CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

kelibat wanita mungkin punca kemalangan

assalamualaikum dan salam sejahtera...
aku tak pasti sama ada berita ni dah basi atau belum tapi aku nak kongsi gak....tadi masa aku laman web kosmo aku terbaca pasal kemalangan ngeri yang berlaku pada 10/10/10 yang lalu...
ini keratan dari kosmo...

KUALA LUMPUR - Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu. Tinjauan Kosmo! mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik. Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam. Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu. Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura."Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas."Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.



gambar dari google...

banyak kemungkinan boleh ditafsirkan dengan kejadian kemalangan seperti ini...punca sebenar aku tak pasti sangat...jadi kepada yang nak travel malam-malam  fikir semula....



9 pendapat bernas:

apa pun.. laju tetap laju...
al-fatihah buat semua mangsa..

 

x mustahil gak tmpt 2 org ckp keras...tp klu pk2 balik bnda dah nk jd..kita pun x taw..tmbh2 plaj kejadian nie bkn waktu mlm..tp nk dkt mghrb dah kan..
erm..al-fatihah

 

betul...masa maghrib banyk berlaku benda2 pelik...al-fatihah...

 

seramnye.... kepada pemandu, kalo boleh dgr ayat suci ketika memandu.. baru tenang ckit..

 

bagus juga kalu mcam 2...memang tenang sja...

 

hari isnin ni awe nak hantar adik dahtar KUIS mungkin balik agak lewat...doakan keselamatan kami ya

 

insyaAllah semuanya akan selamat...

 

btol kata maCY..laju tetap laju...x kisah klu jupe kelibat wanita ke, kelibat pape ke...klu dh brek masa laju mmg la

 

betul2...mungkin tayar tergelincir kot masa 2...