CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

entri pertama 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera...
setelah seminggu tanpa sebarang update dan tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru masihi...rasanya sambutan tahun baru pada tahun ini akan lebih memberikan kegembiraan kepada negara kita disebabkan kejayaan pasukan bola sepak negara yang telah memenangi piala AFF suzuki pada hari rabu yang lalu dan menamatkan penantian setelah 14 tahun menanti untuk membawa pulang piala tersebut....selain dari kemenangan itu terdapat banyak lagi kejayaan yang mewarnai negara kita tahun lepas...tahun 2010 pergi meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit...banyak juga yang dipelajari sepanjang tahun 2010 dan akan dipelajari untuk tahun ini....kenapa perlu letakkan azam pada setiap awal tahun?? aku pun tak tahu tapi itulah yang sentiasa dilakukan dan itu telah telah dijadikan sebagai sesuatu yang wajib apabila menjelangnya tahun baru...sesi persekolan akan bermula esok bagi yang bersekolah dan aku ingin mengucapkan selamat memulakan sesi persekolahan pada tahun 2011...

0 pendapat bernas: