CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Fenomena Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum.
Ustaz Don atau nama sebenarnya  Don Daniyal Don Biyajid merupakan seorang ustaz yang baru saja cs kenal selepas menonton salah satu daripada video yang dikongsikan oleh kawan-kawan di facebook. Penyampaian beliau yang menggunakan loghat utara membuatkan ianya lebih menarik dan mudah diterima oleh orang yang mendengarnya.


Video yang bertajuk "Anak Asset ke Syurga atau Neraka?" itu boleh membuatkan seseorang itu berfikir bagaimana orang lain menyempurnakan jenazah Ibubapa kita apabila sampai masanya dan bagaimana pula kita menyempurnakannya. Ilmu merupakan sesuatu yang penting dalam melakukannya sesuatu perkara. Tanpa ilmu pasti sesuatu perkara itu susah untuk dilaksanakan.

Ustaz Don merupakan pengacara kepada salah satu program saluran tv Al-Hijrah yang bertajuk "30 minit bersama Ustaz Don". Program ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif. Kepada yagn terlepas untuk menonton program tersebut boleh klik sini untuk menonton rakamannya di salah satu saluran Youtube.

7 pendapat bernas:

wah! suka la...mantap n hebat...situasi ni la power up! :D

 

Adeh, ustaz Don ni kenal le sangat3. ni ustaz saya masa kat KUIS dulu (jap je pun). hehehe. Dia ni memang style. seronok dengar dia celoteh. hahaa

P/s: nga blog walking senanye. leh le lawat www.tintaihsan.co.cc hehehehe

 

hehe...ustaz ni klaka..pnyampaian dia mudah diterima..:)

 

terfikir kejap tgk video ni.. sedihh.. wuwuu :'(

 

lepas ni nk tgk lah,x berkesempatan lg nk tgk,aritu nmpk dy kt tv9..


p/s: wifi di banned,jd x dpt tgk video tuh :ohno