Assalamualaikum.
Setiap yang bergelar manusia pasti pernah marah dan mempunyai perasaan marah. Berapa ramai yang dapat mengawalnya dengan cara yang betul. Pastinya ramai yang lebih suka melepaskan perasaan marah daripada menahannya. Di sini terdapat diantara kaedah untuk mengawal perasaan marah mengikut cara Islam.
Setiap yang bergelar manusia pasti pernah marah dan mempunyai perasaan marah. Berapa ramai yang dapat mengawalnya dengan cara yang betul. Pastinya ramai yang lebih suka melepaskan perasaan marah daripada menahannya. Di sini terdapat diantara kaedah untuk mengawal perasaan marah mengikut cara Islam.
1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
"Jangan kami memutuskan silaturahim dan jangan kamu bergaduh dan jangan kamu berhasad dengki dan jadilah hamba Allah s.w.t yang bersaudara."
Kesan negatif dari perasaan marah adalah lebih banyak dari positif. Semoga kita dapat mengurangkan dan mengawal perasaan marah sebelum terlewat.
13 pendapat bernas:
good info!!
huhuhuhu ..
tanx for sharing this info =)
inshaAllah akn diingat & dipraktikkan =)
Btul betul. Semua nya macam cl buat je :terharu wakakap. Positif dan elakkan daripada memekik. :angguk
sesungguhnya bila orang sedang marah, semuanya dah jadi tak terkawal. seeloknya kalau dah tau diri tu pantang diusik terus marah, pandai2 lah jauhkan diri dari berada dalam situasi yg boleh mendatangkan kemarahan. tak gitu cs? ;)
Thanks for sharing.. Marah ni mmg susah sikit nak kawal.. memerlukan kekuatan jiwa yang kental dan kerendahan hati pada Pencipta
info yang menarik.. alhamdulillah iz ada amalkan sedikit dari yang tertulis di atas.. :)
klu marah kena mnum bnyak2 air laa... huhuhu
betul...x baik marah2...ramai sgt org skarang ni bangga ada sikap panas baran...kononnya panas baran itu kekuatan...tp itulah kelemahan sebenarnya... ^_^
Kalau kita dapat mengawal kemarahan kita...alhamdulillah satu perubahan positif dalam mengawal emosi.
thanks utk info ni.. lain kali time marah Misskonspirasi amalkan..ngee..
Hmm. InsyaAllah ikut step ni. Amin. Hope jd org yg penyabar cz saya pun kdg2 terlepas perkataan yg tak patut keluar.
nice sharing :)
rasa nya boleh ulas panjang lebar ponit ponit tu :D ie. minum air. actually bila kita marah otak kita akan bazirkan banyak oxygen untuk hormon kemarahan kita. so, dengan minum air , otak akan dapat semual oxygen which is dalam air tu sendiri ada oxygen (H20) .. and bla bla bla.. tu baru ponit pasal minum air :D ok da terkomen panjang lebar. konklusinya, hurailah panjang lagi supaya entry nampak lagi menarik :D :larikkk sorokkan diri
Post a Comment