CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Tutup Aib Saudara Islam

Assalamualaikum. 
Aib menurut kamus dewan ialah hina atau malu oleh sebab sesuatu perbuatan yg tidak sopan. Pastinya setiap diantara kita mempunyai aib dan tidak ingin ianya terbongkar. Ianya merupakan salah satu perkara yang berkaitan dengan maruah. Di dalam Islam terdapat larangan membuka aib saudara Islam. 


Nilai menutup keaiban seorang itu amat dihargai disisi Allah s.w.t dan menzahirkan keaiban seseorang itu dikira sesuatu amalan yang buruk kerana keharmonian rakyat akan terjejas dan keluarga akan berpecah belah. 







Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksud :

"Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim Allah s.w.t akan menutup keaibannya di hari kiamat". Hadis Riwayat Muslim. 







Hadis ini merupakan salah satu hadis yang memberi secukupnya didikan yang paling penting bagi umat Islam. Menutup aib dan rahsia seorang muslim merupakan sesuatu pertolongan yang demi menjaga maruahnya didepan khalayak dalam semua masyarakat muslim mahupun bukan muslim. 

 

Membongkarkan keaiban orang lain merupakan satu sifat keji dan hati yang busuk yang tidak mahu mendapat rahmat Allah s.w.t bukan sahaja didunia bahkan dihari kiamat dimana rahsia-rahsia manusia akan dibongkarkan atau tetap dirahsiakan bagi orang yang tidak membongkarkan rahsia orang lain. 


  
sumber : Buku Permata hadis 40 : Pedoman Hidup Muslim : Ustaz Abu Ahmad dan Abdul Rashed Ebrahim.

6 pendapat bernas:

bagus baca hari jumaat ni

 

Betul. Jangan jadi mak Jemah, suka sebarkan aib orang. Ish3 :nono

 

Assalamualaikum azman...
aib itu harus ditutup..setuju.... apabila kita nak tegur seseorang, kita perlu tegur secara hikmah dan tidak mengaibkan org lain.. boleh tegur..tp kena pada caranya..

p/s : entry yg bermanfaat... keep up a good entry.. ^_^

 

heheh...betol tu...huhu, bukak aib tak boleh...tp klu nak share kisah keburukan org untuk dijadikan pengajaran takpe kot =)

 

kdang2 gosip media nilah dh mcm setan, dok sebar aib manusia sana sini. kononnya hidup artis ni perlu dkongsi, tapi kalau dh bukak aib tu amnde.

marah plak aku. kekeke