assalamualaikum dan salam sejahtera...
lumbago??? apa sebenarnya yang lumbago?? ada kaitan dengan lego ka??
lumbago adalah singkatan kepada lower back pain atau dalam bahasa melayu@malaysia disebut sebagai sakit pinggang...aku jumpa perkataan ini masa duk cari pasal sakit pinggang dan sakit buah pinggang...dalam 1-2 hari ini tiba-tiba saja pinggang aku ni sakit dan sakitnya menular sampai ke lutut....akhirnya jumpa juga artikel mengenai sakit pinggang...Rupanya seramai 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam. Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.
antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan dari sakit pinggang...
antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan dari sakit pinggang...
Elak baring terlalu lama.
Mengurangkan sakit belakang
Berehat.
Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.
Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut.
Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.
Mandi air suam
Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.
Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.
Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.
Menggunakan tilam yang sesuai
Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.
Ambil aspirin
Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.
Relaks
Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.
Gunakan kusyen
Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.
Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.
Berenang
Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.
Mengangkat barang dengan cara yang betul
Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.
Kawal berat badan
Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang
tapi masa tengah update blog ini tiba2 rasa sakit pinggang ni dah mula kurang...
7 pendapat bernas:
tingkatkan pengambilan kalsium... kalsium bagus utk tulang..=)
ok...terima kasih...mungkin sebab dah lama x minum susu kot...
sama2.....=)
nice info.=)
thanks.....
dan jangan lupa jaga posture badan bila duduk,berdiri dan jalan..
jangan bongkok..
kalau bongkok,badan kita akan adapt dgn situasi tu & akibatnya muscle di bahagian dpan akan memendek dan muscle di bahagian blakang akan memanjang..
tu boleh buat sakit belakang jugak sebab muscle kita dah x normal ;)
eh terpanjang pulak bebel :p
terima kasih atas nasihat tersebut...insyaAllah saya akan cuba...
Post a Comment