CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

adamaya free download

assalamualaikum...alhamdulillah pada post ini nak kongsi dengan blogger link untuk download free drama adamaya akt tv3. Rasanya ramai yang tahu pasal cerita ini jadi mungkin ada yang berminat nak download. Jadi nak share link dengan yang lain. klik sini untuk ke laman web. Sebelum download kena register dulu. Register free sja jangan risau. Koleksi dari episod 1 hingga 13.



view dari laman web tersebut...sekadar ingin berkongsi...assalamualaikum...

Solat Jumaat, Musafir dan Beberapa Isu Berkaitan.

assalamualaikum.Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu dalam blog ini...Pertama sekali apa hukum solat Jumaat bagi orang musafir.
Menurut pendapat majoriti fuqaha, seseorang yang menghadiri suatu perjalanan atau musafir yang mencukupi syarat-syarat mengqasarkan solat, tidak diwajibkan untuk menghadiri solat Jumaat. Ini adalah kerana tidak diterima sebarang riwayat bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ada melaksanakan solat Jumaat dalam mana-mana ekspedisi atau peperangan atau perjalanan yang beliau lakukan sepanjang hidupnya. Ini juga dicontohi oleh para sahabat beliau radiallahu-anhum di mana tidak dinukilkan sebarang riwayat dari mereka, samada ketika masa kehidupan Nabi atau selepas kewafatan beliau, bahawa mereka ada melakukan solat Jumaat ketika musafir.
Walaubagaimanapun amat dianjurkan seseorang yang bermusafir itu agar tetap berusaha untuk menghadiri solat Jumaat berjemaah sebagai mengelak dari pergeseran dengan pendapat lain yang mengatakan solat Jumaat tetap wajib sekalipun bagi orang musafir. Pendapat yang mewajibkan ini berhujah atas dasar bahawa tiada nas atau dalil sahih yang mengatakan bahwa seseorang yang musafir tidak perlu menghadiri solat Jumaat. Oleh kerana tiada dalil yang mengecualikan suasana musafir, maka hukum solat Jumaat ini kembali pada perintah asal, iaitu tetap wajib bagi semua orang, mastautin mahupun musafir.
Tambahan lagi Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tidak mengecualikan seorang musafir dari solat Jumaat tetapi hanya mengecualikan mereka yang terdiri daripada [1] wanita, [2] budak belum baligh, [3] orang sakit dan [4] hamba sahaya. Sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam Jumaat adalah benar, wajib atas semua umat Islam dengan berjemaah kecuali empat golongan - hamba sahaya, wanita, anak-anak atau orang sakit. 
Adapun riwayat yang berbunyi Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka wajib ke atasnya solat Jumaat kecuali wanita atau orang musafir atau hamba sahaya atau orang sakit adalah tersangat daif kedudukannya, demikian juga sebuah lagi riwayat lain yang bermaksud Tidak wajib Jumaat atas orang musafir adalah juga daif kedudukannya. Kedua-dua hadith yang daif ini tidak boleh dijadikan hujah pegangan atau sumber rujukan hukum.
Justeru itu sekalipun majoriti para fuqaha berpendapat bahawa solat Jumaat tidak wajib ke atas orang musafir, tetapi sebagai pilihan yang selamat lagi dipertengahan, adalah amat disyorkan bagi seseorang itu untuk tetap berusaha menghadiri solat Jumaat berjemaah. Anjuran ini menjadi lebih berat mengingatkan banyaknya fadilat-fadilat Hari Jumaat itu sendiri beserta keutamaan solatnya, sebagaimana yang banyak dipesan oleh baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Tambahan lagi solat Jumaat di kala musafir membuka peluang untuk kita berkenalan dengan komuniti tempatan dan beramah mesra lagi memperluaskan hubungan sesama umat.
Kedua - Solat Jumaat dengan jumlah jemaah yang kurang dari 40 orang.
Adakalanya apabila kita menghadiri solat Jumaat di masjid-masjid atau surau-surau di negara-negara di mana umat Islamnya wujud sebagai kaum minoriti, kita akan dapati solat Jumaat mereka dihadiri oleh bilangan jemaah yang kurang dari 40 orang. Maka dalam suasana ini bagaimanakah hukum solat Jumaat tersebut mengingatkan kepada pendapat masyhur tempatan yang mengatakan bahawa bilangan minimum bagi jemaah solat Jumaat adalah 40 orang ?
Dalam hal ini penulis tidak akan membicarakan hukum solat Jumaat yang dihadiri kurang daripada 40 orang tetapi sebaliknya akan mengupas dasar rujukan bilangan 40 itu sendiri. Pendapat yang mengatakan bahawa jumlah minimum jemaah solat Jumaat adalah 40 orang adalah berdasarkan kepada hadith berikut ini:
Abdurrahman bin Ka'ab menceritakan bahawa apabila ayahnya mendengar seruan azan hari Jumaat, dia mendoakan rahmat untuk As'ad bin Zurarah. Maka aku (Abdurrahman) bertanya kepada ayahku: Apabila engkau mendengar seruan azan lalu mengapa engkau mendoakan rahmat untuk As'ad bin Zurarah ?
Jawab ayahku: Kerana dialah yang pertama kali melakukan solat Jumaat bersama kami di Hazm Annabit, terletak di tanah berbatu Bani Bayadhah, iaitu di Naqi'ul Khadhamat.
Aku bertanya: Berapa orang (yang hadir) ketika itu ?
Jawab ayahku: 40 orang.
Hadith di atas dijadikan sumber rujukan oleh pihak yang berpendapat bahawa jumlah minimum bagi jemaah solat Jumaat adalah 40 orang. Walaubagaimanapun pengkajian mendalam oleh ahli-ahli hadith serta fiqh mendapati bahawa hadith di atas tidak boleh dijadikan sumber patukan hukum 40 orang sebagai bilangan minimum kerana hadith tersebut hanya menyatakan jumlah jemaah yang hadir dan tidak pula membatasi jumlah tersebut. Justeru itu hadith di atas tidak boleh dijadikan hujah bagi menghadkan bilangan minimum jemaah bagi satu-satu solat Jumaat yang dilaksanakan. Imam asy-Shaukani menulis: Bahawa tidak ada pengertian di dalam hadith di atas untuk mensyaratkan 40 orang, sebab kisah di atas adalah satu kejadian yang terjadi secara kebetulan. Telah ditetapkan dalam ilmu usul bahawa kejadian secara kebetulan tidak boleh dijadikan hujah untuk hal-hal yang bersifat umum.
Selain itu pihak yang menghadkan jumlah minimum 40 orang juga merujuk kepada atsar sahabat berikut ini, di mana Abdullah ibnu Mas'ud radiallahu-anhu telah diriwayatkan berkata: Kami solat Jumaat bersama Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan aku (Ibnu Mas'ud) adalah orang terakhir yang datang sedang jumlah kami adalah 40 orang laki-laki.Atsar ini juga tidak boleh dijadikan rujukan tepat kerana ia hanya menceritakan secara kebetulan bahawa jumlah jemaah adalah 40 orang dan bukannya pula mensyaratkan jumlah minimum 40 orang.
Apa yang benar dalam hal ini adalah - tidak ada jumlah minimum bilangan jemaah yang disyaratkan oleh syari'at bagi mensahkan sesuatu solat Jumaat itu. Dalam beberapa riwayat-riwayat lain jelas tertera bahawa solat Jumaat pernah didirikan di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dengan jumlah yang kurang dari 40 orang.
Pernah sekali suatu rombongan perdagangan dari Syam tiba di kala Nabi sallallahu-alaihi-wasallam sedang memberi khutbah solat Jumaat lalu para jemaah terus keluar dan menuju kepada rombongan tersebut sehingga yang tertinggal di masjid hanya 12 orang sahaja. Solat Jumaat itu diteruskan dengan jemaah yang 12 tersebut tanpa apa-apa halangan atau pembatalan dan tidak pula diulangkan.
Yang sahih adalah - apabila sahaja sesuatu solat Jumaat itu menepati syarat-syarat jemaah, iaitu ada imam dan ada makmum, maka itu adalah mencukupi sebagai syarat sah solat tersebut.  Imam asy-Shaukani menganalisa: Ketahuilah, tidak ada landasan dalil untuk mensyaratkan jumlah 80, 30, 10, 9 mahupun 7 orang, begitu pula sahnya Jumaat hanya dengan satu orang sahaja. Pihak-pihak yang menganggap sahnya Jumaat hanya dengan 2 orang sahaja beralasan bahawa jumlah ini adalah berdasarkan hadith dan ijma'. Mereka berpendapat tidak ada dalil yang mengsyaratkan jumlah tertentu padahal jemaah dalam solat apajua sudah sah hanya dengan 2 orang, tidak ada perbezaan antara solat Jumaat dan solat jemaah. Dan tidak ada nas dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bahawa solat Jumaat tidak sah kecuali dengan jumlah sekian-sekian orang. Pendapat inilah yang paling kuat dan rajih menurut saya.
Prof. Dr. Wahbah Zuhaili juga telah menulis: Jelas kepada pengarang bahawa sembahyang Jumaat perlu kepada perhimpunan jemaah. Apabila tercapai jemaah yang ramai mengikut kebiasaan maka diwajibkan sembahyang Jumaat dan hukumnya adalah sah. Dan tidak terdapat nas yang jelas yang mensyaratkan bilangan tertentu tetapi jemaah adalah syarat yang disepakati semua ulama' bagi sembahyang Jumaat kerana sudah maklum di dalam syara' bahawa jemaah itu terdapat ketika sembahyang.
Kesimpulan dalam perbicaraan ini adalah bahawa tidak ada jumlah minimum jemaah yang perlu untuk dijadikan syarat sah solat Jumaat. Asal sahaja dalam sesuatu perhimpunan itu menepati syarat jemaah, iaitu ada imam dan ada makmum maka itu adalah memadai. Sudah tentu semakin ramai jemaah semakin afdal solat tersebut tetapi ini adalah sekadar keutamaan dan bukan syarat ketetapan. Oleh itu seseorang yang menyertai solat Jumaat yang dihadiri oleh bilangan jemaah yang kurang dari 40 orang, samada di seberang mahupun di tanah air, maka solatnya itu beserta solat para jemaah lainnya adalah tetap sah.
Ketiga - Solat Jumaat dalam suasana jemaah yang penuh sesak.
Jikalau sebentar tadi kita membicarakan status hukum solat Jumaat dalam suasana bilangan jemaah yang sedikit, kini kita bicarakan pula status solat Jumaat dalam suasana jemaah yang ramai lagi penuh sesak sehingga menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud dengan sempurna. Adakalanya sesuatu komuniti itu mempunyai masjid yang kecil tetapi jumlah umat yang  ramai sehingga apabila tiba waktu solat Jumaat, masjid menjadi sempit lagi penuh sesak sehingga apabila seseorang itu hendak sujud, dia hanya dapat bersujud di atas belakang atau di atas kaki jemaah di hadapannya. Maka dalam situasi begini adakah sah solatnya ?
Menurut para fuqaha dari mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali, solat dalam suasana di atas adalah tetap sah sekalipun seseorang itu tidak dapat melakukan sujudnya dengan sempurna kerana ia dipandang sebagai satu kesukaran yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Ia dikaitkan umpama seorang pesakit yang disebabkan oleh keuzurannya, tidak dapat sujud dengan sempurna melainkan sekadar yang mampu.
Sekalipun dalam etika bersujud Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telahpun mensyaratkan cara-cara, posisi serta kedudukannya, tetapi syarat tersebut termasuk sesuatu yang dimaafkan jikalau ia tidak dapat dilaksanakan kerana sesuatu halangan atau kesukaran yang bukan disengajakan. Dalam hal ini kita teringat kepada sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Apa yang aku tegah kamu darinya maka hendaklah kamu jauhinya dan apa yang aku perintah kamu dengannya maka hendaklah kamu laksanakan sedaya mampu.
Kesimpulannya tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas orang musafir. Walaubagaimanapun amat dianjurkan untuk tetap menghadirinya sebagai pilihan terbaik antara dua pendapat serta kerana banyaknya fadilat solat itu sendiri. Tidak disyaratkan apa-apa jumlah minimum bagi bilangan jemaah solat jumaat. Solat Jumaat adalah tetap sah sekalipun seseorang itu tidak dapat sujud dengan sempurna disebabkan oleh suasana masjid yang terlalu sesak.

sehingga post yang akan datang...terima kasih kerana membaca....assalamualaikum...
sumber dari  laman web ni
\

Kelebihan Sujud Dari Aspek Perubatan

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi nak bersambung pasal sujud...kali ini kelebihan dari aspek perubatan...jom mulakan...

"Dan sebahagian daripada malam, maka bangunlah SUJUD kepadaNya dengan menyucikanNya di sepanjang malam". ( Al-Insan : 26 ).

Kadangkala mungkin kita akan merasa kurang selesa sekiranya imam sujud terlalu lama, tetapi tahukah kita bahawa disana ada rahsia 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan.
Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. 

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :  


1
) Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.


2) Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya. 
Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. 
Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T iaitu dengan mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita. Menurut DR. MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah:


1) Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).

2) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

3) Bernafas ketika sujud akan:

a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb)

c) Melegakan sakit hernia.

d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)

f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)

g) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

h) Meringankan bahagian PELVIS

i) Memberi dorongan untuk mudah tidur.

j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan 
perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

m) Mengurangkan kegemukan (obesity).

n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal 
serta terhindar dari sakit bergelombang perut convulsions).

o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

p) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.


q) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.


r) Kesan sujud seperti yang diakui fahaman agama lain umpama SIKH di PUNJAB, BUDDHA mengamalkan YOGA yang sujudnya hampir sama dengan cara sujud Islam.


setiap suruhan dari Allah s.w.t pasti ada kelebihan dari kekurangannya...assalamualaikum

sumber dari : laman web ini

Sujudku hanya PadaMu

assalamualaikum...
alhamdulillah ada lagi idea yang muncul untuk aku menulis kat blog yang tak seberapa indah ini...
kali ini aku nak share pasal sujud...sujud merupakan ibadah yang tertua di dunia...ok mari mulakan...
Sujud merupakan perkataan Arab yang boleh disama ertikan dengan perbuatan meletakkan dahi, hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua perut anak jari-jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan tertentu kerana Allah pada waktu dan masa-masa tertentu. 

Dalil Al-Quran mengenai sujud :
   "Wahai orang-orang yang beriman! rukuklah dan sujudlah kamu kepada Tuhan kamu(Allah) dan perbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan". (Surah Al-Hajj ayat: 77).

"Maka hendaklah kamu sujud tunduk kepada Allah dan beribadahlah sekalian kamu". (Surah Al-Najmi ayat 62).

 "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu (Allah) dan jadilah kamu dari golongan orang-orang yang sujud"

Dalil Hadis mengenai sujud : Dalil hadith: dari Ibn Abbas ra “aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: di atas dahi Nabi SAW menunjukkan ke arah dahinya, kedua-dua belah tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki,” [HR Bukhari dan Muslim].

Jenis-jenis Sujud:

1- Sujud solat fardu 
Sujud ini dilaksanakan ketika mendirikan solat fardhu

2- Sujud Sahwi
Sujud sahwi merupakan sujud yang dilakukan kerana tertinggal salah satu rukun solat.

3- Sujud Tilawah
Sujud Tilawah ialah sujud kerana disebabkan bacaan dalam al-Quran, hal ini menerangkan apabila seseorang itu membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran yang termasuk dalam kumpulan ayat-ayat Sajadah yang sebanyak lima belas tempat semuanya, maka pada waktu itu dituntut pembaca dan pendengarnya supaya sujud sekali sahaja dan boleh juga dilakukan dalam solat yang dikenali dengan nama sujud sajadah.

4- Sujud Syukur

Sujud Syukur bererti sujud kerana mengucapkan Syukur pada Allah serta berterima kasih kepadaNya kerana diberikan kemenangan, kejayaan dan menerima sesuatu perkara yang mengembirakan seperti selamat dari bencana dan mara bahaya, maka ekoran itu patutlah bagi Muslim itu sujud sekali sahaja sebagai menadakan kesyukurannya itu kepada Allah Taala.
Hadis berkaitan sujud Syukur yang bermaksud:
"Daripada Abi Bakrah Ra.Bahawasanya Nabi SAW adalah apabila mendatangi akandia oleh sesuatu yang menyukakannya lantas ia turun sujud (sujud syukur) kerana Allah".

5- Sujud Para Malaikat
Sujud para malaikat adalah kerana menghormati Nabi Adam a.s. dan bukan menyembah -- Iblis tidak mematuhi arahan Tuhan ini kerana merasa dirinya besar dan mempunyai kelebihan berbanding manusia.
Imam Al-Maghari berkata di dalam tafsirnya, selepas Allah s.w.t. mengkhabarkan kepada malaikat berhubung kedudukan Adam yang dijadikan sebagai khalifah di muka bumi, lantas Allah memerintahkan mereka sujud sebagai tanda hormat, bukan ibadat sebagai mengiktiraf kemuliaan Adam dan sebagai pernyataan bersalah terhadap apa yang mereka katakan sebelumnya.

Syarat dan Rukun Sujud
Ketika ingin melaksanakan ibadah sujud kepada Allah, syarat-syarat dan rukun-rukun sujud itu hendaklah dipatuhi dan dipenuhi keseluruhannya agar permintaan kita dan sujudnya kita itu diterima Allah hendaknya.
Syarat-syarat sujud adalah:
  • Suci dari hadas kecil dan hadas besar
  • Suci dari sebarang dan segala najis
  • Sujud dengan menghadap Qiblat
  • Menutup aurat
Rukun-rukaun sujud adalah:
  • Niat sujud
  • Takbir(dengan membaca Allahu Akbar)
  • Sekali sujud (kecuali sujud pada solat fardhu dan sujud sahwi)
  • Bangun dari sujud
  • Memberi salam
  • Tertib

akan ku tinggalkan cintaku terhadap manusia ketika ku bersujud....
setakat itu saja untuk kali ini...insyaAllah akan bersambung lagi mengenai topik sujud...
assalamualaikum..



cAnTiK dan uNiK

assalamualaikum...alhamdulillah hari ni dapat lagi sambung menulis kat dalam blog ini...
untuk post ini just nak kongsi gambar awam kat penang pagi tdi...
menarik lak awan ari ini...












indahnya ciptaanNya...assalamulaikum...
p/s: gambar tidak diurus dengan baik...

pentingkah wuduk??

Assalamualaikum..
wuduk adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.
Dalil dari Al-Quran mengenai wuduk : Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)
Hukum berwuduk
Terdapat dua hukum dalam  berwuduk. Hukumnya adalah wajib ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat. Contohnya seperti tawaf dan solat. Dan hukumnya sunat ketika hendak mandi wajib@hadas besar, hendak membaca Al-Quran, hadis atau buku dan ketika hendak tidur. 
Cara berwuduk di dalam Islam adalah berbeza mengikut mazhab. 

Menurut Mazhab Syafie

Fardu/Rukun wuduk ada enam:
  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib


Menurut Mazhab Hambali

Fardu/Rukun wuduk ada tujuh:
  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh dua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu semua kepala
  5. Membasuh dua kaki
  6. Tertib
  7. Berturut-turut

Perkara yang membatalkan wuduk:

Menurut Mazhab Syafie

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:
  1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
  2. Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
  3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
  4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
  5. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.
  6. Murtad


Menurut Mazhab Hambali

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:
  1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
  2. Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat
  3. Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik
  4. Tidur, kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk
  5. Makan daging unta
  6. Murtad
  7. Memandikan mayat
  8. Keluar apa jua najis dari tubuh badan

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan wuduk yang lebih sempurna

  • Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • Tidak berkata-kata
  • Menghadap kiblat
  • Berniat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • Berkumur
  • Menggosok gigi (bersiwak)
  • Membersihkan hidung
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Mengusap sebagian kepala
  • Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
  • Membasuh kaki hingga ke buku lali
  • Membaca doa sesudah berwuduk
  • Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
  • Tertib (berurutan)

Perkara-perkara sunat ketika berwuduk:

Menghadap ke arah Kiblat.
  • Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  • Berkumur atau bersugi.
  • Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • Menyapu air ke kepala.
  • Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  • Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  • Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • Berjimat ketika menggunakan air.
  • Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  • Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.

Faedah yang diperolehi daripada berwudhu:
Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,
Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))
wallahualam