CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Larangan Isbal (melabuhkan pakaian sehingga menutup mata kaki)

assalamualaikum...alhamdulillah dipinjamkan lagi roh dan jasad ini untuk terus berblog...
entri kali ini adalah mengenai Isbal...

Isbal membawa erti melabuhkan pakaian hingga menutupi mata kaki dan hal ini terlarang secara tegas baik kerana sombong ataupun tidak. Larangan isbal bagi lelaki telah dijelaskan dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yang sangat banyak, maka sebaiknya bagi seorang muslim yang telah redha Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini. Namun ada sebahagian kalangan yang dianggap berilmu, menolak (larangan) isbal dengan alasan yang lemah seperti klaim mereka kalau tidak sombong maka dibolehkan? Untuk lebih jelasnya, berikut kami paparkan perkara yang sebenarnya tentang isbal agar menjadi pelita bagi orang-orang yang mencari kebenaran. Amin. Wallahul Musta'an.

[A]. DEFINISI ISBAL
Isbal secara bahasa adalah masdar dari “asbala”, “yusbilu-isbaalan”, yang bermakna “irkhaa-an”, yang ertinya: menurunkan, melabuhkan atau memanjangkan. Sedangkan menurut istilah, sebagaimana diungkapkan oleh Imam Ibnul 'Arabi rahimahullah dan selainnya adalah: memanjangkan, melabuhkan dan menjulurkan pakaian hingga menutupi mata kaki dan menyentuh tanah, baik kerana sombong ataupun tidak. [Lihat Lisanul 'Arab, Ibnul Munzhir 11/321, Nihayah Fi Gharibil Hadis, Ibnul Atsir 2/339]

[B]. BATAS PAKAIAN MUSLIM
Salah satu kewajiban seorang muslim adalah meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam segala perkara, termasuk dalam masalah pakaian. Rasulullah telah memberikan batas-batas syar’i terhadap pakaian seorang muslim, perhatikan hadis-hadis berikut:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

“Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki. Dan apa yang turun dibawah mata kaki maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya” [Hadis Riwayat Abu Daud 4093, Ibnu Majah 3573, Ahmad 3/5, Malik 12. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah 4331]

Berkata Syaraful Haq Azhim Abadi rahimahullah: “Hadis ini menunjukkan bahawa yang sunnah, hendaklah sarung seorang muslim hingga setengah betis dan dibolehkan turun dari itu hingga di atas mata kaki. Apa saja yang dibawah mata kaki maka hal itu terlarang dan haram.[ Aunul Ma’bud 11/103]

Dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata.

“Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memegang otot betisku lalu bersabda: “Ini merupakan batas bawah kain sarung. Jika engkau enggan maka boleh lebih bawah lagi. Jika engkau masih enggan juga, maka ketahuilah bahawa kain tidak boleh menutup kedua mata kaki”” [Hadis Riwayat. Tirmidzi 1783, Ibnu Majah 3572, Ahmad 5/382, Ibnu Hibban 1447. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah 1765]

Hadis-hadis di atas mengisyaratkan bahawa panjang pakaian seorang muslim tidaklah melebihi kedua mata kaki dan yang paling utama hingga setengah betis, sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadisnya yang banyak.

Dari Abi Juhaifah Radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Aku melihat Nabi keluar dengan memakai Hullah Hamra' seakan-akan saya melihat kedua betisnya yang sangat putih” [Tirmidzi dalam Sunannya 197, dalam Syamail Muhammadiyah 52, dan Ahmad 4/308]

'Ubaid bin Khalid Radhiyallahu ‘anhu berkata: “Tatkala aku sedang berjalan di kota Madinah, tiba-tiba ada seorang di belakangku sambil berkata: "Tinggikan sarungmu! Sesungguhnya hal itu lebih mendekatkan kepada ketakwaan." Ternyata dia adalah Rasulullah. Aku pun bertanya kepadanya, "Wahai Rasulullah, ini Burdah Malhaa (pakaian yang mahal). Rasulullah menjawab: "TIDAKKAH PADA DIRIKU TERDAPAT TELADAN?" Maka aku melihat sarungnya hingga setengah betis”.[Hadis Riwayat Tirmidzi dalam Syamail 97, Ahmad 5/364. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashar Syamail Muhammadiyah, hal. 69].

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya tentang seseorang yang memanjangkan celananya hingga melebihi mata kaki. Beliau menjawab: “Panjangnya gamis, celana dan seluruh pakaian hendaklah tidak melebihi kedua mata kaki, sebagaimana telah tetap dari hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam” [Majmu' Fatawa 22/14]

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata : “ Walhasil, ada dua keadaan bagi lelaki; dianjurkan iaitu menurunkan sarung hingga setengah betis, boleh iaitu hingga di atas kedua mata kaki. Demikian pula bagi wanita ada dua keadaan; dianjurkan iaitu menurunkan di bawah mata kaki hingga sejengkal dan dibolehkan hingga sehasta” [Fathul Bari 10/320]

[C]. DALIL-DALIL HARAMNYA ISBAL
Pertama.
“Dari Abu Dzar bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan bagi mereka azab yang pedih. Rasulullah menyebutkan tiga golongan tersebut berulang-ulang sebanyak tiga kali, Abu Dzar berkata: "Merugilah mereka! Siapakah mereka wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Orang yang suka memanjangkan pakaiannya, yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu." [Hadis Riwayat Muslim 106, Abu Daud 4087, Nasa'i 4455, Darimi 2608. Lihat Irwa': 900]

Kedua.
“Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat." [Hadis Riwayat Bukhari 5783, Muslim 2085]

Ketiga.
“Dari Abu Hurairah bahawasanya Nabi bersabda : "Apa saja yang di bawah kedua mata kaki di dalam neraka." [Hadis Riwayat Bukhari 5797, Ibnu Majah 3573, Ahmad 2/96]

Keempat.
“Dari Mughiroh bin Syu'bah Radhiyallahu ‘anhu, adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Wahai Sufyan bin Sahl! Janganlah kamu isbal, sesungguhnya Allah tidak menyenangi orang-orang yang isbal." [Hadis Riwayat. Ibnu Majah 3574, Ahmad 4/26, Thabrani dalam Al-Kabir 7909. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah: 2862]

Kelima.
“Waspadalah kalian dari isbal pakaian kerana hal itu termasuk kesombongan dan Allah tidak menyukai kesombongan” [Hadis Riwayat Abu Daud 4084, Ahmad 4/65. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah: 770]

Keenam.
Dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu berkata: "Saya lewat di hadapan Rasulullah sedangkan sarungku terurai kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menegurku sambil berkata: "Wahai Abdullah, tinggikan sarungmu!" Aku pun meninggikannya. Beliau bersabda lagi: "Tinggikan lagi!" Aku pun meninggikannya lagi, maka semenjak itu aku senantiasa menjaga sarungku pada batas itu. Ada beberapa orang bertanya: "Seberapa tingginya?" "Sampai setengah betis."[Hadis Riwayat Muslim 2086. Ahmad 2/33]

Berkata Syakh Al-Albani rahimahullah: “Hadis ini sangat jelas sekali bahawa kewajiban seorang muslim hendaklah tidak menjulurkan pakaiannya hingga melebihi kedua mata kaki. Bahkan hendaklah dia meninggikannya hingga batas mata kaki walaupun dia tidak bertujuan sombong dan di dalam hadis ini terdapat bantahan kepada orang-orang yang isbal dengan sangkaan bahawa mereka tidak melakukannya kerana sombong! Tidakkah mereka meninggalkan hal ini demi mencontohkan perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam terhadap Ibnu Umar?? Ataukah mereka merasa hatinya lebih suci dari Ibnu Umar?” [Ash-Shahihah: 4/95]

Berkata Syaikh Bakr Abu Zaid: “Dan hadis-hadis tentang larangan isbal mencapai darjat mutawatir makna, tercantum dalam kitab-kitab shahih, sunan-sunan, ataupun musnad-musnad, diriwayatkan dari banyak sekali oleh sekelompok para sahabat”. Beliau lantas menyebutkan nama-nama sahabat tersebut hingga dua puluh dua orang. Lanjutnya: “ Seluruh hadis tersebut menunjukkan larangan yang sangat tegas, larangan pengharaman, kerana di dalamnya terdapat ancaman yang sangat keras. Dan telah diketahui bersama bahawa sesuatu yang terdapat ancaman atau kemurkaan, maka diharamkan dan termasuk dosa besar, tidak dihapus dan diangkat hukumnya. Bahkan termasuk hukum-hukum syar'i yang kekal pengharamannya."[Hadd Tsaub Wal Uzrah Wa Tahrim Isbal Wa Libas Syuhrah, hal. 19]

[D]. KESAN NEGATIF ISBAL
(Mengenai) Isbal keharamannya telah jelas, bahkan di dalam isbal terdapat beberapa kemungkaran yang tidak boleh dianggap remeh. Ini adalah antara sebabnya:

[1]. Menyelisihi Sunnah
Menyelesihi sunnah termasuk perkara yang tidak boleh dianggap enteng dan ringan kerana kewajiban setiap muslim untuk mengamalkan setiap sendi agama dalam segala perkara baik datangnya dari Al-Qur’an atau Sunnah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul, takut akan di timpa cubaan (fitnah) atau ditimpa azab yang pedih” [An-Nur : 63]

[2]. Mendapat Ancaman Neraka
Berdasarkan hadis yang sangat banyak berisi ancaman neraka bagi yang melabuhkan pakaiannya baik kerana sombong ataupun tidak.

[3]. Termasuk Kesombongan
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah: “Kesimpulannya isbal melazimkan menarik pakaian dan menarik pakaian melazimkan kesombongan walaupun pelakunya tidak bermaksud sombong” (Fathul Bari 10/325). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Waspadalah kalian dari isbal pakaian kerana hal itu termasuk kesombongan dan Allah tidak menyukai kesombongan” [Hadis Riwayat Abu Daud 4084, Ahmad 4/65, dishahihkan oleh Al-Albany dalam As-Shahihah 770]

Berkata Ibnul Arabi rahimahullah: “Tidak boleh bagi lelaki untuk memanjangkan pakaiannya melebihi kedua mata kaki, walapun dia mengatakan: “Aku tidak menariknya kerana sombong” kerana larangan hadis secara lafaz mencakup pula bagi yang tidak sombong, maka tidak boleh bagi yang telah tercakup dalam larangan, kemudian berkata : “Aku tidak mahu melaksanakannya kerana sebab larangan tersebut tidak ada pada diriku”, ucapan semacam ini merupakan klaim yang tidak boleh diterima, bahkan memanjangkan pakaian itu sendiri menunjukkan kesombongan” [Fathul Bari 10/325]

[4]. Menyerupai Wanita
Isbal bagi wanita disyari’atkan bahkan wajib dan mereka tidak diperkenankan untuk menampakkan anggota tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Orang yang isbal bererti mereka telah menyerupai wanita dalam berpakaian, dan hal itu terlarang secara tegas, berdasarkan hadis.

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [Hadis Riwayat Bukhari 5885, Abu Daud 4097, Tirmidzi 2785, Ibnu Majah 1904]

Imam At-Thabari berkata: “Maknanya tidak boleh bagi lelaki menyerupai wanita di dalam berpakaian dan perhiasan yang menjadi kekhususan mereka, demikian pula sebaliknya” [Fathul Bari II/521]

Dari Kharsyah bin Hirr berkata: “Aku melihat Umar bin Khathab, kemudian ada seorang pemuda yang melabuhkan sarungnya lewat di hadapannya. Maka Umar menegurnya sambil berkata: “Apakah kamu orang yang haid?” Pemuda tersebut menjawab: “Wahai amirul mukminin, apakah lelaki itu mengalami haid?” Umar menjawab: “Lantas mengapa engkau melabuhkan sarungmu melewati mata kaki?” kemudian Umar minta diambilkan guting lalu memotong bahagian sarung yang melebihi kedua mata kakinya”. Kharsyah berkata: “Seakan-akan aku melihat benang-benang di ujung sarung itu” [Hadis Riwayat Ibnu Syaibah 8/393 dengan sanad yang shahih, lihat Al-Isbal Lighairil Khuyala, hal. 18]

Akan tetapi laa haula wal quwwata illa billah, zaman sekarang yang katanya moden, cara berpakaian terbalik; lelaki melabuhkan pakaianya menyerupai wanita dan tidak terlihat darinya kecuali wajah dan telapak tangan! Manakala wanita pula membuka pakaiannya hingga terlihat dua betisnya bahkan lebih dari itu. Apa yang lebih sedih lagi adalah terlontarnya cemuhan dan ejekan kepada lelaki yang memendekkan pakaiannya kerana mencontoh Nabi dan para sahabat. Manusia zaman sekarang memang aneh, mereka mencela dan mengejek para wanita yang memanjangkan jilbabnya kerana taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasulnya, akhirnya kepada Allah kita mengadu” [Al-Isbal Lighairil Khuyala hal. 18]

[5]. Berlebih Lebihan
Tidak ragu lagi syari’at yang mulia ini telah memberikan batas-batas berpakaian, maka barangsiapa yang melebihi batasnya sungguh dia telah belebih-lebihan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” [Al-A’raf : 31]

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Apabila pakaian melebihi batas semestinya, maka larangannya dari segi israf (berlebih-lebihan) yang berakhir pada keharaman” [Fathul Bari II/436]

[6]. Terkena Najis
Orang yang isbal tidak selamat dari najis, bahkan kemungkinan besar najis melekat dan mengenai sarungnya tanpa dia sedari. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Naikkan sarungmu kerana hal itu lebih menunjukkan ketakwaan (dalam lafaz yang lain: lebih suci dan bersih)” [Hadis Riwayat Tirmidzi dalam Syamail 97, Ahmad 5/364, dishahihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashar Syama’il Muhammadiyyah hal. 69]
[F]. SYUBHAT DAN JAWABANNYA
Orang yang membolehkan isbal melontarkan syubhat yang cukup banyak, di antara hujah yang sering digunakan adalah isbal jika tidak sombong dibolehkan. Oleh kerana itu, penulis perlu menjawab dalil-dalil yang biasa mereka gunakan untuk membolehkan isbal jika tidak bermaksud sombong.

Pertama : Hadis Ibnu Umar
Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat!" Abu Bakar bertanya: "Ya Rasulullah, sarungku sering melorot kecuali bila aku menjaganya!" Rasulullah menjawab: "Engkau bukan termasuk orang yang melakukannya kerana sombong."[Hadis Riwayat Bukhari 5784]

Mereka berdalil dengan sabda Rasulullah, "Engkau bukan termasuk orang yang melakukannya kerana sombong.", bahawasanya isbal tidak sombong adalah dibolehkan.

Jawapan:
Berkata Syaikh Al-Albani: “Dan termasuk perkara yang aneh, ada sebahagian orang yang mempunyai pengetahuan tentang Islam, mereka berdalil bolehnya memanjangkan pakaian atas dasar perkatan Abu Bakar ini. Maka aku katakan bahawa hadis di atas sangat jelas bahawa Abu Bakar sebelumnya tidak memanjangkan pakaiannya, sarungnya selalu menurun tanpa kehendak dirinya dengan dia tetap berusaha untuk selalu menjaganya. Maka apakah boleh berdalil dengan perkataan ini sementara perbezaannya sangat jelas bagaikan matahari di waktu siang dengan apa yang terjadi pada diri Abu Bakar dan orang yang selalu memanjangkan pakaiannya? Kita memohon kepada Allah keselamatan dari hawa nafsu. (As-Shahihah 6/401). Kemudian Syaikh berkata di tempat yang lain: “Dalam hadis riwayat Muslim, Ibnu Umar pernah melintas di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sedangkan sarungnya menurun, maka Rasulullah menegur Ibnu Umar dan berkata: "Wahai Abdullah, naikkan sarungmu!". Apabila Ibnu Umar saja yang termasuk sahabat yang mulia dan utama, Nabi tidak tinggal diam terhadap sarungnya yang menurun bahkan memerintahkannya untuk mengangkat sarung tersebut, bukankah ini menunjukkan bahawa isbal itu tidak berkaitan dengan sombong atau tidak sombong?! [Mukhtashar Syamail Muhammadiyyah hal. 11]

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Sesungguhnya pada yang demikian ini benar-benar terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau apa yang menggunakan pendengarannya, sedang ia menyaksikannya” [Qaaf : 37]

Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata: “Dan adapun orang yang berhujjah dengan hadis Abu Bakar, maka kita jawab dari dua sisi; Pertama, bahawa salah satu sisi sarung Abu Bakar kadang turun tanpa disengajakan, maka beliau tidak menurunkan sarungnya atas kehendak dirinya dan dia selalu berusaha menjaganya. Sedangkan orang yang mengklaim bahawa dirinya isbal kerana tidak sombong, mereka menurunkan pakaian mereka kerana kehendak mereka sendiri. Oleh kerana itu, kita katakan kepada mereka: “Jika kalian menurunkan pakaian kalian di bawah mata kaki tanpa niat sombong, maka kalian akan diazab dengan apa yang turun di bawah mata kaki dengan Neraka. Jika kalian menurunkan pakaian kerana sombong, maka kalian akan diazab dengan siksa yang lebih pedih, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan berbicara kepada kalian, tidak dilihat oleh-Nya, tidak disucikan oleh-Nya dan bagi kalian azab yang pedih”. Kedua, Abu Bakar mendapat nasihat dan tazkiah dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa dia bukan termasuk orang yang sombong, maka apakah kalian juga mendapat tazkiah dan nasihat yang serupa?" [Fatawa Ulama Balad Haram hal. 1140]

”Maka ambillah hal itu untuk menjadi pelajaran, hai orang yang mempunyai pandangan” [Al-Hasyr : 2]

Kedua : Mereka yang membolehkan isbal jika tidak sombong, menyangka bahawa hadis-hadis larangan isbal yang bersifat mutlak (umum), harus ditaqyid (dikaitkan) ke dalil-dalil yang menyebutkan lafazh khuyala' (sombong), sesuai dengan kaedah ushul fiqh, "Hamlul Mutlak 'alal Muqayyad Wajib" (membawa nash yang mutlak [umum-editor] ke muqayyad [khusus-editor] adalah wajib).

Jawapan:
Kita katakan kepada mereka: “Itulah sejauh-jauhnya pengetahuan mereka.[An-Najm : 30]

Kemudian kaedah ushul "Hamlul Muthlaq 'alal Muqayyad" adalah kaedah yang telah disepakati dengan syarat-syarat tertentu. Untuk lebih jelasnya, mari kita teliti perkataan ahlul ilmi dalam masalah ini.

Berkata Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah: “Isbal pakaian apabila kerana sombong maka hukumannya Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat, tidak mengajak bicara dan tidak mensucikannya, serta baginya adzab yang pedih. Adapun apabila tidak kerana sombong, maka hukumannya disiksa dengan neraka apa yang turun melebihi mata kaki, berdasarkan hadis:

Dari Abu Dzar Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan bagi mereka adzab yang pedih; orang yang memanjangkan pakaiannya, yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu”.
Juga sabdanya : “Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat”
Adapun yang isbal kerana tidak sombong, maka hukumannya sebagaimana dalam hadis : “Apa saja yang dibawah kedua mata kaki di dalam Neraka”. Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak mentaqyidnya dengan sombong atau tidak, maka tidak boleh mentaqyid hadis ini berdasarkan hadis yang lalu.
Juga Abu Sa'id Al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki, dan apa yang turun di bawah mata kaki, maka bagiannya di neraka, barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan melihatnya”.

Di dalam hadis ini, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan dua permisalan dalam satu hadis, dan dia menjelaskan perbezaan hukum keduanya kerana perbezaan balasannya. Keduanya berbeza dalam perbuatan dan berbeza dalam hukum dan balasan. Maka selama hukum dan sebabnya berbeza, tidaklah boleh membawa yang mutlak ke muqayyad (khusus), di antara syaratnya adalah bersatunya dua nash dalam satu hukum, apabila hukumnya berbeza, maka tidaklah ditaqyid salah satu keduanya dengan yang lain. Oleh kerana itu ayat tayammum yang berbunyi :”Basuhlah mukamu dan tanganmu dengan tanah” tidak ditaqyid dengan ayat wudhu, “Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai siku” maka tayammum itu tidak sampai siku, kerana mengharuskan perlawanan”[As’ilah Muhimmah hal, 29-30, Lihat pula Fatawa Syaikh Utsaimin 2/921, Isbal Lighairil khuyala hal. 26]

Kesimpulannya: Kaedah "Membawa nash yang mutlak ke muqayyad wajib" adalah kaidah yang telah muttafak alaihi (disepakati) pada keadaan bersatunya hukum dan sebab. Maka tidak boleh membawa nash yang mutlak ke muqayyad apabila hukum dan sebabnya berbeza atau hukumnya berbeza dan sebabnya sama! [Lihat Ushul Fiqh Al-Islami 1/217 karya Dr Wahbah Az-Zuhaili]

[G]. KESIMPULAN
Dari pembahasan di muka, dapat disimpulkan:

[1]. Isbal adalah memanjangkan pakaian hingga menutupi mata kaki, baik kerana sombong maupun tidak, dan hal ini haram dilakukan bagi lelaki-lelaki.
[2]. Batasan pakaian seorang lelaki-lelaki ialah setengah betis, dan dibolehkan hingga di atas mata kaki, tidak lebih.
[3]. Hukum isbal itdak berlaku bagi wanita, bahkan mereka disyari'atkan menurunkan pakaiannya hingga sejengkal di bawah mata kaki.
[4. Isbal pakaian tidak hanya sarung, berlaku bagi setiap jenis pakaian berupa celana, gamis, jubah, serban dan segala sesuatu yang menjulur ke bawah.
[5]. Isbal kerana sombong adalah dosa besar, oleh kerana itu pelakunya berhak tidak dilihat oleh Allah pada hari kiamat, tidak disucikan-Nya, dan baginya adzab yang pedih.
[6]. Isbal jika tidak sombong maka baginya adzab neraka apa yang turun di bawah mata kaki.
[7]. Isbal memiliki beberapa kemungkaran, sebagaimana telah berlalu penjelasannya
[8]. Klaim sebagian orang yang melakukan isbal dengan alasan tidak sombong merupakan klaim yang tidak boleh diterima. Maka bagi mereka, kami sarankan untuk memperdalami ilmu dan merujuk kalam ulama dalam masalah ini.
Demikian yang boleh kami sajikan tentang masalah isbal. Semoga tulisan ini ikhlas kerana mengharap wajah-Nya dan bermanfaat bagi diri penulis serta kaum muslimin di manapun berada, amiin. Wallahu a'lam. Sekian. Assalamualaikum

sumber dari syok.org

Sandiwara atau Drama

assalamualaikum...
alhamdulillah dapat lagi menambah entri disini...
entri kali ini adalah mengenai perlawanan persahabatan antara JEPUN dan ENGLAND...

GRAZ, Austria – England hampir dimalukan Jepun pada aksi persahabatan di Stadium UPS Arena di Austria semalam.
Selain mencatat kemenangan tipis 2-1, pasukan The Three Lions itu memerlukan dua gol sendiri untuk menewaskan pasukan yang menduduki ranking ke-45 dunia itu.
Keputusan itu pasti menyukarkan pengurus England, Fabio Capello untuk memilih pemain utama dalam skuad Piala Dunia di Afrika Selatan.
Pada aksi pemanas badan terakhir sebelum Piala Dunia itu, England ketinggalan 0-1 pada minit ketujuh menerusi jaringan Marcus Tanaka hasil sepakan penjuru.
Tanaka berjaya melepasi kawalan Glen Johnson dan melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, David James dan pemain pertahanan, Ashley Cole.
Gol tersebut mencetuskan kebangkitan skuad The Three Lions itu menerusi gerakan Aaron Lennon, Frank Lampard dan Darren Bent.
Malah, bayangan kekalahan mula terjelma dalam fikiran Capello selepas bintang Chelsea, Lampard gagal menyempurnakan penalti pada babak kedua.
Capello juga cuba mengubah strateginya dengan memasukkan Steven Gerrard, Joe Cole dan Shaun Wright-Phillips dalam usaha mencari gol penyamaan.
Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila Cole berjaya menembusi pertahanan Jepun di sebelah kanan sebelum membuat hantaran di depan gol Jepun yang tertampan oleh Tanaka ke jaringnya sendiri pada minit ke-72.
Gol penyamaan itu menambah lagi semangat juang England yang terus mengasak mencari gol kemenangan yang akhirnya tiba juga hasil satu lagi jaringan sendiri.
Ashley Cole berjaya membuat hantaran rendah dari sebelah kiri dan cuba dikeluarkan oleh pertahanan Jepun, Yuji Nakazawa, namun sebaliknya ia menuju ke dalam gawang mengelirukan penjaga gol, Kawashima.
Penyerang gantian, Emile Heskey mempunyai peluang terbaik untuk menjadikan kedudukan 3-1, namun tandukan penyerang Aston Villa itu tersasar. –  kosmo


selepas tengok highlight ini baru perasan yang mungkin ini adalah petanda awal kemunduran pasukan England..
sekian...assalamualaikum...

review Prince Of Persia Sands Of Time

assalamualaikum...petang tadi pi tengok crita Prince Of Persia...
dah lama dah nak tgk crita ni...ari ni baru ada kesempatan untuk tengok crita ni...
klik sini untuk sinopsis cerita prince of persia...


boleh tahan jugak cerita ni....berbaloi jugak melabur untuk cerita ini tadi..
tapi dalam game ni semua yang lain jadi macam zombie...
dalam movie ini memang lain dari movie 2...
kepada yang belum tengok crita ni boleh ke pawagam berhampiran..
sekian...assalamualaikum...

Memang Best Imam Muda

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi menambah entri disini..
entri kali ini adalah mengenai program terbaru astro oasis iaitu Imam Muda...



Program yang julung kali diterbitkan Astro Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu membuka lembaran baru dalam penyiaran program bercorak keilmuan. 

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, berkata objektif mengadakan program ini bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa dan punya kredibiliti dalam memikul tanggungjawab bukan saja sebagai imam, malah sebagai pemimpin. 

Selain itu, ia bertujuan memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab yang cukup mencabar. Pada minggu ini semua bakal imam muda ini ditugaskan untuk menguruskan jenazah. Walaupun ianya adalah fardu kifayah tetapi sebagai seorang imam yang berkualiti perlulah mempunyai kemahiran dalam pelbagai cabang ilmu agama. Ini adalah satu program yang sangat bermanfaat. Program ini telah mula ditayangkan di Astro Oasis pada 27 mei yang lalu. Harapnya program seperti ini diperbanyakkan lagi pada dunia akhir zaman ini. InsyaAllah.

sekian..assalamualaikum

Pembetulan Untuk New Fifa Ranking tadi...

assalamualaikum..
minta maaf atas maklumat yang salah pada entri yang lepas..
.ini yang sepatutnya...



terima kasih kepada mr Aizat kerana membetulkan...
segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t
dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri ini..
assalamualaikum...

New Fifa Ranking

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi bertemu didalam blog ini....
walaupun niat nak bercuti dari berblogging smalam...
entri kali ini hanya nak berkongsi tentang ranking pasukan bolasepak FiFa...
baru update hari ini...




untuk maklumat negara kita Malaysia berada pada kedudukan 159 
dari negara yang telah disenaraikan oleh FiFa...
sekian untuk kali ini..
assalamualaikum...

boleh x nak bercuti dari berblogging??

assalamualaikum...
alhamdulillah dapat lagi nak mengupdate blog ini...
entri kali ini mengenai cuti berblogging...
sebenarnya sekupang nak cuti jap dari berblogging selama beberapa hari...
isnyaAllah akan kembali secepat mungkin...terima kasih kepada yang sudi ziarah...
nnt sekupang ziarah balik blog anda...
assalamualaikum...

Proses kejadian alam dari pandangan al Quran

assalamualaikum...semalam tengok Halaqah kat tv9...topik semalam bumi demam...
rasa mcm best layan sampai abis...hari ini terfikir nak buat entri pasal proses kejadian alam...

 Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi  tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini.
    Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk  mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hambaNya. Kelemahan manusia sungguh banyak contohnya kita tidak boleh menjelajah jauh ke seluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada pada ketika itu. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. JawapanNya diterangkan di dalam al Quraan melalui RasulNya. Di dalam al Quraan yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah     perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan  di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia  mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha  Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
al Anaam: 73

    Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam al Quran. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud: 
"Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta(Dr.Zakaria Awang Soh,1990)
~ Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang
   wujud) tunggal.
~ Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.
~ pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal 
   dan peningkatan jirim (ordering matter)

    Perkataan "ratq" membawa maksud memadukan unsur-unsur menjadi satu jasad yang padu. Jasad yang padu inilah yang menjadi asal mula alam. Perkataan "fatq" membawa maksud dipisahkan atau dipecahkan. Jasad yang padu tadi kemudiannya melalui proses pemisahan. Bagaimana proses pemisahan itu tidak dapat dijelaskan. Jika dilihat kepada alam semesta yang wujud hari ini menggambarkan proses pemisahan ini berlaku dalam satu kuasa pemisahan yang sungguh hebat dan amat kuat.
Proses pembentukan alam ini berlaku secara bertahap-tahap selepas dari pemishan itu. Hal ini seperti yang disebut di dalam alQuraan yang bermaksud;

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah    kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa     keduanya menjawab 'kami datang dengan suka hati'      Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia  mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit    yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya     dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."                                                                     Fushilat        :     11-12
Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam alQuraan

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)."
AlQamar :49
    Manakala alam semesta yang diciptakan oleh Allah ini sentiasa mengembang atau keluasan alam ini sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Ini bermaksud segala apa yang ada di alam ini sentisa bertambah terhadap masa.  FirmanNya bermaksud:
"Dengan kemahiran dan kekuasaan Kami, Kami bangunkan    langit dan Kami kembangkannya"  
Azariat : 4

Putaran bumi

            Kita semua dapat hidup di atas muka bumi ini kerana bumi berputar di atas paksinya dalam tempoh 24 jam sehari. Cuba bayangkan sekiranya bumi ini tidak berputar, mustahil kita dapat hidup dengan aman dan sentosa di permukaan bumi.
            Dari putaran inilah terjadinya siang dan malam. Permukaannya yang menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan yang membelakangkan matahari akan menjadi malam. Seandainya bumi tidak berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap matahari akan menjadi siang selama-lamanya hingga hari kiamat dan begitulah sebaliknya.
            Apakah yang akan terjadi sekiranya siang berlaku terus menerus? Sudah pasti keadaan udara dan hawa dari saat ke saat, dari minit ke minit  dan dari jam ke jam akan menjadi bertambah panas. Dalam tempoh 100 jam sahaja udara akan mencapai takat didih 100ºC sehingga lautan, tasik, danau, sungai dan sebagainya akan mendidih dan menggelegak. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya seluruh sungai, danau dan samudera mendidih airnya? Begitu juga darah yang mengalir di dalam tubuh kita juga turut mendidih. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada satu pun makhluk yang dapat hidup. Semuanya akan mati dan musnah menjadi debu-debu yang berterbangan.
            Apa pula yang akan terjadi sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Bukan sahaja semua ini akan mendidih, bahkan semua permukaan bumi ini sama ada benda-benda pepejal atau sebagainya, akan menjadi bara api yang tersangat panas. Ketika itu, bukan setakat manusia sahaja akan mati terbakar malahan bumi ini sendiri akan terbakar menjadi debu dalam sekelip mata sahaja.
            Kemudian apa pula yang akan terjadi sekiranya waktu malam berlaku terus menerus sehingga hari kiamat? Hawa dan udara dari saat ke saat dan seterusnya dari jam ke jam akan terus bertambah dingin sehingga dalam tempoh 100 jam sahaja akan mencapai takat 0ºC sehingga seluruh air dan benda yang cair akan membeku menjadi ais yang pejal dan keras. Mungkin di saat itu, manusia dan binatang-binatang masih dapat hidup seperti keadaan di Kutub Utara dan Selatan. Namun begitu, bagaimana pula keadaannya sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Apabila udara dan suhu menjunam turun ke bawah paras 0ºC maka sudah pasti akan lenyaplah segala kehidupan di muka bumi ini.
            Kedua-dua ibarat ini harus kita fikirkan sedalam-dalamnya untuk melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah dan juga perlindungan-Nya yang diberikan untuk kehidupan setiap makhluk khasnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
            “Katakan pula, bagaimanakah pendapat kamu sekiranya Allah menjadikan siang terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah selain Allah yang akan mendatang malam kepadamu yang kamu dapat beristirehat padanya?  Maka apakah kamu tidak memperhatikannya? Dan kerana rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu beritirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”
(Al-Qasas: 72-73)
            Dengan adanya putaran bumi siang dan malam maka keadaan hawa di permukaan bumi ini menjadi seimbang dan sederhana iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin. Sehingga manusia, haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup dengan selesa di permukaan bumi ini.
            Ya... semamangnya kita harus renungkan siapakah lagi selain Allah yang dapat memutarkan bumi sebesar ini? Iaitu planet yang berukur lilit 40,003 km dan beratnya beribu-ibu juta tan itu. Perkara ini hendaklah kita fikirkan sedalam-dalamnya. Seterusnya hendaklah kita selalu mengingati dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. Janganlah kita sekali-kali menjadi orang-orang yang seakan-akan tidak mendengar dan melihatnya sedangkan kita mempunyai telinga, mata dan akal untuk bersyukur memuji-Nya.


segala yang baik dari Allah s.w.t dan segala yang buruk dari kelemahan hambanya...assalamualaikum...

Laluan dari Dunia ke Akhirat

assalamualaikum..alhamdulillah dapat lagi berkongsi sedikit ilmu yang diberikan Allah s.w.t
entri kali ini adalah mengenai laluan yang akan kita lalui dan cara melepasinya...

LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala

* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala 


sekian...assalamualaikum

indahnya hidayah

assalamualaikum...entri kali ini adalah mengenai hidayah...
kenapa sukar bagi seseorang itu mendapatnya dan mengapa ianya mudah bagi seseorang...

Dalam Islam, hidayah dari segi bahasa ialah "petunjuk" atau "hadiah", manakala dari segi istilah ialah petunjuk Allah ke arah kebenaran. Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya agar beriman dan mentaati perintahnya.
Firma Allah:

فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ

Ertinya:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. (Surah Al-An'aam: 125).

Oleh kerana hidayah satu benda yang berharga, bukan semua orang mendapatnya atau memperolehinya. Walau bagaimanapun, untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang tidak sama di antara satu sama lain. 
Di bawah ini saya senaraikan beberapa sebab seseorang itu mendapat hidayah iaitu:

1. Mereka lahir di dalam keluarga yang beragama, maka mereka mendapat didikan secara langsung dan praktikal
daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Mereka yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada
kebaikan dan kebenaran. Mereka terus mencari dan mengamalkan. Golongan itu amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah.

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan itu maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran itu.

5. Golongan yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka mereka sebahagiannya mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Golongan yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi. Di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT.

7. Ada golongan yang mendapat kebenaran kerana Allah beri mereka mengalami alam kerohanian seperti mimpi melihat alam Barzakh, mimpi melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat Kiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih, dan lain-lain lagi benda yang ajaib. Selepas itu mereka pun kembali kepada kebenaran.

8. Ada orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri, ukhwah tiada. Maka dari peristiwa itu mereka sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup di dunia lagi tidak menjamin mendapat kebahagiaan, apatah lagi di Akhirat kelak.

9. Ada golongan yang mereka sendiri alami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai. Hidup di dalam keluarga porak-peranda. Lantas mereka insaf dan sedar, akhirnya mencari jalan kebenaran.

10. Ada golongan yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doanya dikabulkan oleh Allah. Maka Islamlah dia, seperti kisah Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.
hidayah adalah sesuatu yang berharga...hargailah ia...assalamualaikum...

tahu tak apa tu ilmu Tasawwuf

assalamualaikum...apa khabar semua??
harapnya diberikan kesihatan yang baik olehNya untuk membaca entri ini..
entri kali ini adalah mengenai ilmu tasawuf..

1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .



2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .


3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .



4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )
5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).

setakat itu saja untuk kali ini...assalamualaikum...

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi entri dipostkan...
 berapa ramai yang tahu mengenai bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu...
entri kali ini akan menceritakan tentang  Bahasa Melayu...

 Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan sebagai nama rasmi.
Ada pihak yang memikirkan "Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas." Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas Mei 13, 1969. Ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.
Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, "bahasa kebangsaan [Malaysia] ialah bahasa Melayu".
Namun begitu, Pada 4 Jun 2007Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad Teori ini disokong oleh beberapa ahli sejarah dan bahasa. 


Asal-usul Bahasa Melayu@Bahasa Malaysia

Ada beberapa pendapat mengenai asal usul Bahasa Melayu. Salah satunya ialah Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu. Berikut merupakan kajian mereka : 

J. Crawfurd

J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini berdasarkan bukti bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad ke 19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Kesimpulan beliau ialah:
  • Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.
  • Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk kepada bahasa lain.


K. Hilmy

Berdasarkan perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara, bahasa Melayu Polinesia tidaklah serumpun dengan bahasa Campa.


P.W. Schmidt

Berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer, bahasa Melayu dan Champa bukanlah serumpun. Beliau merumuskan bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.


Sutan Takdir Alisjahbana

Beliau menggelar bangsa yang berkulit perang yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.


Gorys Keraf

Beliau mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

diharapkan entri ini dapat memberi sedikit ilmu kepada yang membaca...segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan segala yang buruk datangnya dari kelemahan diri ini...assalamualaikum...