CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Kecelaruan Personaliti

Assalamualaikum.
Kecelaruan personaliti (split personality) atau  disebut "Dissociative identity disorder" merupakan salah satu diagnosis psikiatri dan menerangkan keadaan dimana seseorang itu memaparkan identiti yang berbeza atau personaliti yang berbeza. Kecelaruan personaliti ini merupakan salah tu daripada penyakit psikologi. Kecelaruan personaliti dalam maksud mudah ialah apabila seseorang mempunyai dua atau lebih personaliti dalam masa yang berbeza. Kadangkala mereka akan muncul baik, dan tanpa sebarang amaran mereka akan berubah menjadi seorang yang negatif.

Kecelaruan personaliti ini boleh dibahagikan kepada empat iaitu :
 
Pertama: Ciri-ciri Personaliti Pradominan: Ganjil dan Esentrik
 
1.Kecelaruan Paranoid - memaparkan tingkah laku ganjil seperti mengesyaki org lain, tidak mempercayai orang, sensitif dan selalu menyalahkan org lain.

2. Kecelaruan personaliti skidzoid - ketidakpusan hati dalam membentuk hubungan emosi yg baik dengan orang lain dan mempunyai beberapa kawan rapat yang terpilih yang tidak ramai.

3. Kecelaruan Personaliti Skizotipal - menunjukkan gaya komunikasi , fikiran dan aksi yang aneh . Individu ini sering memencil diri daripada berinteraksi sosial, tidak banyak mengadakan hubungan peribadi yg bermakna, mengelak diri drp berinteraksi, sensitif, pentingkan diri dan pertuturan juga tidak jelas .



4. Kecelaruan personaliti pengelakkan - satu kecelaruan yang menjelaskan tentang seseorang individu yang sering mengelak daripada mengadakan hubungan intim kerana bimbang ia tidak akan diterima oleh orang-orang tertentu.


Terdapat banyak punca terjadinya kecelaruan personaliti ini , antaranya ialah :

- Faktor biologi -  genetik, ketidakseimbangan hormon dan pemakanan.
 
- Faktor pembelajaran serta proses pelaziman yang tidak sesuai.
 
- Faktor Psikososial - kejadian trauma pada zaman kanak-kanak seperti dipukul, kemalangan atau kematian ibu bapa. Pengalamann ini akan menyebabkan satu trauma psikologi yang tidak mudah luput. Tekanan hidup lazimnya akan menyebabkan trauma yang dialami pada masa yang lampau itu timbul semula. 

sumber : wikipedia

29 pendapat bernas:

teringat aku cerita Ayu Suraya kat astro. huhuhu. agaknya dia tu kategori mane ek?

 

kategori kecelaruan personaliti skizoid :idea

 

tetibe rs seram plak...hahhahhaa :),,org yg hipokrit tu cane plak??muahahhahaa,,,depan baik blakang kutuk...cam kecelaruan gak tu..muahhahaa

 

hipokrit tu rasanya macam orang tu sengaja baik didepan dan sebaliknya dibelakang...jadi ianya bukan salah satu daripada masalah psikologi diatas.... ^_^

 

klau dh smpai ketahap bahaya ,individu yg ada mslh ni bole membunuh ye..

 

org mcm ni tk knl diri sendri kot cs...kan..:)

 

wahhhh info terbaik... :hihi bl tade kot XD hakhak

 

saiful bahtiar - kita tidak dapat jangka tindakan mereka...

aisya - a'ah...diorang sendri pun tak tahu yang diorang ada penyakit ni...

shiqin - terima kasih... betul ka tak da shiqin ... ^_^

 

maknanya dia tak kenal diri dia sendiri la ye??
kalau dia buat apa2 dia ingt tak??
jadi cemana ye kalau dia jadi ali lepas tu dia sembahyang.
lepas tu ahmad yang juga diri dia tu,pun semabahyang jugak 15 minit kemudian..heheheh

 

tringat novel time form 3 dulu. Dr. Jekyl & Mr. Hyde. xD

 

Apsal ada 3 je.. kata ada 4...

 

ni copy bulat2 dalam wiki ke camne?

btw, proses pelaziman tu menatang apa?

 

!tidak rse cm sy pon split personality !tidak

 

diana - dia tak ingat apa2...kesimpulannya dia telah solat 2 kali pada waktu tersebut.

rulee - novel kita tak sama rasanya...dulu cs belajar the prisoner of zenda ...

cik azz - terima kasih atas teguran...dah tambah 1 lagi... ^_^

kyo - Olah sikit2 dari wiki...
proses pelaziman maksudnya proses pemahaman...

mss ieza - cepat2 dapatkan nasihat dari pakar psikologi.

 

kusut kusut. sy yg mana ? haha.

 

fya - takdapat dikesan...haha..

 

<-- tak tahu siapa aku :entah //

 

woooo kecelaruan ketika membaca....
erti kata laen trauma kan cs? :idea


:blur @_@

 

apehal macam ade sikap2 tu kat aku :erk


tp aku normal lah :erk

:bunuh cs :nah :lari :hoho

 

sila dapatkan nasihat pakar psikologi untuk kepastian... ^_^

 

nice info... hehe.. org yg byk personaliti dikenali sbg MPD. multiple personality disorder...adalah disarankn agr brjumpa dgn pakar psikologi dgn segera-

 

bagus2. teringat novel. mandatori 302. fuh ramlee awang murshid mmg terbaik ! :D

 

Paling bahaya yang paranoid bagi saya.

 

subjek peberet.. psikologi :D

 

teringat bace novel Fiksyen 320 karya Ramli Awang murshi.. seram kowt bace cerita orang yang macam ni...

 

BARU MENGALAMI MALAM TD..
TKEJUT BILA BCAKAP DLM HP DGN BAKAL SUAMI KU TBE2 DGR DIA BERBISIK N MREPEK YG BUKAN2..SGT2 MNAKUTKAN..
BILA TALIAN TIBA2 TPUTUS,SY CALL SEMULA N BTANYE PD DIA KNP DIA MREPEK BUKAN2..DIA CKP TAK ADA CAKAP MACAM TU PN..
DIA XSDAR LGSUNG..
ADAKAH TU ORG YANG SPLIT PRSNALITY..
ARGGHH BUNTU..

 

kalangan mereka ni bkn ssh nk di jngka klo kita benar2 mgenali mereka..kdngkala mereka mpnyai nama sifat dan suara y berlainan..bleh kata ada y baik ada juga buruknya..xsmua mpnyai sifat y jahat atau bleh mmbunuh..(bdasarkan pgalam sndri).