assalamualaikum...
KANGAR 23 April - Seorang pelajar tingkatan dua yang ponteng sekolah bersama lima rakannya ditemui mati dalam gaung di kawasan berbukit di Telok Lalang, Sungai Batu Pahat, dekat sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritenden Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, mayat Mohd. Ridzuan Baharom, 14, yang parah di bahagian muka dan kepala, ditemui polis tersangkut pada pokok pukul 12.30 tengah malam tadi.
Pelajar itu yang menuntut di sebuah sekolah menengah di Abi di sini, disedari hilang oleh keluarganya setelah tidak pulang ke rumah pukul 6 petang semalam dan kakaknya membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada pukul 7 petang, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, polis bersama penduduk kampung itu melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan mengenai kehilangannya. - Bernama
innalillahiwainnailaihirojiun...ajal tidak akan menunggu sesiapa...
tidak kira dalam apa keadaan sekalipun...
wassalam..
4 pendapat bernas:
innalillah...hidup dan mati di tangan tuhan..bila2 sahaja kita akan mati..Allah maha berkuasa
sedih tgk berita
lebih kurang kes keluar asrama kena gilis dengan train dulu
2 lar...semoga rohnya dicucuri rahmat...
Post a Comment