CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Semua Ex_PLKN wajib baca....

assalamualaikum...alhamdulilah diberi kesempatan untuk menulis di ruangan maya ini...untuk entri kali ini...aku nak kongsi pasal kad pintar KoUPay untuk semua ex pelatih PLKN...berikut maklumat tentang kad tersebut...


Kad PLKN KoUPay adalah kad dan akaun ePayment “co-brand” KoUPay dan Jabatan Latihan Khidmat Negara. Semua peserta dan bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara diberi peluang dan pilihan untuk memiliki Kad PLKN KoUPay ini.

Peserta dan bekas peserta yang berminat memiliki Kad PLKN KoUPay perlu memohon untuk mendapatkan kad dan akaun ePayment KoUPay PLKN menggunakan borang permohonan (fizikal atau dalam talian) yang disediakan oleh pihak KoUPay melalui laman web www.1plkn.com.

Setiap pemegang Kad PLKN KoUPay akan dapat menikmati insentif dan diskaun yang disediakan oleh khusus untuk program Kad PLKN KoUPay dan juga insentif, mata ganjaran dan diskaun yang disediakan untuk pengguna-pengguna UPAY dan KoUPAY di seluruh dunia.

Kad PLKN KoUPay diedarkan dalam bentuk kad lutsinar ber-chip dengan ciri-ciri security terkini menepati keperluan system pembayaran elektronik semasa.



Kad PLKN KoUPay tidak luput sah lakunya.  Bagaimanapun akaun akan ditutup secara automatik sekiranya baki akaun kurang dari RM5.00 selama 6 bulan berturut-turut ataupun akaun tidak aktif selama 7 tahun dimana bakinya akan diserahkan kepada Jabatan Wang Tidak Dituntut. Deposit RM8.00 dikenakan kepada pemegang akaun Ko-Upay e-Payment. Deposit ini akan dikembalikan jika kad dipulangkan dalam keadaan yang baik dalam masa 6 bulan dari tarikh pengeluaran kad ini. Jika kad dipulangkan, wang akan dikembalikan kepada pemegang akaun Ko-Upay e-Payment dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan pengembalian kad dan penutupan akaun. Ini untuk memastikan bahawa kad tersebut dijaga dan disimpan dengan baik. Semua kad kemudahan pengeluaran wang akan dikenakan caj sebanyak RM8.00 setahun sekiranya jumlah transaksi kurang dari 20 transaksi setahun. Semua transaksi yang dilakukan menggunakan PIN adalah transaksi yang sah. Penyalahgunaan PIN adalah menjadi tanggungjawab pemegang kad dan pemegang kad bersetuju membebaskan Ko-Upay atas segala tuntutan yang diakibatkan oleh penyalahgunaan tersebut.

Faedah Pengguna

Keistimewaan oleh pihak PLKN sebagai peserta atau alumni PLKN

  1. Insentif rebet tunai (dikreditkan ke akaun) untuk setiap pembelian tambahnilai (insentif rebet tunai diberi antara 0.5% ke 2% untuk setiap pembelian di mana nilai rebet tunai dikreditkan terus ke akaun ePayment KoUPay pemegangkad)
  2. Pengumpulan nilai mataganjaran untuk penggunaan ePayment PLKN-KoUPay (kad/akaun). Nilai mata ganjaran berbeza berdasarkan setiap pedagang yang memberi nilai mataganjaran
  3. Cash rebet 3% untukpembelian ringtone, ringback tone dan theme untuk muat turun eContent Islamic yang ditawarkan oleh FIT East Asia menggunakan servis Celcom dan Maxis
  4. Peluang memenangi 1 unit Komputer Mudah Alih (Netbook) di mana cabutan akan dibuat pada bulan March, June, September dan Disember setiap tahun. Kelayakan menyertai cabutan ini adalah sekurang-kurangnya sekali menggunakan Kad PLKN ePayment atau akaun ePayment KoUPay untuk pembelian sebarang barangan dan perkhidmatan untuk setiap suku tahun tersebut.
  5. Diskaun 3% untuk pembelian barangan menggunakan perkhidmatan eMall KoUPay
  6. Diskaun menarik / pelbagai untuk pembelian buku dari Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya
  7. Diskaun dari Seri Kayangan Legenda untuk homestay, aktiviti sukan lasak, aktiviti kesenian dan kebudayaan, pakej keagamaan
  8. Semua diskaun akan diberi dalam bentuk rebet tunai ke dalam akaun e-payment pengguna.
Akan datang, sedang dalam perlaksanaan. Tarikh boleh digunakan akan diwar-warkan di laman web ini:
    • Tanjung Golden Village (TGV)
    • Royal Sporting House (RSH)
    • Kentucky Fried Chicken (KFC)
    • Genting Highlands Theme Park
    • Times Square Theme Park
    • Hotel Summit
    • Kedai Buku Popular
    • Persatuan Bas Expres Semenanjung (Pembawa)
    • Sri Elila Resources (www.sricetak.webs.com)
    • NuGendang
    • Konsert Radio Rosak
    • E-transact (pembelian tiket dalam talian untuk 52 syarikat bas di Semenanjung Malaysia)
sumber dari  LAMAN WEB PLKN

setakat itu sja untuk entri kali ini...assalamualaikum...

0 pendapat bernas: