CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Aurat : Peka Atau Tidak ?


Assalamualaikum.
Aurat merupakan salah satu topik sangat kerap dibicarakan. Jadi tidak perlu lagi menerangkan apa yang dimaksudkan dengan aurat. Kaum hawa sentiasa menjadi mangsa kepada topik ini, sedar atau tidak sebenarnya kaum adam juga tidak boleh lari daripada topik ini. Disini merupakan antara bahagian yang tidak begitu diberi perhatian oleh kaum adam dan hawa.

 







Seperti gambar diatas ini, kaum adam sering sekali memandang ringan mengenai aurat semasa bersukan. Kita juga boleh melihat ramai kaum adam sekarang yang tidak menutup bahagian lutut semasa berada diluar dan menjadi trend sekarang untuk memakai seluar pendek. Kalau ya pun ingin mengikut trend, ianya juga perlu berlandaskan garis panduan dalam Islam.








Manakala kaum hawa pula sering memandang ringan aurat bahagian lengan mereka, iaitu dengan sering memakai t-shirt yang berlengan pendek. Tidak dinafikan banyak syarikat yang mencipta pakaian seragam kerja yang berlengan pendek tetapi kita sebagai seorang muslim hendaklah mencari alternatif lain. Contohnya dengan memakai inner yang berlengan panjang. 

Islam itu mudah jika kita memahaminya. 



11 pendapat bernas:

isu khilaf muktabar itu masih mahsyur bagi batasan aurat lelaki..

moga kita semua senantiasa menjaga kewajiban ni dengan sebaiknya :)

Tawakal Sebagai Benteng Dari Ujub Dan Riyak

 

bab aurat, di mana-mana tersebar...tapi amalan, sukar sangat orang nak ikut..

 

ada sesetengah majikan tu yang tak izinkan pekerja dia pakai sarung tangan atau baju lengan panjang. lagi menyedihkan. lebih2 lagi kalau ada saudara2 muslim kita yang sanggup nak tanggung dosa dedah aurat tu :'(

 

Assalamualaikum...

yang memakai sarung kaki dan lengan tangan tidak ramai..ada kain yg jarang smpi ternampak aurat.tak kisah berfesyen mcm mana sekali pun tetapi wajib menutup aurat..terima kasih atas perkongsian..

 

Islam itu mudah kalau kita benar2 faham, Islam itu mengariskan had tertentu dalam berpakaiaan untuk melindungi kita sendiri :)

 

aurat tu adalah perkara paling mudah untuk kita tutup... bukanlah susah sngat. juz skrng dh bnyak ikut budaya luar. hilang budaya islam dalam diri..



Allahuakbar!

 

manusia yang merumitkannya.. padahal ia senang je ^^.

 

insyaAllah sama-sama kita peraktikkan :)

 

Cerita sekupang! Jom join giveaway "Mari undi Mena!" Aminah (Mena) adalah seekor kucing. Hadiah menarik menanti anda. Hadiah akan ditambah lagi dari masa ke semasa! ;)

http://www.medeaz.com/2012/03/mari-undi-mena.html

 

orang selalu mempertikaikan aurat wanita, tapi aurat lelaki tak siapa kisah. hmmm