CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Akibat Tidak Buat Senaman Regangan (Warming Up)


Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas cs bersukan selepas hampir setengah tahun berehat. Bersukan dan panaskan badan memang sesuatu yang sangat berkait antara satu sama lain. Setiap perkara yang dilakukan pasti ada kebaikannya jika dilakukan dengan betul dan keburukan jika salah melakukannya.



 Jadi apa yang berlaku ialah cs tidak memanaskan badan sebelum bersukan dan akibatnya semasa menaik dan menurun tangga urat rasa terkejang. Tapi selepas 2-3 hari kekejangan itu sudah mula berkurangan . Seperti juga kenderaan, kita perlu memanaskan diri dulu sebelum melakukan aktiviti yang berat. Kenderaan jika tidak dipanaskan enjin, ianya akan membawa kesan yang buruk pada jangka masa panjang. 







Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan. memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.

 

Sama seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.






                           


Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam. Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda. Selepas ini kalau nak mula bersenam atau bersukan kena panaskan badan dan menyejukkan untuk mengelakkan kesan buruk selepas bersenam. 



 p/s : gambar diambil dari google.com

10 pendapat bernas:

ape2 pon sukan yg kite buat, senaman regangan mmg sgt harus dibuat terlebih dahulu. kan? hehe

 

betol2... aku skrg aktif bersilat. kalau tak buat regangan, macam2 boleh jadi. dah pnah experience dah.. mmg bahaya...

 

lame dh tak bersenam >_< heheh

 
This comment has been removed by the author.
 

smlm dah buat warming up dah sblm lari.. tapi, awat sakit kaki gak ni.. uwaaa..

 

datanglah melawat blog saya. blogyangbetul.blogspot.com
need your support guys.

 

huhuhu betol2....nak tambah skit yg BL blaja...klu panaskan badan mulakan dari kepala ke kaki...n

ak sejukkan(cool down) mulakan dari kaki ke kepala ;) bak kata cs nnt takde la penurunan tekanan darah secara mngejut...

 

oh ho hoii. tahu takpe. sekali tersengal urat, saket woo.

 

kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follownya.. :D