CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi entri dipostkan...
 berapa ramai yang tahu mengenai bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu...
entri kali ini akan menceritakan tentang  Bahasa Melayu...

 Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan sebagai nama rasmi.
Ada pihak yang memikirkan "Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas." Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas Mei 13, 1969. Ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.
Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, "bahasa kebangsaan [Malaysia] ialah bahasa Melayu".
Namun begitu, Pada 4 Jun 2007Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad Teori ini disokong oleh beberapa ahli sejarah dan bahasa. 


Asal-usul Bahasa Melayu@Bahasa Malaysia

Ada beberapa pendapat mengenai asal usul Bahasa Melayu. Salah satunya ialah Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu. Berikut merupakan kajian mereka : 

J. Crawfurd

J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini berdasarkan bukti bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad ke 19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Kesimpulan beliau ialah:
  • Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.
  • Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk kepada bahasa lain.


K. Hilmy

Berdasarkan perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara, bahasa Melayu Polinesia tidaklah serumpun dengan bahasa Campa.


P.W. Schmidt

Berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer, bahasa Melayu dan Champa bukanlah serumpun. Beliau merumuskan bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.


Sutan Takdir Alisjahbana

Beliau menggelar bangsa yang berkulit perang yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.


Gorys Keraf

Beliau mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

diharapkan entri ini dapat memberi sedikit ilmu kepada yang membaca...segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan segala yang buruk datangnya dari kelemahan diri ini...assalamualaikum...

12 pendapat bernas:

banyak bahasa ada konflik, 'bahasa cina' pun ada konflik pasal nama gak..yang memainkan peranan penting politik negara tu sendiri..yang pasti, tak semua tempat pembelajaran di malaysia ni menggunakan 'bahasa malaysia'...ramai yang tak menyokong ..

 

memang satu info yang sangat menarik!! aku pun keliru sebelum nie..

hurm bahasa Malaysia lebih sesuai bg pendapat aku lah :)

 

prefer bahasa melayu.

semua kaum lain ada bahasa sendiri. kalau nak tukar jadi bahasa malaysia, melayu ada bahasa apa? huhu

 

rossoneri - betul...ini semua adalah disebabkan pengaruh politik..

Sir Marcello - sya setuju sbb negara kita sekarang berbilang bangsa jadi ianya bersesuaian...


Amanina - semua mempunyai pendapat masing2...

 

patut tukar lagi kepada bahasa 1Malaysia.. bahasa yang menggabungkan semua bahasa menjadi 1.. tuuu diiiaaaa~ kui3

 

kyo - kalu jdi satu malaysia kompem jadi rojak bahasa kita nnt...

 

ni pendapat peribadi fia la, no offense d cni, juga bkn nk racist atau pape =)

pd fia sepatutnya bahasa melayu sbb ni bahasa kaum melayu, walaupun sume org malaysia xramai yg berbahasa melayu pon especially kaum lain..so yg tepat pd fia b.melayu bkn b.malaysia

tp isu ni slalu dipolitikkan..bila letak b.melayu dorg kata xadil sbb satu malaysia guna sedangkan ia identiti kaum melayu, bila bab nama nak letak b.malaysia konon utk satu negara tp hakikatnya bape rmai yg betul2 mpjuangkan bhsa kebangsaan kita ni?

terutama kaum lain yg kdg2 b.melayu nya mmg rosak abis?yg betul2 fasih fia mmg respek tp yg lintang pukang pgunaan b.melayu ni mmg buat malu je bila letak nama b.malaysia bila xsume yg betul2 menguasainya..

sama2 la kita pk =)

 

fia - masing-masing ada pendapat sendri...trima kasih sbb bagi pendapat..

 

pada saya, nak letak 'bahasa Malaysia' tu boleh, tapi mesti kena pastikan yang 'bahasa Malaysia' berasal dari 'bahasa Melayu'.

sekian terima kasih :)

 

djambu - betul..saya setuju...

 

kekeliruan:
1. Orang Jawa dan Melayu bukan serumpun.
2. Org Jawa boleh berbahasa Melayu tapi mereka bukan org Melayu.
3. Kerana dahulunya bahasa Melayu adalah lingua franca.
4. Bahasa Jawa berbeza dgn bahasa Melayu, tulisannya seperti tulisan Hindu.
5. Melayu bukan asal dari Indonesia, tapi wilayah Yunnan di China. (Kunming & Shangri-La)