CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

bahang piala thomas berganti dengan piala dunia

assalamualaikum...panjang betul tajuk entri kali ini...tinggal lebih kurang  2-3 minggu sja lagi untuk menyaksikan kejohanan sukan yang diminati di seluruh dunia iaitu piala dunia bagi sukan bola sepak...entri kali ini adalah untuk berkongsi tentang sejarah piala dunia itu sendiri...

Sukan Olimpik Musim Panas 1932 yang diadakan di Los AngelesAmerika Syarikat tidak merancang untuk memasukkan bola sepak sebagai sebahagian daripada program disebabkan popularitinya yang rendah di Amerika Syarikat. FIFA dan IOC juga tidak bersetuju mengenai status amatur. Oleh sebab itu, acara bola sepak digugurkan daripada kejohanan berkenaan.[5] Presiden FIFA, Jules Rimet seterusnya merancang untuk mengadakan Kejohanan Piala Dunia Perdana di Uruguay pada tahun 1930. Pertubuhan bola sepak kebangsaan daripada negara-negara yang dipilih telah dijemput untuk menghantar satu pasukan, tetapi pilihan Uruguay sebagai satu tuan rumah bermakna satu perjalanan yang memakan kos dan masa yang panjang merentasi Lautan Atlantik bagi pasukan dari Eropah. Sebenarnya, tiada negara Eropah yang sanggup untuk menghantar satu pasukan sehinggalah dua bulan sebelum bermulanya pertandingan berkenaan.[4] Rimet akhirnya berjaya memujuk pasukan-pasukan dari BelgiumPerancisRomania, dan Yugoslavia untuk membuat perjalanan tersebut. Dalam jumlah 13 negara yang mengambil bahagian — tujuh daripadanya adalah dari Amerika Selatan, empat dari Eropah dan dua dari Amerika Utara.
Dua perlawanan Piala Dunia sulung ini berjalan serentak dan telah dimenangi oleh Perancis dan AS, yang masing-masing mengalahkan Mexico 4-1 dan Belgium 3-0. Gol pertama dihasilkan dalam sejarah Piala Dunia telah dijaringkan oleh Lucien Laurent daripada Perancis. Empat hari berikutnya, hat-trick Piala Dunia pertama dijayakan oleh Bert Patenaude daripada AS dalam kemenangan 3-0 terhadap Paraguay. Dalam perlawanan akhir, Uruguay telah mengalahkan Argentina 4-2 di hadapan 93,000 penonton di Montevideo, dan menjadi negara pertama yang memenangi kejohanan bola sepak Piala Dunia.

macam tu lar sejarah piala dunia yang menjadi satu acara sukan terbesar dan dinantikan oleh semua...
assalamualaikum....


5 pendapat bernas:

blog hang sempoi.
sekupang pon aku tak jemu menunggu.hehe

aku dah jadi pengikut ke 104 hang!

 

wa dah apply cuti dr blogspot tuk piala dunia kali ni ... hahahhaha


>>___<<

 

rambut tak same hitam
otak pk lain2....
gyahahahhaah

 

Frodo Baggins - wah...semangat gilar...


hellioz - betul2...haha...