CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

salah polis?

assalamualaikum...



SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki disyaki penyamun mati ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini semalam.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, dua kereta peronda polis bersama empat anggota dikatakan bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tarian 11/2 di sini.
"Anggota polis meminta pemandu kereta itu berhenti namun kereta itu dipecut laju menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut."Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan di Jalan Makyong," kata beliau di sini semalam. Menurut Khalid, seorang daripada lelaki itu dapat keluar dari kereta dan melarikan diri menyebabkan dua anggota polis mengejar lelaki itu. Dua lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis. "Salah seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri telah melepaskan tembakan mengenai pemandunya. "Pemandu kereta itu, Aminulrashid Amzah, 15, mati terkena tembakan," kata beliau. petikan kosmo
takziah buat keluarga Aminulrashid Amzah...kes ini masih lagi dalam siasatan polis...wassalam

2 pendapat bernas:

tapi belum tentu dia betul2 penjenayah, kan? huhu... AL-Fathihah..


Purple Untuk Kejayaan

 

ibu bapa perlu tahu anak pergi mana..dah 2 pagi..nasib polis macam cikgu juga..bila pukul anak orang ibu bapa datang defend anak..ni yang susah