CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

KL Gangster Review + OST

Assalamualaikum.
KL Gangster merupakan salah satu filem yang dinantikan oleh cs untuk menontonnya sejak melihat trailernya buat kali pertama di youtube. Penantian itu akhirnya berakhir semalam apabila ianya ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Singapura dan Brunei cs tak pasti sama ada sudah ditayangkan atau tidak.


Filem ini merupakan salah satu filem yang mengisarkan dan mengupas mengenai kehidupan seorang ahli kongsi gelap yang kita mudah menyebutnya sebagai gangster. Kita tidak patut membandingkan filem ini dengan filem kongsi yang sudah ditayangkan kerana setiap filem ada halatuju masing-masing dan pada pendapat cs halatuju dan mesej kedua-dua filem itu memang berbeza.


Filem KL Gangster ini merupakan filem arahan Syamsul Yusof yang terbaik setakat ini. Kepuasan memang dapat dirasai selepas menonton filem ini walaupun durasi filem ini hanya 1 jam 21 minit. Walaupun filem ini dilabel sebagai filem aksi serius tetapi babak lucu diselitkan dan bertambah lucu disebabkan salah satu watak iaitu abang Long Fadil yang dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak. Tidak dilupakan kepada salah satu watak iaitu Ajib yang dilakonkan oleh Sofi Jikan yang menyajikan dialog lucu.



Aksi yang dilakonkan dan diaturkan memang terbaik, semuanya nampak real. Apa yang membuatkan cs puas menonton filem ini adalah babak yang tidak panjang dan lari daripada halatuju satu-satu babak itu sendiri. Watak lain yang turut menghidupkan filem ini adalah Malek lakonan mantap aaron aziz, Jai lakonan Adi Putra dan tidak dilupakan watak yang dipegang oleh Syamsul Yusuf iaitu Shark. Sebenarnya apa yang cs dapat lihat dari lakonan Syamsul Yusuf telah bertambah baik atau mungkin dia lebih sesuai memegang watak sebagai seorang gangster.



Keseluruhan plot KL Gangster ini memang menarik dan membuatkan penonton tergamam dengan aksi yang ditonjolkan tetapi macam biasa ending filem ini banyak memberi persoalan dan membuatkan penonton keliru dengan jalan cerita filem ini. Walaubagaimanapun satu mesej penting yang hendak disampaikan memang ada dalam filem ini iaitu kalau sudah masuk satu geng kongsi gelap anda tidak boleh keluar darinya dan tiada istilah cuci tangan dalam kongsi gelap. Rating keseluruhan yang dapat cs berikan untuk filem ini adalah 4.5/5 sebab ini antara filem aksi Malaysia terbaik pernah cs tengok.

Takhta [Lagu Tema KL Gangster] - Filsuf ft.Erna


22 pendapat bernas:

gelak giler bila ajib cakap..kalau aku potong kau 18 baru kau tahu erti penyesalan..hahaha..

entri bru sy:
Ape tu agepoyo?

 

takutnye nak tengok..18sg ni..he3 =p

 

asura - betul2...satu panggung ketawa masa tu...

dreamygirl - 13sg ni cerita ni..hee..

 

memang berbaloi lynn...hee..

 

lebih baik aku tgk cite JUVANA :yes

tak pon otomen lawan superman :yes

tak pon JT lawan saperzink :yes

:hoho

:lari

geli tgk gambaq lucah tuh :lari

 

jap2 aku repair gambaq lucah tu..

 

ok2 nak g serang wayang neyh!! :lari

 

kalau nak tengok cepat pi beli tiket...

 

cm best jerk citer ni..
donlod jerk lah..
huuhhuh :)

 
This comment has been removed by a blog administrator.
 

fiq :angguk ... lambat lagi baru boleh download... :geram

 

baru nak layan tapi dah nak habis dah

 

cerita tak lama...sejam je...

 

perghh siap dicencored lagi tu. keh3.

 

baru luar biasa ...hahaha...

 

pergh...

lu jgn smpai gua kerat lu 18, baru lu tau erti penyesalan!

hahaha.. best gilak kl gengster dr kongsi!!

 

betui2...memang puas hati tengok kat panggung hari tu...haha..

 

hu3...nak tgk jugak..sume org dok ckp cite ni best..~~

 

memang best...patut tengok...