CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Sujudku hanya PadaMu

assalamualaikum...
alhamdulillah ada lagi idea yang muncul untuk aku menulis kat blog yang tak seberapa indah ini...
kali ini aku nak share pasal sujud...sujud merupakan ibadah yang tertua di dunia...ok mari mulakan...
Sujud merupakan perkataan Arab yang boleh disama ertikan dengan perbuatan meletakkan dahi, hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua perut anak jari-jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan tertentu kerana Allah pada waktu dan masa-masa tertentu. 

Dalil Al-Quran mengenai sujud :
   "Wahai orang-orang yang beriman! rukuklah dan sujudlah kamu kepada Tuhan kamu(Allah) dan perbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan". (Surah Al-Hajj ayat: 77).

"Maka hendaklah kamu sujud tunduk kepada Allah dan beribadahlah sekalian kamu". (Surah Al-Najmi ayat 62).

 "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu (Allah) dan jadilah kamu dari golongan orang-orang yang sujud"

Dalil Hadis mengenai sujud : Dalil hadith: dari Ibn Abbas ra “aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: di atas dahi Nabi SAW menunjukkan ke arah dahinya, kedua-dua belah tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki,” [HR Bukhari dan Muslim].

Jenis-jenis Sujud:

1- Sujud solat fardu 
Sujud ini dilaksanakan ketika mendirikan solat fardhu

2- Sujud Sahwi
Sujud sahwi merupakan sujud yang dilakukan kerana tertinggal salah satu rukun solat.

3- Sujud Tilawah
Sujud Tilawah ialah sujud kerana disebabkan bacaan dalam al-Quran, hal ini menerangkan apabila seseorang itu membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran yang termasuk dalam kumpulan ayat-ayat Sajadah yang sebanyak lima belas tempat semuanya, maka pada waktu itu dituntut pembaca dan pendengarnya supaya sujud sekali sahaja dan boleh juga dilakukan dalam solat yang dikenali dengan nama sujud sajadah.

4- Sujud Syukur

Sujud Syukur bererti sujud kerana mengucapkan Syukur pada Allah serta berterima kasih kepadaNya kerana diberikan kemenangan, kejayaan dan menerima sesuatu perkara yang mengembirakan seperti selamat dari bencana dan mara bahaya, maka ekoran itu patutlah bagi Muslim itu sujud sekali sahaja sebagai menadakan kesyukurannya itu kepada Allah Taala.
Hadis berkaitan sujud Syukur yang bermaksud:
"Daripada Abi Bakrah Ra.Bahawasanya Nabi SAW adalah apabila mendatangi akandia oleh sesuatu yang menyukakannya lantas ia turun sujud (sujud syukur) kerana Allah".

5- Sujud Para Malaikat
Sujud para malaikat adalah kerana menghormati Nabi Adam a.s. dan bukan menyembah -- Iblis tidak mematuhi arahan Tuhan ini kerana merasa dirinya besar dan mempunyai kelebihan berbanding manusia.
Imam Al-Maghari berkata di dalam tafsirnya, selepas Allah s.w.t. mengkhabarkan kepada malaikat berhubung kedudukan Adam yang dijadikan sebagai khalifah di muka bumi, lantas Allah memerintahkan mereka sujud sebagai tanda hormat, bukan ibadat sebagai mengiktiraf kemuliaan Adam dan sebagai pernyataan bersalah terhadap apa yang mereka katakan sebelumnya.

Syarat dan Rukun Sujud
Ketika ingin melaksanakan ibadah sujud kepada Allah, syarat-syarat dan rukun-rukun sujud itu hendaklah dipatuhi dan dipenuhi keseluruhannya agar permintaan kita dan sujudnya kita itu diterima Allah hendaknya.
Syarat-syarat sujud adalah:
  • Suci dari hadas kecil dan hadas besar
  • Suci dari sebarang dan segala najis
  • Sujud dengan menghadap Qiblat
  • Menutup aurat
Rukun-rukaun sujud adalah:
  • Niat sujud
  • Takbir(dengan membaca Allahu Akbar)
  • Sekali sujud (kecuali sujud pada solat fardhu dan sujud sahwi)
  • Bangun dari sujud
  • Memberi salam
  • Tertib

akan ku tinggalkan cintaku terhadap manusia ketika ku bersujud....
setakat itu saja untuk kali ini...insyaAllah akan bersambung lagi mengenai topik sujud...
assalamualaikum..



1 pendapat bernas:

tenang sangat bila bersujud..
terasa dekat dgn di Dia cinta hakiki :)