sem ni..hehehe

 

mesti best subjek tu kan sebab banyak belajar pasal bahan2 kimia ni..