assalamualaikum dan salam sejahtera...
pada bulan 6 yang lalu kerajaan berhasrat untuk memansuhkan pmr dan upsr...selepas beberapa bulan akhirnya keputusan telah dibuat...berikut merupakan petikan laman web akhbar berita harian hari ini....
SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.
"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.
"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.
pasti ada pro dan contra selepas ianya dimansuhkan....biarlah mereka yang bijak pandai wat keputusan ini...pada sesiapa yang nak bantah...leh masuk bertanding dalam pilihanraya,...jadi PM...leh wat suka2 hati...
~~~end~~~
p/s: jangan lupa tinggalkan link kat atas...terdelete link yang lama....minta maaf....