CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Chelsea yakin di Andfield

assalamualaikum....alhamdulillah dapat lagi menulis entri...mesti ramai yang tengah tunggu perlawanan antara dua kelab gergasi ini...mari baca petikan dari utusan Malaysia hari ini..


LIVERPOOL - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti percaya terdapat 93 alasan untuk pasukannya layak dinobatkan sebagai juara Liga Perdana.
Kejuaraan itu bakal menjadi milik mereka setelah kali terakhir memenanginya empat tahun lalu dan pasukan bimbingan Ancelotti itu sedar mereka perlu mencatat kemenangan dalam dua perlawanan terakhir.
Pertemuan pertama daripada dua perlawanan tersebut bakal menjadi penghalang kepada Chelsea yang akan bertandang ke Liverpool yang kini terdesak untuk mencari kemenangan bagi menghidupkan peluang beraksi di Liga Juara-Juara.
Manchester United yang akan ke Sunderland hanya ketinggalan satu mata di belakang, tetapi Ancelotti tetap yakin skuadnya itu memiliki kekuatan untuk mencatat kemenangan di Anfield setelah menjaringkan 93 gol dalam Liga Perdana.
Jurulatih kelahiran Itali itu yang pasukannya menewaskan Stoke City 7-0 di Stamford Bridge minggu lalu, berkata: ''Saya cuba melakukan perubahan pada musim ini dengan memperkenalkan satu gaya baru dalam permainan kami ketika beraksi.
''Saya fikir kami kini mempunyai identiti yang bagus. Jika anda lihat cara Chelsea beraksi, anda mampu mengenal pasti gaya kami bermain.
''Kami suka bermain bola sepak. Kami berlatih pada setiap hari, dengan memulakan gerakan dari bahagian bawah dan memanfaatkan sepenuhnya kualiti yang ada dalam diri setiap pemain. Kadang kala kami berjaya melakukannya dengan baik sekali.
''Saya gembira melihat cara pasukan saya bermain dalam beberapa perlawanan seperti Ahad lalu di mana kami bertemu Stoke. Kami bermain cemerlang dan saya terlalu gembira pada hari itu.
''Saya tidak fikir yang pasukan ini mampu menjaringkan gol dalam jumlah yang banyak tetapi kami akan tetap mencuba dan bermain dengan cara menyerang.
''Kami mempunyai penyerang yang hebat dan kami merupakan pasukan yang boleh menggunakan pemain tengah untuk menjaringkan 25 gol musim ini - tidak ada pasukan yang memiliki kelebihan ini.
''Kami memiliki penyerang yang hebat dan pemain tengah yang mampu menyokong dengan baik. Frank Lampard telah menjaringkan 25 gol dan Florent Malouda pula 15 gol dan mereka bukan penyerang. Sebab itu kami mampu menjaringkan gol dalam jumlah yang banyak.''
Chelsea tewas lima kali di gelanggang lawan begitu juga dengan United, tetapi Ancelotti mengakui pasukan bimbingannya itu kadang kala tidak beraksi dengan baik di luar London.
''Dalam beberapa perlawanan di tempat lawan, kami berhadapan dengan pelbagai masalah.
''Setiap perlawanan mempunyai cerita yang berbeza. Saya fikir selepas mempamerkan aksi cemerlang menentang Stoke, kami mampu beraksi baik Ahad ini (hari ini) kerana selepas kami mencatat kemenangan ke atas Aston Villa, seminggu selepas itu, kami berjaya menewaskan Manchester United pula di Old Trafford. Saya harap kami mampu mengulangi tahap persembahan yang sama,'' ujarnya.
Liverpool pula hampa apabila tersingkir daripada Liga Europa di hadapan penyokong mereka sendiri, kelmarin, apabila jaringan di tempat lawan oleh Atletico Madrid pada masa tambahan telah menjadi punca kekalahan mereka.
Pasukan bimbingan Rafael Benitez masih mempunyai peluang untuk menamatkan kedudukan di tempat keempat liga, tetapi, sedar nasib mereka tidak lagi terletak di tangan sendiri, apabila Tottenham dan Manchester City yang akan bertembung sesama sendiri, minggu depan, memiliki pungutan mata yang lebih begitu juga dengan baki perlawanan yang tinggal.
Penyokong Liverpool yang tidak mahu melihat Manchester United memenangi kejuaraan buat kali ke-19 yang mana ia bakal mengatasi rekod Liverpool.
Namun, Liverpool amat memerlukan mata kemenangan jika mahu menghidupkan peluang beraksi dalam Liga Juara Juara.
Penjaga gol, Pepe Reina menegaskan dia tidak peduli siapa yang bakal menggenggam kejuaraan.
''Saya tidak bermain untuk mereka, saya bermain untuk pasukan dan penyokong saya. Saya akan cuba untuk beraksi dengan baik untuk membantu pasukan mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir di tempat sendiri musim ini. Kami bermain untuk menang.
''Anda perlu menghormati Chelsea. Mereka merupakan pasukan terbaik musim ini. Tetapi kami perlu bangkit semula selepas pertemuan dengan Atletico dengan cuba untuk mencapai kemenangan dalam baki dua perlawanan dan tidak lupa untuk mendapatkan mata agar kami boleh bermain dalam Liga Europa musim depan,'' katanya.
Sementara itu, Benitez pula berkata: ''Sudah tentu ada yang masih yakin kami masih boleh menduduki tempat keempat liga, tetapi, kami perlu lebih realistik kerana terdapat tiga pasukan yang berada di atas kami.
''Kami tahu masih ada peluang untuk menamatkan saingan pada kedudukan empat teratas, jadi, kami perlu meneruskan perjuangan dan berusaha mencapai kemenangan dalam dua perlawanan terakhir ini.
''Kami perlu melaksanakan tugas kami dan cuba tidak memikirkan mengenai perkara lain.
''Chelsea merupakan pasukan yang kuat. Mereka mempunyai banyak kualiti dan kami telah banyak kali bertemu dengan mereka sejak sekian lama. Kami mempunyai rekod yang baik ke atas mereka dalam Liga Juara Juara, jadi, kami akan lihat jika kami masih mampu melakukan perkara yang sama dalam saingan liga pula.'' - AFP




adakah liverpool akan mempertahankan diri atau akan kalah di Andfield...sama2 kita nantikan perlawanan sebentar lagi...setakat itu saja untuk kali ini...assalamualaikum...

0 pendapat bernas: