CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

6 Fakta Menarik Mengenai AES


Assalamualaikum.

Pada tahun 2011, sebanyak 450,000 kemalangan jalan raya telah dicatatkan di negara kita. Hampir 7,000 pengguna jalan raya telah maut dengan kadar purata sebanyak 18 hingga 19 kematian setiap hari. Dari inilah wujud Sistem Penguatkusaan Automatik (AES) yang memainkan peranannya. Sistem ini kini beroperasi dan berikut terdapat beberapa fakta yang patut diketahui mengenai AES. 


- AES mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik menggunakan sistem termaju dimana kamera diletakkan di beberapa kawasan kerap berlaku kemalangan.


- Ia merupakan sebuah sistem yang terbukti yang kini digunakan di banyak negara antaranya ialah Perancis, Jerman dan Australia.


- Sistem ini bukanlah kamera yang tersembunyi! Amaran yang mencukupi dalam bentuk papan tanda akan diletakkan sebelum pengguna jalan raya memasuki zon AES.


- AES membantu inisiatif penguatkuasaan lalu lintas dengan memastikan kaedah mengesan kesalahan yang tepat. 


 - Sistem ini boleh mengesan beberapa kenderaan secara serentak yang melakukan kesalahan pada bila-bila masa. 


- Buat masa ini, sistem ini digunakan untuk mengesan mereka yang melebihi had laju dan melanggar lampu merah. (merupakan kesalahan trafik paling kerap).


Jadi sentiasa awasi kelajuan kenderaan  dan patuhilah semua peraturan lalu lintas. Jadikanlah jalan raya lebih selamat untuk semua pengguna. Untuk mengetahui senarai penuh lokasi pemasangan AES seluruh negeri boleh rujuk sini.



6 pendapat bernas:

CS typo :hah ...sistem yang terbuktim yang kini...

 

tak perasan pula ... dah betulkan ... :cool

 

dengar cite ramai komplen pasal signboard bagitau ada AES tu..

 

OWHH DIA TAK TERSEMBUNYI YE...HUHU...so boleh bersedia dulu...hihihi...langgar lampu merah?? urmm urmm...

 

actually kt malaysia takde signboard ckp ada AES kt depan..tak caya g kt AES sebelum simpang kuar kajang..patut letak lah signboard..baru tmpt yg slalu accident tu takde org bawak laju lagi...bg yg degil baru lah saman..nk tiru negara luar tp tak tiru abis...