assalamualaikum dan salam sejahtera...
berdasarkan apa yang aku baru baca kat laman web kosmo tadi harga makanan di kedai mamak akan dinaikkan mulai tahun hadapan...kenaikan ini disebabkan para pengusaha tidak dapat menanaggung kos harga barangan yang semakin meningkat akibat dari kenaikan harga minyak...
KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan. Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus.Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah.
rasanya pulau pinang yang akan paling terasa kesannya sebab kebanyakkan kedai makanan mamak berada di pulau pinang...walaupun mungkin hanya dinaikkan pada kadar 5-10 % ianya tetap memberikan kesan kepada harga makanan tersebut...lepas ini kalau nak makan pun kena berjimat dan kena demand...