CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Nescafe + Bored = Fruit Ninja

Assalamualaikum.
Jam dah masuk pukul 5 pagi waktu Malaysia sewaktu aku mula menaip entri ni.  Nescafe merupakan salah satu minuman yang berguna jika digunakan pada waktu dan situasi yang sesuai, contohnya study week, assignment mengunung dan memandu. Tetapi malangnya aku menikmatinya sebelum aku masuk tidur. Jadi sampai sekarang aku tak boleh nak lelapkan mata dan mata ini pun masih segar seperti baru saja menikmati tidur yang cukup.


Bila dah segar macam ni sewaktu ramai rakyat Malaysia tidur sudah pasti kebosanan akan menyerang. Terdapat banyak jalan untuk menyelesaikan masalah bosan yang aku hadapi ini. Antaranya ialah dengan berblogwalking, menaip entri dan bermain game. Aku dah buat 2 benda dan 1 benda masih dalam proses iaitu menaip entri. Bermain game adalah jalan penyelesaian terakhir sewaktu aku tengah membaringkan diri. Oleh sebab kemalasan aku untuk menghidupkan semula laptop ini selepas dimatikan. terpaksa hidupkan sebab nak buat entri ni. Aku membuat keputusan untuk mengemaskini game yang ada dalam handphone. Tiba-tiba datang idea untuk mendownload game fruit ninja. Idea sebenarnya datang 2-3 hari lepas masa aku tengok ada sorang mamat ni main game tu menggunakan ipad tablet dia. 



Game ini bukan sahaja boleh dimainkan pada ipad tablet, iphone malah boleh juga dimainkan pada laptop dan PC. Terdapat tiga mod berbeza dalam Fruit Ninja ini seperti Classic, Zen dan juga Arcade Mode sama seperti yang terdapat pada telefon pintar anda. Untuk memuat turun secara percuma anda boleh memuat turun pada link. Game ini agak menarik bagi aku sebab ianya tidak terlalu mencabar. Kalau nak main untuk hilangkan kebosanan tu memang sesuai sangat game ini. Selamat mencuba. 


8 pendapat bernas:

hahhhaah igt nak pomot kopi ape tadi...XD ok game :yes

 

patut letak nama game dulu kan...haha...

 

Assalamualaikum cs...
xsuka sgt nescafe..time exam je minum...itupun klu terpaksa...sbb takut ada kesan sampingan bila dah tua nanti..hahaha... mcm menarik je game ni..nak try gak lah...

 

alep - ce try main..

miss ct - waalaikumussalam ...memang best... ^_^

 

hurmmm~ terbau wangi nya kopii :D

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?f08b0c3e6d1f389fe6c596bda5b26b0a