CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Review Johnny English Reborn

Assalamualaikum.
Filem ini merupakan sequel kepada filem pertama yang telah ditayangkan pada tahun 2003 iaitu Johnny English. Walaupun ini merupakan sequel kepada filem pertama jalan ceritanya memang mudah difahami. Untuk pengetahuan aku pun tak tengok lagi Johnny English dan terus tengok sequelnya. 


Cerita ini dimulakan dengan Johnny English ditugaskan untuk mencari individu/organisasi yang dikhabarkan akan membunuh Perdana Menteri China. Beliau diberikan kesemua peralatan yang canggih manggih seperti yang kita selalu tengok dalam mission impossible dan james bond. Tetapi oleh kerana ‘kebodohan’ Johnny English ini, barangan tersebut selalu sahaja disalahgunakan dan menjadikannya suatu jalan cerita yang lawak.


Filem ini memang memuaskan hati penonton yang meminati genre komedi. Dari mula sampai habis cerita ini pasti akan ada lucu yang membuatkan anda tidak kering gusi. Rasanya kepada yang tengah stress dengan kerja boleh terus menonton filem dipawagam yang berdekatan sebab ianya pasti akan membuatkan anda lupakan tekanan yang dihadapi.

p/s: download Johnny English 1 disini

Aku penternak virus berjaya

Assalamualaikum.
Selepas merasakan prestasi laptop kurang memberangsangkan dan jadi sangat lembab aku membuat keputusan untuk scan laptop selepas mengemaskini antivirus. Mulanya ingat laptop lembab mungkin sebab facebook berat selepas mengalami perubahan tetapi memang tidak dinafikan laptop aku yang menjadi punca kepada kelembapan.

 

Gambar kat atas ini merupakan hasil tangkapan virus selepas melakukan pengemasan terhadap laptop. Mujur dalam laptop tidak ada fail-fail penting yang tersimpan yang hilang selepas melakukan pengimbasan ini. Antivirus ini pun aku baru install selepas beberapa minggu membiarkan windows tanpa mempunyai sebarang perisian antivirus. Kepada yang mencari jalan mudah untuk lari daripada mendapat virus hanya ada satu cara iaitu dengan menggunakan perisian terbuka (open source).

p/s: anda mungkin berminat >>> Apa itu virus komputer?

Malaysia VS Jepun (Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Zon Asia)

Assalamualaikum.
Seperti mana yang kita tahu pasukan Olimpik Malaysia bakal menentang pasukan Jepun hari ini bagi memulakan cabaran di peringkat kumpulan (pusingan ketiga) Kelayakan Sukan Olimpik 2012 London. Perlawanan ini bakal disiarkan secara langsung di TV2 dan Astro Arena. Berikut merupakan pemain yang bakal membarisi pasukan Malaysia dan Jepun. 

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat(Kapten) dan Mohd Izham Tarmizi.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Fadli Shas, Mohd Muslim Ahmad, Mohamad Amer Saidin, Mohd Fandi Othman, Mohd Zubir Azmi, Izzaq Faris Ramlan dan Muhammad Syazwan Tajuddin.
Tengah: Wan Zack Haikal, Mohd Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Abdul Shukor Jusoh, Mohamad Faizal Abu Bakar dan Muhammad Nazmi Faiz.

Penyerang: Syahrul Azwari Ibrahim, A.Thamil Arasu, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Izuan Solahuddin

Lima pemain yang terpaksa digugurkan ialah Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, Mohd. Ferris Daniel Mat Nasir,Gary Steven Robbat dan Mohd Azrif Nasrulhaq.


Manakala pemain-pemain dari pasukan Jepun yang dikendalikan oleh jurulatih Takashi Sekizuka :

Penjaga gol
: Shuichi Gonda, Shunsuke Ando dan Tatsuya Morita.

Pertahanan
: Hiroki Sakai, Yasuke Higa, Yutaka Yoshida, Mizuki Hamada, Daisuke Suzuki, Gotoku Sakai dan Shohei Takahashi.

Tengah: Takahiro Ogihara, Hiroshi Kiyotake, Kosuke Yamamoto, Kazuya Yamamura, Keigo Higashi, Naoki Yamada, dan Hotaru Yamaguchi.

Penyerang: Yuya Osako, Kensuke Nagai, Ryohei Yamazaki dan Genki Haraguchi.

Rekod perlawanan lepas iaitu  ketika berentap di pusingan pertama Sukan Asia Guangzhoumenyaksikan Jepun menang keatas pasukan Malaysia 2-0 ketika itu Malaysia dibawah kendalian Dato K Rajagopal. Keputusan kali juga tidak memihak kepada Malaysia apabila sekali lagi kalah dengan pasukan Jepun. 2-0.


Aku, Mereka dan Sunway Piramid

Assalamualaikum.
Buat kali kedua aku ikut serta berlepak-lepak bersama geng bcr. Sebelum ini kat mid valley, kali ini kat sunway piramid. Aktiviti kali ini memang tidak dirancang seperti sebelum ini, ianya cuma dirancang dalam masa 2-3 hari. Mereka yang sama-sama datang  melepak  kali ini ialah Pejuang Cinta, Jejaka Terhangat, Naz Zan , Feeza Macho , Beauty Lover , Gadis Terbilang.

Aku bertolak dari wangsa maju pukul 9:20 pagi, tapi percaya tak aku sampai stesen LRT kelana jaya kul 12 tengah hari sebabnya terlupa nak bawa cenderahati yang kyo tinggalkan  untuk bagi kat geng bcr yang lain. PC, BL dan GT terpaksa tunggu lama kat stesen kelana jaya.



Selepas tu semua bertolak ke sunway piramid dengan menaiki teksi. Sampai sana dalam kul 12:30 tengah hari, terus menuju ke tempat bowling yang sementara menunggu yang lain sampai. Selepas itu baru pegi makan dan menuju ke untuk bermain ice skating. Pengalaman yang pertama bermain ice skating memang terbaik, walaupun berkali-kali jatuh.


 

p/s : gambar disedut dari bl ..

Sahabat MaafkanKu

Assalamualaikum...
 
Maaf, 
 mungkin selama ini aku  bukanlah sahabat yang baik.

Maaf, 
Mungkin selama ini aku sering melalaikanmu.

Maaf,
Mungkin selama ini ada bicaraku yang membuat kau pedih 


Maaf,
Mungkin selama ini aku sering tidak memahami kau.

Maaf aku hanya hamba yang biasa,
Kerana kelemahanku itu sering aku panjatkan doaku padaMu.

Moga Allah selalu menyayangimu kerana siapa pun kamu, kamu itu SAHABATKU.

Segmen : Aku Mahu Readers Setia !


Assalamualaikum.


Ini merupakan segmen pertama menawarkan hadiah cs join selepas ditag oleh Beauty Lover dan MOon . Jom tengok apa yang perlu dilakukan untuk join segmen ini. 

1 ) follow blog fya  kalau rasa nak. terserah :) dan like fan page fya kalau sudi :)

2 ) buat tajuk entry : Segmen : Aku Mahu Readers Setia serta letakkan banner segmen di entry anda. pastikan banner tersebut di link kan kembali kepada link entry fya.

3 ) letak minima 1 link dan maksima 3 link entry dari blog anda sendiri dalam entry tersebut yang korang rasa terbaik untuk kawan - kawan lain klik, komen. dengan ini, entry yang anda letakkan tadi akan mendapat trafik dalam masa yang sama :) dan bila anda mampu buat sesiapa tertarik, sekaligus akan memfollow blog anda. dah menyelam sambil minum air, kann ? :) fahamm ?


2 - WW - Nikah 



Tag beberapa blogger ...


SAGUHATI

peserta yang bertuah akan menerima :

1 ) topup RM 10 x 2
2 ) hadiah misteri x 3
3 ) edit full blog x 2
4 ) review blog x 6

total pemenang : 13 orang

SiaP!!!



Nescafe + Bored = Fruit Ninja

Assalamualaikum.
Jam dah masuk pukul 5 pagi waktu Malaysia sewaktu aku mula menaip entri ni.  Nescafe merupakan salah satu minuman yang berguna jika digunakan pada waktu dan situasi yang sesuai, contohnya study week, assignment mengunung dan memandu. Tetapi malangnya aku menikmatinya sebelum aku masuk tidur. Jadi sampai sekarang aku tak boleh nak lelapkan mata dan mata ini pun masih segar seperti baru saja menikmati tidur yang cukup.


Bila dah segar macam ni sewaktu ramai rakyat Malaysia tidur sudah pasti kebosanan akan menyerang. Terdapat banyak jalan untuk menyelesaikan masalah bosan yang aku hadapi ini. Antaranya ialah dengan berblogwalking, menaip entri dan bermain game. Aku dah buat 2 benda dan 1 benda masih dalam proses iaitu menaip entri. Bermain game adalah jalan penyelesaian terakhir sewaktu aku tengah membaringkan diri. Oleh sebab kemalasan aku untuk menghidupkan semula laptop ini selepas dimatikan. terpaksa hidupkan sebab nak buat entri ni. Aku membuat keputusan untuk mengemaskini game yang ada dalam handphone. Tiba-tiba datang idea untuk mendownload game fruit ninja. Idea sebenarnya datang 2-3 hari lepas masa aku tengok ada sorang mamat ni main game tu menggunakan ipad tablet dia. 



Game ini bukan sahaja boleh dimainkan pada ipad tablet, iphone malah boleh juga dimainkan pada laptop dan PC. Terdapat tiga mod berbeza dalam Fruit Ninja ini seperti Classic, Zen dan juga Arcade Mode sama seperti yang terdapat pada telefon pintar anda. Untuk memuat turun secara percuma anda boleh memuat turun pada link. Game ini agak menarik bagi aku sebab ianya tidak terlalu mencabar. Kalau nak main untuk hilangkan kebosanan tu memang sesuai sangat game ini. Selamat mencuba.