CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Chelsea Akhiri Penantian

assalamualaikum...alhamdulillah bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menulis lagi...
setelah beberapa musim kecundang untuk mendapatkan gelaran juara liga...
pasukan bimbingan Carlo Ance- lotti itu pasti mengidamkannya pada musim ini...

LONDON - Chelsea sudah mula terbayang trofi Liga Perdana England.Justeru, pengurus The Blues, Carlo Ance- lotti menuntut anak-anak buahnya mencatat- kan kemenangan pada pertembungan dengan Wigan Athletic dalam saingan Liga Perdana England di Stamford Bridge malam ini.Skuad bimbingan Ancelotti yang hanya perlu menunggu 90 minit sahaja lagi sebelum bergelar juara liga musim ini perlu menang ke atas Wigan bagi merangkul trofi kejuaraan liga buat julung kalinya sejak empat tahun lalu.Chelsea unggul selaku pendahulu liga, hanya satu mata dipisahkan dengan pencabar terdekat, Manchester United.Jika mereka tewas atau seri kepada Wigan, ia sekali gus membuka ruang buat United untuk merangkul kejuaraan liga buat empat musim berturut-turut.Bagaimanapun, United perlu mencatatkan kemenangan ke atas Stoke City di Old Traf- ford."Jika kami tewas di tangan Wigan pada per- lawanan terakhir ini, kekecewaan pastinya akan menyelubungi seluruh pasukan selepas kami mempamerkan prestasi cukup konsisten selama 10 bulan."Saya tidak mahu mengatakan bahawa ke- juaraan tersebut adalah takdir kami tetapi saya lebih gemar untuk menyifatkannya sebagai matlamat utama kami."Kami telah mempamerkan persembahan cukup baik sepanjang musim ini dan hanya tinggal satu sahaja lagi perlawanan."Kami tidak pernah gagal ketika mengha- dapi perlawanan-perlawanan penting sebelum ini. Disebabkan itu saya percaya kami berhak untuk terus kekal selaku peneraju liga," jelas Ancelotti.Ketika ditanya adakah skuad bimbingannya itu mahu memadamkan rekod United yang menjaringkan 97 gol dalam saingan liga sebelum ini, Ancelotti berkata:"Tidak, kami hanya mahu mencatatkan ke- menangan. Kami hanya perlu menjaringkan satu gol melebihi Wigan kerana kami tidak berminat untuk mencipta rekod-rekod lain," katanya. - petikan dari kosmo
perlawanan malam ini amat penting untuk mendapatkan gelaran juara dan memusnahkan harapan Man U untuk mendapatkan kejuaraan buat kali ke 4...setakat itu sja...Assalamualaikum


0 pendapat bernas: