Assalamualaikum.
Apa khabar semua ?? Setiap pembeli pasti mahukan kualiti yang terbaik pada harga yang murah pada setiap benda yang dia mahu beli. Aku pun macam tu juga, mahukan yang terbaik. Hari ini aku nak fokuskan kepada pembelian telefon bimbit. Kebiasaannya perkara pertama yang akan ditanya oleh orang kedai tu adalah budget dan fungsi yang kita mahukan untuk membeli. Perkara kedua adalah adakah kita nak beli hp jenis AP atau ORI. Kalau seseorang itu dah tahu mengenai kebaikan kedua-duanya mesti lagi senang dia nak beli tapi pada yang tidak mengetahui perbezaan itu pasti akan mengalami sedikit masalah. Jadi didalam entri kali ini aku cuba nak jelaskan sikit mengenai perbezaan keduanya.
Set Ori
- Pengedar sah bagi nokia adalah Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
- Pengedar sah bagi Sony Ericsson T-Choice, Grandtech, Midlands and Thorus.
- First Mobile Group (FMG) merupakan pengedar sah bagi telefon Samsung.
- FMG memberikan jaminan selama 18 bulan.
- Pengedar sah bagi Motorola adalah Satellite Technics, Zitron dan MDM.
- Pengedar sah bagi Siemens adalah Zitron dan FMG.
- Pengedar sah bagi Panasonic's adalah Zitron.
- Pengedar sah bagi LG's adalah Zitron.
- Anda boleh service@baiki telefon dimana-mana branch@centre (Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres...)
- Jaminan selama 1 tahun untuk charger, battery, handsfree.
- Komponen tulen digunakan semasa membaiki.
Set AP
- AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh syarikat pengeluar handphone.
- Biasanya diimport dari luar negara dan dijual kepada pelanggan.
- Set AP diberikan jaminan oleh syarikat seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax...etc
- 1 tahun jaminan untuk telefon dan 1 bulan untuk aksesori charger, battery, handsfree.
- Kena kembali kepada kedai yang dibeli oleh melakukan sebarang pembaikian@penyelenggaraan.
Ada banyak lagi yang mungkin aku tak senaraikan kat sini. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih boleh klik sini. Membeli AP set atau original adalah bergantung kepada personaliti anda dan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai budget lebih, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap kerosakan handphone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangat cerewet tentang handphone maka Original set sepatutnya menjadi pilihan anda.