assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi idea nak wat entry untuk malam ni...haha...
entry kali ini nak cerita pasal drama SENJA PERMAI DI ASTRO PRIMA...ada tak sapa2 yang tengok crita ni..
Sipnosis
Kisah tiga buah keluarga ini bermula dengan Rahman (lakonan Norman Hakim) yang mengambil keputusan untuk kembali ke tanahair bersama isterinya Shazlina (lakonan Marissa Yasmin) dan anak-anak mereka; Danial (lakonan Aeril Zafrel) dan Yasmine (lakonan Nurul Elfira Loy) selepas lapan tahun mencari rezeki di dalam bidang perbankan di kota New York. Zahirnya keluarga Rahman nampak tenang, namun ada konflik yang membakar. Shazlina yang pernah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki Barat telah meninggalkan parut yang amat dalam di jiwa Rahman. Sejak kembali ke Kuala Lumpur, soal kecurangan Shazlina ditanam sama sekali, namun itulah barahnya. Shazlina sering merasa dipinggirkan, lalu membangkitkan azamnya untuk bekerja semula. Danial dan Jasmine pula sejak awal membangkang untuk kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan kehidupan yang lebih berwarna di New York. Maka, Senja Permai seolah-olah “neraka” buat mereka. Dalam pada itu, Danial mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik namun tidak direstui Rahman. Tidak lama kemudian, sinar Senja Permai mula terbit buat Danial apabila dia makin meminati Ayeesha, anak kepada jiran mereka Nik Mazlan. Sayangnya Ayeesha sudah berpunya. Jasmine pula mengalami masalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru dari segi bahasa, sekolah dan kawan-kawan sehingga sering menjadi mangsa buli. Dia berasa begitu terasing dan seringkali merancang untuk pulang ke kota New York.
Sementara itu, seiring namanya yang bermaksud singa, Nik Mazlan (lakonan Hafizuddin Fadzil) adalah seorang ayah yang tegas kepada tiga anaknya, Ayeesha (Ainul Aishah), Adeena (lakonan Lisa Loy) dan Ameena (lakonan Erin Ezzryn) serta suami kepada Khaleeda (lakonan Dian P.Ramlee). Konflik awal buat dirinya ialah dia tidak dihormati oleh seorang pegawai wanitanya, Laila, sekaligus mencabar egonya. Dia enggan mengakui kelemahan, namun hari demi hari, Nik Mazlan mula merasai keserasian dengan Laila yang membuatkan isterinya, Khaleeda rasa terpinggir. Lantas Khaleeda mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran yang akhirnya merungkai rahsia besar Nik Mazlan. Ayeesha pula menjalinkan hubungan dengan lelaki berumur dan ini amat tidak disenangi Nik Mazlan dan Khaleeda. Adeena, anak kedua mereka yang berjiwa romantik, telah jatuh cinta pandang pertama pada Danial. Berusaha keras untuk mencurahkan rasa cinta pada Danial, namun cintanya bukan sahaja tidak dibalas malah Adeena merasakan diri dikhianati apabila Danial menjalinkan hubungan dengan orang yang rapat dengannya. Manakala, Ameena, anak yang paling dimanjai keliru antara persahabatan dan percintaan.
Kisah di Senja Permai ini tidak lengkap tanpa watak Hairi (lakonan Faizal Hussien) seorang ahli perniagaan berjaya yang kelihatan baik hati, alim dan pemurah. Namun hakikatnya, Hairi adalah seorang yang licik memperdaya ramai orang melalui skim cepat kayanya. Sikap baik hati dan pemurah hanyalah topeng kepada kejahatannya. Hairi laparkan penghormatan, kekayaan dan nama. Baginya status adalah segala-galanya. Namun, kasihnya terhadap isteri tercinta, Mimi (Zarina Zainuddin) amat tulen. Mimi umpama permata Hairi. Mimi, berusia lewat 20-an, juga dahagakan status. Mimi sanggup melakukan apa saja untuk menyertai golongan elit dan ternama. Walaupun beberapa kali dipinggirkan dan menjadi bahan jenaka, Mimi tetap berusaha. Hairi dan Mimi belum dikurniakan anak, namun itu tidak pernah menjadi konflik perhubungan mereka.
Pelbagai kisah yang berlegar di sekitar keluarga Nik Mazlan, Rahman dan Hairi akan dirungkai secara teliti dalam setiap episod yang pasti akan membuat penonton terpaku untuk menyaksikan kesudahan setiap konflik yang berlaku.
tapi drama ini episode akhir minggu lepas...overall best gak crita ni...pada yang nak tengok bolehlah singgah lar youtube...setakat itu saja untuk kali ini...wassalam...
0 pendapat bernas:
Post a Comment