CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

BCR Kontest: Kamilah Geng BCR




Assalamualaikum.
Pada kali pertama tengok  banner kat atas tu mesti akan tertanya-tanya apa sebenarnya Bloggers Chat Room (BCR)?
Untuk maklumat BCR ini merupakan salah satu ruangan khas untuk blogger-blogger bertemu untuk berkongsi entri, maklumat, melepaskan tekanan dan macam-macam lagi. Di BCR ini hampa@korang semua boleh bertemu semua jenis orang dari Otai hingga ke Newbie semua ada kat sini.

Pada yang masih belum mendaftar menjadi ahli BCR boleh berbuat demikian dengan klik sini untuk mendaftar keahlian dan untuk maklumat lebih lanjut mengenai BCR. Selain dari chat BCR mempunyai satu ruangan blogger berkongsi tips-tips berguna untuk para blogger yang baru mahupun yang telah lama bertapak dalam dunia blog ini.  Terdapat 3 jenis warna pada nickname chatters kat BCR ini iaitu merah, hijau dan ungu. Warna-warna ini digunakan untuk membezakan 3 kumpulan iaitu admin, sponsor dan keahlian biasa.

Semua blogger yang chat kat BCR memang mesra, cs nak kenalkan 3 orang dari mereka.

sitisafiyyah - Beliau merupakan salah seorang admin kat bcr. Nickname yang beliau gunakan kat bcr juga sama iaitu sitisafiyyah dan singkatan yang boleh digunakan ialah ss. Blog beliau bertemakan warna alam sekitar iaitu warna hijau, kalau singgah memang tenang saja mata memandang. Blog beliau juga ada menyediakan beberapa toturial yang mungkin dapat membantu anda.
Azrael - Beliau merupakan salah seorang sponsor kat bcr. Terdapat lebih kurang 26 orang sponsor setakat hari ini kalau tak salah kiraan cs pada ruangan feed kat bcr. Nickname yang digunakan di bcr juga adalah azrael. Beliau merupakan salah seorang hacker dan bukannya cracker tau. Blog beliau berwarna putih dan ada serba sedikit warna biru. Blog ini menyajikan banyak info-info menarik untuk tatapan blogger. Selain itu blog azrael ini juga ada ruangan chat dan radio.
Kyo - Beliau merupakan antara blogger yang terawal cs kenal kat dalam dunia blog. Nickname yang digunakan kat BCR ialah kyo_9. Beliau merupakan seorang blogger Malaysia yang masih belajar di Jepun jadi tidak hairan kenapa blog beliau ada bendera Malaysia bersama bendera Jepun. Beliau juga merupakan die-hard fan pasukan Arsenal yang dapat dibuktikan berdasarkan salah satu entri telah  yang ditulisnya. Blog beliau banyak menulis tentang apa yang dilaluinya.  

tag 3 orang iaitu :
lyzx
kaki wayang

Syarat Penyertaan : 

1. Buat entri bertajuk "BCR Kontest: Kamilah Geng BCR".

2. Letak header BCR di atas dan linkkan ke entri ni.

3. Ceritakan apa itu Bloggers Chat Room (BCR), secara ringkas.

4. Perkenalkan 3 geng BCR beserta blog mereka.

- Dalam memperkenalkan mereka, nyatakan nickname, dan ceritakan sikit pasal diri dan blog mereka. Tak perlu terperinci. Ringkas dah cukup.

5. Tag 2 orang geng BCR lain, dan pastikan mereka tau ditag.

6. Linkkan entri kontest anda di komen entri ni.


Kontest berlangsung selama 3 minggu. Bermula 1hb 6 dan berakhir pada 22hb 6 2011. Walaubagaimanapun, tarikh tutup kontest mungkin akan dipercepatkan.

21 pendapat bernas:

baru tau kyo minat arsenal. ok catit dalam otak. eh? hahaha.

 

ape ni bro... sekejap beliau.. sekejap dia... :ape

hehe.. thanks promote Arsenal kt blog nih.. :malu

 

kyo - tak perasan plak...jap2..betulkan...haha...

lynn - :ape :erk ... XD

 

nak join tapi alahai, panjangnye nak kena buat entri

 

buat pelan2...kompem boleh ...

 

datang follow blog sekupang ni. tq sebab sudi terjah blog saya...

 

terkena tag terharunya bro
sob sob sob

 

:baby tak ada nama saya :hoho

 

CL :ohno

syaf : terima kasih..

 

all the best cerita sekupang xD

 

belum berpeluang nk tgk ag....adik kte best....

 

orait..pemarkahan kontest ni sedang dibuat. nnti jgn lupe tgk keputusannye yek skupang..=)

 

:lalu

:hoho tak macam ringkas gila pulakkan penerangan